Tuesday, January 25, 2011

Hiburan : Maher Zain dan konspirasi dajal?



1- Siapa yang tak kenal Maher Zain?? Sebut namaNya, sure anak2 gadis Melayu (terutamanya) akan cair... Even mak aku yang jarang dengar radio, jarang tengok tv pon kenal siapa itu Maher Zain?? Ini menandakan betapa popularnya beliau sekarang ini...

2- Maher Zain merupakan seorang penyanyi nasyid yang bernanung dibawah label Awakening Records.. Cuba korang tengok simbol/logo Awakening Records diatas... Bentuk segitiga didalam bulatan... Ramai pemerhati yang menafsirkan bulatan tersebut sebagai mata... Kebetulan jer kot??

3- Kalau korang rajin, cuba try google alamat Awakening Records... Owhh, kalau terjumpa alamat nya jangan terkejut, sebab Awakening Records terletak di jalan Church... Kebetulan lagi???



4- Cuba lihat cover album Ashar khan (artis lain dibawah naungan label Awakening Records) diatas... Kenapa gambar beliau diedit supaya nampak mata satu?? Owhh... ini pun satu kebetulan?

5- Teorinya mudah saja... Golongan freemason/illimunati menggunakan cabang nasyid dan dakwah Islam untuk menerapkan unsur2 dajal mereka... Maka mereka menggunakan Maher Zain sebagai agen freemason...

6- Jika benar Maher Zain dan Awakening Records mempunyai agenda dajal, mengapa tidak ada pak lebai2 berkopiah putih dan berjanggut buat demonstrasi membantah konsert Maher Zain?? Sudah tentu agen dajal ini lebih bahaya daripada penyanyi GAY Adam Lambert kan??

7- Penjilat kitab dokumentari The Arrivals (siri konspirasi dajal dalam youtube) tak mahu buat group facebook bertajuk "Kami Benci Maher Zain Freemason" ker?

8- Benarkah wujudnya konspirasi dajal? Atau orang kita memang suka berfantasi dan berilusi? Pantang nampak bentuk segitiga dan mata satu, maka akan dicop sebagai freemason?? Hehehehe

26 comments:

Anonymous said...

info menarik...dan mengejutkan.

red said...

freakystar : owhhh... tapi saya tak percaya teori konspirasi... Dan saya tak percaya kitab dokumentari The Arrivals... Hehehehe

Udin said...

hurm.. info yg menarik bro.. apa g sebarkan kat alam maya cepat mcm isu gmbr zionis dlm pc ari tu.. kihkihkih :D


p/s: gua follow lu punya blog bro..

red said...

Udin: keh keh keh... posting ni sebenarnya ada double meaning bro, or reverse psycho... btw, saya sentiasa mengikuti blog bro... sebab penulisan bro mmg best... yeahhh

Solihin Zubir said...

adeyh.. macam2 teori pasal freemason yg didedahkan skang ni..
tak tau samada dirancang ataupun mmg kebetulan..
putrajaya dan dewa19 pon dikatakan ada unsur freemason gak..

red said...

Solihin : yaa... saya ada dgr pasal putrajaya dan dewa19... sebenarnya byk lg... nasehat sy, nk dengar boleh, tapi jgn percaya 100%... huhuhu

Afams Chan said...

woah..menarik, ini hasil pendapat ko ke bro? Ke sudah umum konspirasi ini?

btw, jgn lupa citer LOTR, di mana berjuang menghapuskan cinci yg dicari oleh si Mata satu yg melihat sekeliling..hohoho

Ajua Ishak said...

nice topik sir..keep it up!i follow! ;)

red said...

afams : alamak, aku belom layan citer LOTR... aku tak berape gemar tgk citer epik... huhuhu

pinyunyipa : wokey, follow u back

Omarasma said...

jika anda menonton the arrivals sampai habis, tiada istilah kebetulan dalam hujah mereka. semua hujahnya belandaskan fakta yg logik dan boleh diterima. soalan saya,

1. adakah anda telah menonton kesemua siri2 the arrivals? jika anda tidak menontonnya bagaimana anda boleh membuat kesimpulan yg siri ini tidak boleh diterima pakai?

jika anda menontonnya sampai habis, pada teori the arrivals, dari manakah keturunan asal dajal sebenarnya?

pada pendapat saya, siri the arrivals adalah satu teori konspirasi. seperti teori darwin dan teori tenaga Einstein. ini adalah ilmu. dan ilmu harus dihargai.. ia boleh di ambil sebagai panduan.

red said...

