Thursday, December 22, 2011

UMUM : Hujan Batu di Subang Jaya




pic taken by Fara Nabila Radzi


1- Kejadian ini berlaku beberapa bulan yang lepas... Kalau tak silap aku, pada bulan Oktober 2011 yang lepas... Cumanya, aku tak berkesempatan untuk menulis didalam blog pada ketika itu memandangkan aku terlalu sibuk dengan kerja ku...

2- Hujan batu, (berbentuk seperti batu kecil) telah berlaku di sekitar USJ subang jaya selama beberapa minit (lihat gambar diatas)... Batu-batu ni keras, berbentuk seperti kristal... dan ianya cair selepas 10-15minit...

3- Adakah fenomena ini berlaku disebabkan hujan buatan, ATAU pun memang betul batu drop from langit?? Wallahualam

Tuesday, November 22, 2011

Sukan : Liverpool pun sokong timnas Malaysia??




Official Facebook Liverpool
(klik gambar untuk paparan yang lebih besar
)



Official Twitter Liverpool
(klik gambar untuk paparan yang lebih besar)


1- Pasukan U23 Malaysia (Harimau Malaya) berjaya menumbangkan pasukan Indonesia (Garuda) dan seterusnya merangkul pingat emas bagi acara bola sepak Sukan Sea 2011 di hadapan ribuan penyokong fanatik Indon....

2- Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka.... Kami rakyat Malaysia amat berbangga dengan skuad bawah 23 tahun negara yang beraksi cemerlang didalam perlawanan akhir tersebut...

3- Sewaktu Malaysia menang piala AFF dulu, ketika menumbangkan pasukan Indonesia, pertahanan Man United, Rio Ferdinand turut mengucapkan ucapan tahniah kepada timnas Malaysia klik disini....

4- Kini, Liverpool FC di dalam saluran rasmi FB dan twitter mereka turut mengucapkan tahniah kepada skuad negara (cuba lihat print screen diatas).... Alamak, Liverpool pun sokong timnas Malaysia laa pakkk??

5- Hehehehe, Malaysia boleh!!!

6- Updated: Link facebook dan twitter liverpool fc diperolehi dari laman web rasmi liverpool, klik disini....

Tuesday, November 8, 2011

Sosial : Sister In Islam (SIS) dan konspirasi dajal

Logo Sister In Islam


Salah satu demonstrasi yang menyokong hubungan sejenis


Anak Tun M juga merupakan orang kuat SIS


1- Sister In Islam atau (SIS), merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang tidak lekang dengan kontroversi... Baru2 ini, (SIS) mengeluarkan kenyataan, menyokong program Seksualiti Merdeka yang intipatinya menghalalkan hubungan sesama sejenis...

2- Cuba perhatikan logo (SIS) di atas... Ianya merupakan tulisan jawi, RAHIM yang membentuk rupa muka manusia... Perhatikan betul2....


3- Sekali Imbas, macam tak ada apa2 sign dalam logo ni... Dua kali imbas pon tak ada apa2 jugak... Dah banyak kali imbas, rupa2nya nampak macam ada satu mata sahaja yang terbuka (bahagian ha)... satu lagi mata (dibahagian miim) nampak seperti tertutup.... Mungkinkah ini adalah simbolik bagi lambang one-eye freemason??


4- Jika dilihat kepada teori konspirasi pula, pihak konspiratus akan mewujudkan "New world Order", dimana mereka akan menguasai ekonomi/politik dan memporak-perandakan nilai agama (yang ini kena rujuk point ke-5 dibawah)...


5- Berikut merupakan antara perjuangan SIS: Menyokong golongan wanita untuk menjadi imam?? Membantah polygami?? Membantah hukuman sebat keatas pesalah wanita?? Dan yang terbaru, menghalalkan hubungan sesama jenis??

6- Konspirasi apakah ini??? klik disini dan klik disini

7- Kenapa pertubuhan ini seperti kebal daripada segala tindakan?? Mungkinkah pertubuhan ini dikuasai oleh golongan2 elit yang menyebabkan mereka langsung tidak boleh dikacau?? Tun Mahathir perlu tidak bersikap double standard dan menegur anak perempuannya...


