Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Negara : Subang Jaya terbakar lagi

gambar aku ciplak dari internet


1- Aku sayang kan Subang Jaya... Alhamdulillah, aku kembali menetap di Subang Jaya... Tugas aku sebagai pendidik sudah tamat... Kini, aku kembali menghirup udara Subang Jaya yang segar bugar ini...

2- Malangnya, sekembalinya aku ke Subang Jaya, bagaikan indah kabar dari rupa, tidaklah seperti yang aku harap2kan... Subang Jaya sudah tak selamat dan aman seperti dulu2 kala...

3- Bayangkan, supermarket MyDin yang merupakan tempat yang sentiasa dipenuhi oleh segenap manusia boleh terbakar?? Tidak lama dahulu, shopping complex Empire Subang meletup...

4- Konspirasi apakah ini??

5- pstt pstt... Hannah Yeoh, kenapa Subang Jaya boleh jadi sebegini??

Saturday, January 28, 2012

UMUM : Malam ritual bagi pengikut Dajjal di Ipoh







1- Gambar-gambar diatas merupakan gambar freemason punya lodge ataupun tempat ibadat bagi pengikut-pengikut dajjal... Ianya diambil sekitar kawasan Ipoh, Perak Malaysia...

2- Gambar diambil pada kira-kira pukol 7.00malam... Pagar lodge tersebut terbuka luas, dan lampu lodge dibuka terang benderang... Satu suasana yang jarang berlaku dimana sebelum ini, pagar lodge sentiasa tertutup rapat dan lampu didalam lodge tersebut sering ditutup...

3- Sekitar kawasan parking di hadapan lodge tersebut juga dipenuhi oleh kereta2 mewah (rujuk gambar diatas)...

4- Adakah malam ini merupakan malam ritual bagi pengikut Dajjal di Ipoh??

5- Hari ini juga merupakan hari Tok Jib melawat rumah terbuka Gong Xi Fa Chai di Setiawan Perak... Adakah malam ritual Dajjal ini ada kaitan dengan kedatangan Tok Jib di negeri Perak???

6- Konspirasi apakah ini???

Thursday, December 22, 2011

UMUM : Hujan Batu di Subang Jaya




pic taken by Fara Nabila Radzi


1- Kejadian ini berlaku beberapa bulan yang lepas... Kalau tak silap aku, pada bulan Oktober 2011 yang lepas... Cumanya, aku tak berkesempatan untuk menulis didalam blog pada ketika itu memandangkan aku terlalu sibuk dengan kerja ku...

2- Hujan batu, (berbentuk seperti batu kecil) telah berlaku di sekitar USJ subang jaya selama beberapa minit (lihat gambar diatas)... Batu-batu ni keras, berbentuk seperti kristal... dan ianya cair selepas 10-15minit...

3- Adakah fenomena ini berlaku disebabkan hujan buatan, ATAU pun memang betul batu drop from langit?? Wallahualam

Monday, February 21, 2011

UMUM : Berita baik untuk GAY Lord



1- Wah... Ada berita baik untuk pengamal2 GAY, Lesbian dan seks songsang di Malaysia... Golongan ini dah ada kelab penyokong di luar negara... ATAU dengan nama manjanya Malaysian Gay Club

2- Gambar diatas diperolehi daripada satu laman web kelab penyokong GAY Malaysia di San Francisco klik disini..

3- Nampaknya golongan songsang ini semakin berani memperjuangkan hak mereka... Ini adalah sequel daripada episod "Saya GAY, saya Okay" kot?? klik disini....

4- Mungkin kah golongan2 GAY di Malaysia ini mahukan sebuah revolusi yang dicetuskan oleh BAPA segala GAY di Malaysia? Jangan2 golongan ini memang ade beckup besar dan ada peguam yang hebat untuk mempertahankan kedudukan mereka... Thats why mereka berani.. Sapa tahu kan??

5- Kerajaan Tok Jib perlu buat sesuatu.. Buatlah apa cara sekalipun, nak sumbat kedalam ISA ke, nak buat perangkap seks ke, ATAU nak guna bom C4 ke, janji golongan GAY ini dapat dibendung...