Omarasma : Saya tahu, anda adalah peminat setia kitab dokumentari The Arrivals.. Tiada salahnya jika anda meminatinya... rambut sama hitam, hati lain-lain bukan???

Cuma saya tertanya2... Pada satu ketika, anda menghentam golongan syiah dan FT didalam blog anda... Bukan kah siri "The Arrival" ini ciptaan puak syiah?? Anda boleh google untuk mencari jawapan... atau taip ("the arrivals" + shia) didalam youtube... Nampak gayanya, anda seakan boleh menerima agenda syiah ketika ini... Takpa, people change...

Saya tak menyalahkan penggemar kitab dokumentari The Arrival... Tapi saya menyalahkan mereka yang suka mengaitkan simbol segitiga/mata satu/catur punya checkbox dengan freemason... Apakah ini?? Bukankah kita ketahui, satu hari nanti, dajal akan muncul... Yakjud Makjud akan muncul... Imam Mahdi juga akan muncul... Dan kiamat pasti tiba... Fikir2kan lah


sekian

red said...

*silap

Bukan youtube... taip ("the arrivals" + shia) didalam google, dan start mencari jawaban

red said...

Ok, ni kata2 mereka... saya just paste disini...

Why The Arrival Fake?

1- Islam says one of the way Dajaal controls people is through music. Its ironic how Arrivals has non-stop music, even when quoting Qur'anic verses.

2- Islam says Dajaal will come at the end of time. Arrivals say it is already here. Therefore it goes against Islam. The Arrivals was made by the Shia who have different hadith.

3- George Bush said “Iraq was a biblical war against Gog and Magog”.[3] He also believes in antichrist and illumnati, and thinks Muslim countries are controlled by Dajaal, just like Muslims think western countries are controlled by dajaal. Muslims who believe in this stuff are just as irrational as George Bush.

Omarasma said...
This comment has been removed by the author.
Omarasma said...
This comment has been removed by the author.
Omarasma said...

Salam mr. red...
ok. saya agak pelik kerana anda tidak menjawab soalan sy sebelum ini. jadi, kesimpulan yg boleh dibuat anda mungkin tidak habis menonton siri ini. saya ingin menjawab satu2 soalan dan hujah saudara.

soal simbol yg saudara utarakan. sebagai manusia yg hidup di dunia ini, kita tidak terlepas dari menggunakan simbol bukan? simbol2 di jalanraya, simbol agama..simbol negara. semuanya menggunakan simbol. bagaimana pula simbol2 rahsia?? sebagai contoh. Saya ambil pertubuhan Pekida. mereka menggunakan simbol dan isyarat sebgai komunikasi antara mereka. kalau apa yg saya katakan ini salah, silalah buat kajian. berkenaan ttg simbol segitiga/mata satu/catur punya checkbox dengan freemason...ini adalah teori "The Arrival" berdasarkan kajian dan penyelidikan yg mereka buat.salahkah mereka membuat teori itu? untuk pengetahuan anda, dajal adalah seorang manusia yg berumur panjang. jadi logikkan kalau manusia menggunakan simbol? apa masalahnya pada teori ini? tak logikkah dajal membuat pertubuhan untuk menguasai dunia dan mempunyai simbol??

tentang hujah saudara kenapa saya bantai Faisal Tehrani(FT) sebagai Syaiah dan menyokong The Arrival yg dicipta oleh puak syiah kononnya... sbb FT terang2 mempromosi dan memuji syiah!! kalau saudara tonton the arrivals sampai habis, bolehkan saudara buktikan siri the arrivals ini mempromosi dan memuji syiah?? saya yakin tidak ada langsung(sbb saya da tgk). Jadi apakah agenda syiah disini? boleh anda buktikan?????????