8- Pertubuhan ini menggunakan nama Islam untuk melindungi ke-dajalan mereka... Apakah sumbangan pertubuhan ini terhadap Islam?? Rasanya tak ada lagi kot?? Sepatutnya pertubuhan ini patut menukarkan nama mereka kepada
Sister In Social.... Barulah kena dengan perjuangan yang diperjuangkan oleh mereka...

Friday, November 4, 2011

Tips : "Blog has been removed" , how to solve?




1- Malam tadi, lebih kurang pukol 12 lebih, aku ade mengeluarkan artikel tentang parti buih yang diadakan di Ampang, klik disini...

2- Sepuluh minit kemudian, akaun blog aku telah di remove or di disable kan... Maknanya macam kena block ler... Kiranya, orang tak boleh nak bukak blog aku (rujuk screen shot diatas)...

3- Konspirasi apakah ini??? Mungkin ini semua angkara tentara dajal yang tak tahan dengan sindiran aku kot?? Maybe?? chewaahhh, Hehehehe

4- Korang jangan panik kalau benda ni terjadi kat blog korang... Firstly korang bukak url ni: http://www.blogger.com/start or klik disini... Pastikan korang logout terlebih dahulu....





5- Taip Email dan password blog korang.. Kemudian sign in macam biasa... Korang diminta untuk verify kan account blog korang (seperti gambar dibawah)... Pilih Verification Options by Text Message dan isikan no phone korang...Klik button 'send verification code'...






6- Dalam tempoh masa 1-2minit, satu sms akan yang mengandungi verification code akan dihantar ke phone korang... Masukkan no tersebut didalam ruangan yang disediakan... Selepas klik button 'ok', account blog korang yang di block tadi, sudah boleh diakses oleh semua termasok empunya blog....

7- Hell yeahh.... tentera dajal pasti bengang... Hehehehe


Thursday, November 3, 2011

Sosial : Parti Buih, 2 minggu sebelum Raya Haji


Screen Shot Jemputan Parti Buih di FB

1- Wow, Malaysia dah semakin hebat... Tak perlu tunggu hari Merdeka or New year eve untuk join Parti Buih... Pada 22 Oktober (kira-kira 2 minggu lagi sebelom Raya Haji) satu event Parti Buih berlangsung di K Club, Kuala Lumpur...

2- Pada asalnya, penganjur ingin membuat Parti Buih di Teratak Angah, (zoo negara) di
Ampang... Tetapi Akhirnya terpaksa ditukar ke K Club sebab mendapat bantahan daripada pihak pengurusan Teratak Angah...

3- Aik?? Takkan MP Ampang merangkap ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin diam membisu saja?? Sebelom ni bukan main lagi kau bercakap pasal Islam kan?? Bik mama Rosmah dan Nazri Aziz habis dikritik oleh kau sebelom ini berkenaan isu Festival Fesyen Islam (IFF) klik disini....

4- Konspirasi apakah ini???

5- Parti Buih, 2 minggu sebelum Raya Haji, memang superbbb.... Terbaek baq ang

Wednesday, November 2, 2011

Art : What the fish?


1- Girl inside aquarium?? What is she doing inside there??

2- Kiss the fish?? Bite the fish?? Eat the fish?? or What the fish???

3- Maybe the fish will give her CPR help... Hehehehe... Tribute to my fighting fish named "Mr BlueBlack" and my special One, AS... Hehehe

4- Sketches and coloring are done by myself...

Monday, October 31, 2011

DA : CourseWork DA DIM0302, DIM0304 dan DIM0306





1- Printscreen diatas merupakan coursework bagi subjek Digital Animation bagi kelas2 yang aku ajar mengikut turutan dari tertinggi ke terendah...

2- Walaupon terdapat beberapa pelajar yang masih lagi didalam zon gagal (Marks bawah 40), tetapi aku mengjangkakan mereka akan lulus selepas menghantar projek 2 dan jawab exam final kelak...