6- Yeahhh... GAY tetap GAY... erkkk

Sunday, February 6, 2011

UMUM : Cuci kereta naik RM2 sempena perayaan tahun baru cina

Mesin pencuci kereta

1- Membasuh kereta menggunakan mesin memang menjimatkan... Hanya RM3 dan sangat berbaloi bagi mereka yang malas nak basuh kereta sendiri macam aku...

2- Walaubagaimana pun, aku terkejut sedikit, setelah selesai mencuci kereta, Mat Nepal yang mengendalikan mesin kereta tersebut meminta RM5 kepada ku... Katanya, harga cuci kereta naik sempena musim perayaan...

3- Kenapa dia tak kata jer, harga cuci kereta naik sebab harga minyak ron97 naik 10sen?? Bukan ker peniaga banyak menggunakan alasan sebegini untuk menaikkan harga barangan mereka?? Hehehehe

4- Pun begitu, katanya, harga cuci kereta ini akan turun semula minggu depan... Hurmm, naseb baik... Kalau tak, aku baru nak anjurkan demonstrasi jalanan menuntut hak2 pengguna yang malas... Hehehe

Wednesday, January 12, 2011

UMUM : "Allah is a pig" - Evan Raven


1- Allah dan Nabi Muhammad di hina lagi... Aku malas nak tulis panjang2... Gambar diatas menerangkan segala2nya... Gambar print screen dari salah seorang pengguna facebook rakyat 1Malaysia, yang membuat provokasi liar terhadap Islam...

2-
Kaji punya kaji, rupa-rupanya Evan Raven ni adalah salah seorang peminat Namewee (penyanyi rap kontroversi) dan gerakan Hindraf (puak pelampau hindu)... So, korang fikir2 dan buat lah kesimpulan sendiri ok??



3- Pak lebai PAS tak mau buat solat hajat supaya Evan Raven diberikan petunjuk ke??? Abang gagah PERKASA pula tak bercadang ke nak belasah mamat biadap ni?? Korang kan gangster?? Huhuhu

4- Agak2 korang, apa yang korang nak balas kalau Evan Raven cakap macam ni: "ALLAH wa punya tuhan ma... lu olang apa bising2?? wa punya pasat laa mau kutuk ALLAH wa... itu Kalid Samad pun cakap wa punya agama boleh pakai kalimah Allah meh... "

Sunday, December 19, 2010

UMUM: Konspirasi Dr Asri - Dahulunya Wahabbi, kini syiah

1- Apabila Dr Asri (bekas mufti Perlis) menyelar tindakan kerajaan menahan 200 pengikut syiah di Gombak, didalam Malaysiakini klik disini, maka timbul lah pelbagai persepsi negatif keatas beliau....

2- Sebelum ini, Dr Asri pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabbi... Beliau dituduh mempunyai niat jahat untuk menghuru-harakan agama Islam di Malaysia...


3- Rangkuman daripada penahanan 200 pengikut syiah di Gombak ini DIIKUTI DENGAN penyataan Dr Asri didalam laman Malaysiakini, maka timbulnya teori bahawa puak-puak Wahabbi dan Syiah berkonspirasi dan berpakat untuk mengucar-kacirkan islam yang tulen dengan melakukan peperangan sesama mereka klik sini...

4- Dr Asri yang dahulunya dituduh berfahaman Wahabbi kini di label pula sebagai pro syiah, setaraf dengan Dr Faisal Tehrani dan Mat Sabu... Kalau begitu, boleh laa mereka tubuhkan team sepak takraw 'konspirasi wahabbi dan syiah'... Huhuhu

5- Persoalannya, benarkah golongan syiah dan wahabbi mempunyai agenda tersembunyi untuk menghancurkan umat Islam? Yang sesat dan kafir itu, biarlah ALLAH sahaja yang putuskan.. Siapalah kita nak judge mereka... At least mereka tak menjadi peliwat tegar... Hehehe

6- Iklan kejap: Jangan lupa, orientalis-orientalis bertopengkan serban putih pun suka mengkafirkan saudara seIslam dan sukakan perpecahan didalam Islam... Ini pun konspirasi jugak kot??

