Monday, January 31, 2011

Politik : Konspirasi alam bantu kemenangan BN di Tenang


1- Hari Ahad lepas merupakan hari pilihanraya kecil DUN Tenang, Johor menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara wakil BN - Tok Ai, DAN wakil PAS - cikgu Mala...

2- Semasa berkempen, pihak PAS menyasarkan jika 75% dari penduduk Tenang keluar mengundi, maka mereka berpeluang cerah untuk menang klik disni...

3- Malangnya, dihari pembuangan undi, tak sampai pun 70% daripada penduduk Tenang keluar mengundi... Mungkin akibat faktor banjir dan cuaca hujan yang teruk, mengakibatkan mereka malas untuk mengundi...

4- Sebaliknya, apa yang berlaku, BN berjaya menewaskan wakil PAS dengan majoriti yang lebih BESAR... Mungkin sebab pengundi yang keluar tak mencecah 75%???

5- Sapa yang pernah main game Red Alert?? Gambar diatas menunjukkan serangan pihak allied (geng US, britain dll) menggunakan senjata pemusnah weather storm keatas musuh mereka... Senjata ini amat hebat, dimana mereka dapat mengawal cuaca bagi menghasilkan ribut taufan, petir dan banjir secara melampau keatas destinasi yang di target...

6- Mungkinkah BN berkonspirasi dengan alam?? Dengan menghasilkan banjir dan hujan lebat (guna alat macam dalam game Red Alert) untuk mengurangkan peratusan penduduk keluar mengundi?

7- Ish Ish Ishhh... Dengan alam pun, diorang nak berkonspirasi... teruk betol laa BN ni... Hahahaha


2 comments:

pokjang said...

waw ada red alert la pulak :D

red said...

Neo: favourite game tu bro, satu masa dahulu... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...