3- Tahniah kepada semua pelajar, dan all the best for ur final exam kelak... Plss aim for A's

Tuesday, October 25, 2011

IMA : CourseWork IMA DIM0401 dan DIM0402




1- PrintScreen diatas memaparkan CW bagi subjek IMA bagi kelas DIM0401 dan DIM0402 mengikut markah tertinggi sehingga ke rendah...

2- Kepada Syafiq Marzuki dan Siti Nurhanim, sila submit project 1 anda secepat mungkin...

3- Kepada semua pelajar2... ALL the best ok??

Sunday, October 23, 2011

Dunia : Konspirasi Aaron Ramsey menumbangkan Terrorist






Marseille vs Arsenal




Arsenal vs Man Utd

1- Aaron Ramsey merupakan seorang STAR bola sepak yang bermain dengan kelab gergasi Arsenal... ..

2- Pada hari Ahad, bersamaan 1 May 2011 satu perlawanan bola sepak yang melibatkan team Arsenal vs Manchester United diadakan... Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan buat team Arsenal selepas menewaskan Manchester United dengan jaringan tunggal Aaron Ramsey (rujuk video diatas)

3- Sejurus selepas itu, di lokasi yang berbeza, Osama bin Laden yang juga dianggap sebagai Terrorist oleh konspirator barat telah di bunuh di Pakistan...

4- Baru-baru ni 20 October 2011, satu perlawanan 'champions league' diadakan... Antara team yang berentap adalah Olympique Marseille vs Arsenal... Didalam perlawanan ini, Arsenal berjaya menewaskan Marseille dengan jaringan tunggal Aaron Ramsey juga... (rujuk video diatas)

5- Sejurus selepas itu, di lokasi yang berbeza, Gaddafi yang juga dianggap sebagai penjahat oleh konspirator barat telah ditembak mati di Sirte, Libya...

6- Konspirasi apakah ini???

7- Lepas ni, pemimpin Islam yang dilabel sebagai penjahat dan Terrorist perlu berhati-hati menjelang perlawanan yang melibatkan team Arsenal... Jika ada yang melibatkan gol tunggal kemenangan Aaron Ramsey, pasti ada antara mereka yang akan mati... (betol ke?? hehehe)

Wednesday, October 19, 2011

Politik : Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara pasti bangga dengan PAS




1- Bagi sesiapa yang tak mengenali Makcik Sitt Al-Wuzara, korang boleh baca artikel aku yang lepas tentang dia klik sini dan klik sini ...

2- 22 Oktober ini, satu perhimpunan "ANTI Murtad" akan diadakan (rujuk poster diatas)... Ianya bukan lah anjuran abang gagah PERKASA atau abang tiga tanda atau pakcik2 berjanggut dan berkopiah putih atau abang angkuh-an muda yang adil atau abang am-porno, tetapi ianya merupakan anjuran NGO2 Islam di Malaysia...

3- Yang peliknya, kenapa PAS tak mahu turut serta or support perhimpunan ini klik sini?? Pelik bin ajaib... Kalau parti yang melabelkan diri mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam sendiri tidak memberikan sokongan terhadap perhimpunan ini, maka aku tak tahu nak cakap apa la...

4- Makin pening dengan pendirian PAS... Kenapa perhimpunan yang dianjurkan oleh Ambiga disokong bermati2an oleh mereka?? Padahal, Ambiga pernah menyokong kes murtad Lina Joy??

5- Konspirasi apakah ini??

6- Pastinya Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara tersenyum bangga... Perjuangan nya untuk murtad kembali bersinar...

Wednesday, October 12, 2011

Design : Buku Aturcara majlis Anugerah Dekan




1- Aku ditugaskan untuk membuat/menDesign buku aturcara bagi majlis anugerah dekan student2 KPTM Ipoh... Gambar diatas menunjukkan design yang aku buat...

2- Bangunan dan Pelangi... Warna kombinasi biru Turquoise, hitam dan putih.. Tulisan jenis Impact dan Arial berbeza size...Itu elemen2 yang aku tak boleh nak miss kalau aku design sesuatu....