Jadi sebelum mengulas tentang the arrivals ni tipu ke tidak, anda seharusnya menonton siri ini dahulu. jangan mudah percaya cakap orang bro. Hanya jauhari mengenal manikam. Dalam kes ini, anda tidak menjadi jauhari kerana anda tidak abis menontonnya. Fikir2kan lah

Omarasma said...

Why The Arrival Fake?

mula2 saya baca pasal ni nak tergelak pon ada..adoi.

1- Islam says one of the way Dajaal controls people is through music. Its ironic how Arrivals has non-stop music, even when quoting Qur'anic verses.
---ada the arrivals kata music ni haram??? sbb tu anda kena tgk dlu siri ni. die ckp dajal control minda manusia melalui musik2 pop yang disiarkan di radio sekarang. music ini mempromosikan ttg cinta, nak jadi kaya, seks etc. so manusia akan terpengaruh la..music yg the arrivals pasang tu music ape??

2- Islam says Dajaal will come at the end of time. Arrivals say it is already here. Therefore it goes against Islam. The Arrivals was made by the Shia who have different hadith.
---ni kepala bana ape ni?? nampak sgt org yg buat artikel ni xsekolah..zaman nabi SAW dajal sudah hidup la.sila rujuk http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=38909 (ini blog sunni ye). dajal hidup di dunia sudah lama. zaman nabi pon sudah ada..cuma dia belum muncul terang2terangan lagi. dajal akan muncul terang2 bila nak kiamat,.. jadi apa salah the arrivals????ni bukan ajaran syiah. datuk aku seorang guru agama pon ada cita kat aku pasal ni mase aku kecik. website 'Why The Arrival Fake?' hanya mahu memesongkan kepercayaan orang Islam. yang ni la yang sebenarnya xbetol!!!!

fakta ke-3 adalah gangguan psikologi sahaja. nak takut2kan orang dengan petik nama George Bush..takutnyee gua

Omarasma said...

P/S: Ahmad Deedat seorang pembahas inter-agama(selalu mengkritik Kristian) membaca dan mengkaji Bible dulu sebelum dia berdebat dengan paderi2 Kristian.

adakah anda cukup kajian, bahan bukti dan hujah sebelum anda kata The Arrivals ni tidak betol??? sebab, maafkan saya, saya tak nampak langsung semua itu dalam artikel saudara.
Fikir2kan lah(dipetik dari ayat anda)

red said...

Omarasma: Okay saudara omarasma...Anda betul... The Arrival itu benar... Putrajaya, Mid Valley, adalah tempat konspirasi dajal, manakala artis2 seperti stacy, Noh Hujan, Mizz Nina,Lady Gaga dan Maher Zain adalah agen2 dajal... Lepas ni, saya akan menjadi pengikut The Arrival dengan penuh ketaksuban... Dont worry... Hehehehe


ps:- dah tahu dajal berkonspirasi untuk menakluk dunia... Apa yang perlu kita buat??? Robohkan Putrajaya?? Bunuh Lady Gaga?? Atau....

Omarasma said...

salam mr. red..
anda jgn salah faham. saya tidak taksub dengan mana2 pihak. saya cuma mau bagitau sebelum melontarkan pandangan buatlah sedikit kajian.

Sebab bagi saya siri The Arrival ini adalah satu ilmu yg diambil dari fakta dan hujah yg logik. Ini cumalah teori sahaja untuk manusia sedar apakah ada udang disebalik maggi dengan apa yg berlaku disekeliling kita.