3- Buku aturcara diatas nampak pelik kan?? Aku cuba nak buat benda baru... Dengan design buku aturcara yang lebih retro... (Retro ke???)

4- Maksud design : Bangunan berkembar tu bukan bangunan KLCC, tapi ilustrasi bangunan KPTM Ipoh... Ilustrasi 2 graduan lelaki dan perempuan menunjukkan mereka elegen... Mereka mempunyai cita2 dan keazaman yang tinggi untuk sampai ke kemuncak (digambarkan dengan ilustrasi kapal terbang)... Pelangi pula adalah lambang keharmonian dan happiness..

5- Owhhh... Sebelom aku terlupa, aku nak ucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga kepada 2 orang crew 58 studio (azhim kiey dan deqwan) diatas kecermelangan mereka... Hell Yeahh!!!

Monday, October 10, 2011

Movie : Cerite Al-Hijab macam tahik



1- Aku merupaka
n die-hard-fan cerite horror, seram dan seangkatan dengan nya... Baik cerite omputeh, Thai, Jepon, Korea ataupon melayu, semuanya aku layan....

2- Semalam, aku dengan si gadis macam biasa, pergi tengok wayang... Kami tengok cerite 'al-hijab' filem terbaru arahan pierre andre... "Filem Seram terhebat 2011??" Ptuiiihhh

3- Rasa nak menyumpah pon ada apabila tengok cerita ni... Bukannya sebab takut, tapi rasa nak menyumpah sebab tak best... Cerita ni agak slow... Starting macam dah best, tapi lepas tu bohsan yaa amat... cerita pasal kontrak lakonan raff tu jer dah makan masa yang lama...

4- Pierre mungkin tak buat study sebelum buat cerita ni.. banyak unsur2 tak logik dalam cerita ni... Misalnya: Raff merupakan pelakon tambahan dalam tempoh 3 tahun, tapi macam mana dia boleh pakai kereta besar dan motor besar??? Kereta Raff rosak, lepas tu dia boleh jalan kaki sampai terjumpa bangunan buruk, pastu leh sampai rumah (macam tahik laa)... Raff dapat sms daripada orang yang tak dikenali suruh jumpa di alamat yg tertulis dalam sms, lepas tu dia pon pakai pergi sahaja... Hahahaha, tak bangang ka namanya tu???

5- Yang paling penting dalam cerita seram ialah dapat membuatkan orang terkejut... Makin banyak terkejut, makin best... dalam cerita al-hijab ni, kurang nya unsur2 yang membuat orang terkejut... mungkin make-up hantu jer yang buat orang takut....

6- Mungkin benar kata Tun M , cerita seram/hantu dah terlalu banyak sekarang ni... Bagi aku, makin banyak, makin laa tak ada kualiti....

7- Kepada pembuat cerita bergenre seram/horror, silalah buat some research or study sikit... Dah banyak sangat cerita seram melayu yang bertaraf tahik sekarang ni...

Monday, September 26, 2011

Politik : Gula-gula politik PAS dan UMNO




1- Pilihanraya mungkin akan diadakan bila-bila masa sahaja... Kesemua parti politik menyusun strategy untuk memenangi hati rakyat..

2- Bermula dengan kenyataan Tok Jib memansuhkan ISA... Bukankah Tok Jib dan UMNO umumnya sangat memperjuangkan ISA sebelum ini??? Tiba-tiba, mereka membuat pusingan 'U' 360 darjah dengan memansuhkan ISA... Mungkinkah ini dinamakan gula-gula politik??

3- Apa kata Tun M tentang pemansuhan ISA ini??? Andaikata Pak Lah lah yang mengumumkan pemansuhan ISA ini, sudah confirmlah beliau diserang habis2an oleh Tun M... Tapi.....

4- Pok Nik pula tak mahu mengalah... Beliau mewakili PAS membuat kenyataan bahawa PAS ingin mewujudkan hukum hudud di Kelantan dan ingin menjalankan undang2 Islam...