Membuat teori seperti ini tidak menjadi kesalahan bukan? atas kita hendak terima atau tidak. Untuk menolak tiada masalah, cuma kita perlulah faham apa yg hendak disampaikan. Janganlah menolak membabi buta tanpa usul periksa. Saya percaya saudara pon tidak suka jika ada seseorang menuduh saudara tanpa usul periksa bukan?

apa yg kita perlu buat? kita tidak perlu buat apa2. kita tidak terdaya pun utk membuat apa2. apa yang kita boleh buat hanya terus mencari mana yg betul dan mana yang salah utk pedoman diri kita. itu saja.

ijtihadsalsabila.blogspot said...

assalamualaikum.. klu BTUL... Allah maha menghukum. tetapi kalau ia fitnah ingatlah. Allah juga maha penghukum/..... jgn hanya kerana cemburu.... nak fitnah2 orang.... beringatlah sebelum kita di ingatkan.. atw di beri pengajaran....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

faraherda.razalan said...

Ya Allah! Mudah sungguh org Melayu terpengaruh dgn golongon2 narsisistik agama mcm nie ye? Sgt kasihan...

Jika benar apa yang didakwa, semoga Allah mengampuni! Dan jika ini fitnah, Subhanallah! Semoga Allah mengampuni juga....

Takutlah pada Allah!

hangjebat a.k.a Amirul Adlee said...

hebat korang berdebat kat komen ni... sebelum aku tgk the arrival aku bagai katak bawah tempurung.. percaya apa yg ditulis media.. tidak mengetahui akan konspirasi yg telah berlaku selama ini.. aku tak cakap the arrival ni betul ke tidak... cuma berbaloi menonton.. kenapa kita nak bergaduh antara islam, kristian dan yahudi? mereka juga menyembah Allah.. tapi konspirasi dajjal telah membuatkan agama Allah ini berpecah belah sesama agama.. setiap agama telah berpecah ... apa yg diperkatakan the arrival ada logik...

Anonymous said...

tgk dulu... ilmu x seharusnya diolak mentah2... dulu ana sampai kutok2... tp lepas membuat beberapa penyelidikan serius, ana semakin faham dan mungkin ada kebenarannya. ianya tersirat di dalam yang tersurat... semoga kita sama2 mengambil ikhtibar... allahualam

Unknown said...

kalau boleh saya nk masuk skit..ok laa..ada yg cakap tentang konspirasi tu sebuah pembohongan..sy pon dah lama mengkaji tentang ni..yg salah tu diri kita sendiri yg menaggapi masalah ini..cube hormat skit kt org yg dah penat2 buat kajian tentang freemason..mungkin kita duk depan laptop je unk cari tau..tpi kita x merasakan macam mana orng2 yg buat kajian tentang tu..

tentang maher zain..:
kalau kita belajar dan kita fahami tentang sifat hati manusia dan bagaimana setan menghasut manusia, kita akan jumpe mcm ni:(secara umum)
1setan akan ajak kite untuk buat kemaksiatan..(ini secara umum)..
2 setan akan ajak kita buat suatu yg hukumnya "mubah"(boleh dilakukan)..ini akan terjadi jika orang yg ingin dihasut oleh setan tu selalu buat amalan sunnah..so dia ajak kepada yg "boleh" supaya kita tinggalkan yg sunnah..
3 setan akan ajak kepada suatu yg sunnah..ini akan berlaku kepada orang x pernah tinggalkan kewajipan dia..so setan ajak dia buat suatu yg sunnah sehingga dia tinggalkan kewajipan dia..

sekarang, kita tengok posisi lagu nasyid..khususnya maher zain..jika yg mendengarkannya adalah orang kafir, dan kemudian boleh menyebabkan kesedaran akan baiknya islam dan memberinya hidayah..maka itu lebih baik..
tapi kalau orang yang mendengarkannya adalah orang islam, yang menyebabkan dia justru lalai, lebih suka dengar lagu2 maher zain daripada Al-Quran, so tinggalkan adalah lebih baik..

ambillah yang baik..buang yang buruk..
wallahua'lam..
mohon ditegur jika ada sebarang kesalahan.. wassalam..

Unknown said...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..selama ni asyik terdetik dalam hati kenapa awakening record menggunakan lambang sebegitu dan namanya begitu..mungkin ada sesuatu yang kita tidak tahu,try search google "awakening record ada kena mengena dengan al masih dajjal..tiba2 tjumpa ni..ramai jga yang berdebat pasal ni rupanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...