5- Ya, dahulunya memang PAS memperjuangkan hudud dan undang2 Islam, tetapi sejak berpakat dengan DAP, PAS seolah2 semakin berlembut dengan dasar yang mereka perjuangkan sendiri... Hosam pernah berkata, negara Islam adalah retorik semata2 dan pernah bertegas ingin menyaman mereka yang memperkatakan mengenai negara Islam...

6- Bukankah PAS beriya2 memperkenalkan negara berkebajikan sebagai ideologi baru mereka??? Pengumuman perlaksanaan hudud dan negara Islam mungkin gula-gula politik mereka sahaja....

7- Naseb baik aku tak suka gula-gula.... Hahahahaha

Thursday, September 1, 2011

Hiburan : Konspirasi dajal di dalam lagu Raya 'Bunga Api Di Hati'






1- Aku baru sahaja mendengar lagu raya ini didalam rancangan akustik raya didalam siaran Astro... Lantas aku mulai terfikir didalam hati, "Not bad laa lagu raya baru taun ni ye?"... Bertindak dengan tindakan refleks oksiktosinku, aku pon mula meng-google lagu tersebut didalam youtube...

2- Aku gumbira apabila aku berjaya memperoleh video klip lagu tersebut... Tambahan pula salah seorang penyanyi dalam lagu tersebut yang agak comel iaitu SHILA AMZAH membuatkan aku mengulangi video tersebut beberapa kali....

3- Persoalannya, benarkah terdapat unsur2 Illuminati atau Freemason didalam video klip ini? Dan kenapa agaknya perlu ada lambang segitiga didalam video klip hari raya??? Hehehe

4- Imbas kembali : Stacy AF6 pernah dikaitkan dengan konspirasi dajal freemason sebelom ini... Persembahan beliau didalam AJL 24 pernah dikaitkan dengan unsur2 illuminati

5- Imbas kembali : Shila Amzah cute juga pernah dikaitkan dengan agen dajal, dimana video klip lagunya yang berjudul "Ada Saja" pernah dikaitkan juga dengan unsur2 illuminati...

6- Apa kata penyembah2 kitab siri "The Arrivals" ? Pasti mereka ada jawapannya? Atau benarkah terdapat konspirasi dajal di dalam lagu Raya ini, ATAU maybe kebetulan lagi? Selamat Hari Raya!!


Sunday, August 28, 2011

Politik : Apa kata pakcik google tentang pemimpin kita









1- Apa kata pakcik google terhadap pemimpin2 kita... Mari kita buat kajian... Cuba korang taip nama pemimpin kita didalam ruangan search didalam google, dan lihat apakah yang di suggest oleh pakcik google??? Gambar-gambar diatas menunjukkan print screen daripada hasil kajian...

2- Aku buat kajian keatas 6 orang pemimpin iaitu Najib Razak, Anwar Ibrahim, Khairy Jamaluudin, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Mat Sabu... Kalau korang nak cuba tengok apa hasil bagi nama pemimpin lain, korang boleh ler try sendiri ye??

3- Berikut adalah survey daripada pakcik google terhadap pemimpin kita:


Najib Razak = facebook, twitter, blog, club
Anwar Ibrahim = video, scandal, latest, latest news
Khairy Jamaluddin = blog, maya karin, twitter, scandal
Nik Aziz = Nik Mat, blog, facebook, bersih
Lim Kit Siang = wiki, twitter, facebook, dap
Mat Sabu = syiah, khalwat, wiki, bersih


4- Dalam banyak2 result, aku rase yang paling menarik adalah result bagi Anwar Ibrahim, Khairy Jamaluddin dan Mat Sabu ler...Hehehe, nakal betol lah pakcik google ni...


Wednesday, August 24, 2011

Jenayah : Marahkan nyamuk, habis kelambu di ASID kan



1- Semakin banyak kes simbah asid berlaku sejak akhir2 ini...Ianya tidak sahaja melibatkan mangsa perempuan dan kanak-kanak... Tetapi terdapat juga beberapa kes yang melibatkan mangsa golongan lelaki... klik sini untuk melihat kronologi kes jenayah simbah asid (ade lagi beberapa kes baru yang tidak diupdate kan)

2- Hukuman bagi penyimbah asid pula, tidak lah seberat mana... Hanya denda RM1000 (Aku pon mampu bayar) dan penjara 3 tahun sahaja... Tak berbaloi dengan penderitaan yang dialami oleh mangsa...

3- Terdapat beberapa kes yang menunjukkan, penyimbah asid membuat jenayah dengan tidak bermotifkan apa-apa... Dengan erti kata lain, suka-suka jer... Atau pon "serial penyimbah asid", macam "serial killer" laa kot??

4- Terasa teringin pulak nak simbah asid dekat muka mereka yang selalu sangat jaga tepi kain aku... Atau ke muka mereka yang jenis kuat mengampu orang lain demi kepentingan sendiri... Hehehehe

5- Ahaks, gurau jer

Wednesday, June 22, 2011

Politik : Paria betoL Laaa!!!


1- Paria betoL Laaa!!! Kerajaan kena keluar bajet baru (lebih kurang RM600K) untuk percetakan semula buku interlok... Membazir duet rakyat jer

2- Paria betoL Laaa!!! Kenapa guru-guru sekarang ni manja sangat? Bila tak dapat bonus, takde kenaikan gaji, korang merungut... Tapi bila disuruh buat multi-task sikit, korang bising plak?? Baru diarahkan untuk menukar/meminda 9 muka surat novel Interlok yang ada perkataan 'paria', korang dah merungut...

3- Paria betoL Laaa!!! Kalau macam ni, golongan kapitalis semakin kaya raya laa... Dah tentu tender percetakan semula ni diberikan kepada kroni2 kerajaan... Wahh, semakin kaya laa korang?? Semakin miskin laa rakyat!!!

4- Paria betoL Laaa!!! Kenapa Hindraf senyap ja?? Tak mahu ke keluarkan kenyataan kritik tindakan kerajaan yang dianggap membazir duet rakyat kerana percetakan semula ini?? ATAU korang memang ada saham dan berkonspirasi dengan pihak kapitalis??

5- Paria betoL Laaa!!! Kesimpulannya, Hindraf kau memang betol2 Paria!!!

Sunday, May 22, 2011

Sosial : Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara kembali menghina Islam

Beliau Hina Al-Quran

Beliau Hina Nabi Muhammad SAW

Beliau Bengang dengan Pok Jib sebab blog nya kena block



1- Aku pernah tulis entri pasal makcik Hajjah Sitt Al-wuzara sebelum ni, klik disini... Waktu tu beliau tak masuk paper lagi, atas tindakan menghina Islam di laman sosial facebook...

2- Kemudian, apabila berita mengenai penghinaan Islam, Allah, kaabah, Al-quran dan nabi Muhammad SAW tersebar luas (tak silap aku bulan lepas), maka SKMM mengambil tindakan memblock ID facebook dan blog beliau...

3- Kini beliau kembali dengan facebook ID dan blog yang baru... Nampaknya beliau yang memegang nick name sebagai 'makcik hajjah sitt al-wuzara" ini semakin menjadi-jadi menghina agama Islam... Klik screen shot diatas, untuk paparan yang lebih besar

4- Kite perlu bendung golongan sebegini sebelum beliau mendapatkan follower dan pengikut baru... Para ilmuan Islam perlu berdialog dengan beliau memandangkan beliau sering menggunakan hadith dan memanupulasinya seolah2 Islam menunjukkan tauladan yang negatif kepada penganutnya...

5- Para bloggers, abang gagah PERKASA, abang tiga tanda, pakcik2 berjanggut dan berkopiah putih dan angkuhtan muda keadilan dipelawa untuk mentarbiah beliau... klik disini untuk ke blog makcik hajjah sitt al-wuzara...

Sosial : Hina Nabi Muhammad di facebook - Danny Daniel






1- Lagi penghinaan terhadap Islam menerusi laman sosial facebook... Nabi Muhammad SAW di hina lagi (sila lihat gambar print screen diatas)... Kali ini, dilakukan oleh pemegang ID yang menamakan dirinya sebagai Danny Daniel...

2- Ini bukan lah kali pertama kejadian seperti ini berlaku di facebook... Sebelum ini pun sudah ada remaja yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, klik disini dan klik disini...

3- Dimanakah Hishamudin Keris?? Tidak mahukah beliau meng-ISA kan mereka yang biadap ini???

4- Dimana pula garangnya abang gagah PERKASA yang sanggup memulakan perang salib di Malaysia ini??? Dimana pula kelibat pakcik berjanggut dan berkopiah puteh yang seringkali menjadi wira agama Islam?? Dimana pula suara angkuhtan muda keadilan yang mahir didalam bab qazaf dan hukum hakam Islam???

5- Semuanya tidur dan sibuk dengan politik masing2... Sedangkan makin hari makin ramai orang yang berani mempersendakan Islam...

Monday, May 9, 2011

Photo : Gambar Bayangan Serigala jadian (werewolf) part 2


1- Ini merupakan sequel daripada gambar pertama klik disini... Tetapi di masa dan lokasi yang berbeza... Gambar di tembak oleh Ucen (my student), di Teluk Senangin semasa kami sedang ber camping...

2- Cuba perhatikan asap shisha didalam gambar diatas secara teliti... Seolah2 membentuk seekor serigala yang ingin menerkam aku...

3- Hehehe, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

Thursday, May 5, 2011

KPTM : Carry Mark IMA






1- Gambar diatas merupakan jumlah carry mark bagi subjek IMA student ku.. Jumlah keseluruhan adalah per 70... Klik gambar untuk paparan lebih besar....

2- Anda mempunya baki 30 markah lagi iaitu markah projek 2...

3- Diharap dengan carry mark ini, anda dapat merancang grade yang anda inginkan bagi subjek IMA ini... Good Luck

4- Perhatian kepada pelajar yang memegang ID berikut: PTM081201461 dan PTM080701165, anda berada didalam kedudukan bahaya... Oleh itu, saya nasihatkan anda supaya membuat projek 2 anda dengan sebaik mungkin untuk menghindarkan diri anda daripada fail subjek IMA ini... ALL the best



Tuesday, April 12, 2011

Aktiviti : Gambar Hantu di Pecah Batu Sungai Trong



1- Pada hari Jumaat lepas (8 ApriL), selepas habis waktu kerja, aku mengajak beberapa orang student aku gamble pergi camping... Lokasi kami adalah di tempat yang bernama Pecah Batu, dekat Trong Perak... Sebuah kawasan waterfaLL yang Indah permai dan nyaman...

2- Kami bertolak pukol 9malam, dan sampai ke kawasan waterfall pada kira2 pukol 11.45 mlm... Semasa kami sedang mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah, kami terjumpa satu bangunan usang... Kami sangkakan sebuah chalet terbiar, maka kami memberhentikan kereta untuk mengusha keadaan... Mana tahu, leh pacak khemah disitu kan??? Hehehehe

3- Keadaan gelap gulita menyukarkan kami untuk melihat keadaan sekitar bangunan tersebut... Oleh itu, kami menggunakan lensa kamera untuk snap picture bangunan untuk melihat bangunan dengan lebih jelass...

4- Setelah melihat kawasan bangunan tersebut terbiar dan berpagar, maka kami memutuskan untuk meneruskan perjalan ke kawasan yang lebih tinggi... Alhamdulillah, akhirnya kami terjumpa satu tapak yang sesuai untuk dirikan khemah...

5- Khemah berjaya dipasang... 3 bijik khemah kami pasang.. Dan kami membuat aktiviti sehingga ke pagi hari keesokannya... Apabila waktu pagi menjelma, terasa gatal nak check gambor2 yang ditangkap malam tadi... dan kami jumpa gambar momok seperti dibawah... Jika dilihat menerusi kamera dan di zoom, ianya kelihatan dengan lebih jelas... Takpon, korang klik jer gambor dibawah kasik besor sikit... Ngerii wehh



6- Berikut merupakan gambor2 di sekitar kawasan perkhemahan di Pecah Batu, Trong yang ditangkap oleh beberapa orang student aku... Ni versi tanpa momok plak... Ngehehehe








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...