7- Jika diatas, aku sertakan link ke blog ANTI-wahabbi, to be fair, aku sertakan juga link ke blog ANTI-syiah, klik disini... (sekadar bacaan)

Thursday, December 16, 2010

BUKU: Anwar Ibrahim, Pluralisme dan Tuhan Manusia


1- Rakyat Malaysia gempar, selepas Dr. Yusri Mohamad (pensyarah UIAM) mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim menyokong fahaman Pluralisme. Dr. Yusri memperkatakan sedemikian selepas merujuk ucapan Anwar pada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World.

2- Sejak pendedahan tersebut, terma Pluralisme semakin popular. Ramai umat manusia di Malaysia tertanya-tanya, apakah itu Pluralisme?


3- Menurut Dr Danial Zainal Abidin, konsep Pluralisme menegaskan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama.
Pendek kata, Islam memang menolak fahaman Pluralisme...

4-
Pasti ada selepas ini, orientalis-orientalis yang bertopengkan serban putih bangkit membela Anwar Ibrahim dengan dalil-dalil Islamik mereka....

5- Cerita tentang Pluralisme ni, sebenarnya sudah tertulis didalam novel yang bertajuk "Tuhan Manusia" karya Dr. Faisal Tehrani (sasterawan negara)... Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui fahaman Pluralisme ini, korang bolehlah cuba-cuba baca novel ni....

6- Aku dah baca novel "Tuhan Manusia" ni selepas berjaya pow As Aziz punya koleksi novel (hehehe thenks As)... Walaupun bahasa yang digunakan didalam novel ini sangat bersastera, tetapi tak rugi membacanya... banyak ilmu baru dapat dipelajari...

7- "Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama"...

8- Menurut Dr. Faisal Tehrani, novel "Tuhan Manusia" akan ada sambungannya... Tak sabar nak baca...

Sunday, November 7, 2010

UMUM : Jangan bagi pandangan tentang anwar laa dr!!!

1- Baru-baru ini, Dr Asri (bekas mufti Perlis) ada mengeluarkan pandangan terhadap kepimpinan anwar ibrahim(DSAI) dan menyarankan supaya DSAI berundur dari arena politik.

2- Akibat tindakannya itu, beliau dikritik hebat oleh geng-geng PR... skuad penggempur maya PR mulai menyerang Dr Asri didalam acc facebooknya...

3- Gambar diatas di snap pada page facebook DrMaza.com... Jelas Dr Asri kecewa dengan provokasi puak penyokong tegar PR... Yang memang tak boleh mendengar pendapat dan pandangan orang lain...

4- Rollback: Dr Asri juga pernah menyindir Tun Abdullah supaya melatak jawatan sebagai PM suatu ketika dahulu... dan beberapa kali mengkritik dasar kerajaan... Bagi aku, Dr Asri seorang yang neutral... tidak begitu memihak kepada kerajaan dan tidak pula menyokong pembangkang...

5- Pastinya lepas ni Dr Asri dikafirkan oleh ulamak-ulamak anwar... Jangan sesekali kutuk/kritik kepimpinan DSAI... sure hidup anda sengsara... lawan tetap lawan!!! hehsss

Friday, September 3, 2010

UMUM : Katy Lim Li Lian, please blowjob me!!!


1- Aku tak nampak pon videoKlip terbaru NameWee (tajuk NAH) ni berbaur perkauman??? Dia buat videoKlip utk guru besar yang racist tu... Ok laa tu, sama2 racist, pergi makan taik laa korang, lagi good...

2- Kemudian, timbul video2 mempersendakan Islam (made in Malaysia), di facebook dengan banyaknya... Antaranya, video zikir oleh gadis2 bajet hot dan lain2 lagi...

3- Lepas tu muncul pula makhluk2 yang beragama Islam yang dok bangga dengan dosa yang mereka buat... Slamber kutuk Islam terang-terang.. Antaranya isu Salleh Gregor Samsa yang dengan terang menghina Islam...

4- Salleh Gregor Samsa juga ada menulis didalam blognya "Aku nak kikis nama melayu/islam didalam IC aku... jika melayu buat masjid, aku akan bakar masjid.... Pendek kata, apa yang melayu buat, aku tak mahu buat" (lebih kurang macam tu laa bunyinya)

5- KINI, isu menghina Islam kembali... Watak kali ini adalah Katy Lim Li Lian the blowjobER.. Malas nak cakap panjang, korang baca je laa apa yang dia tulis dalam facebook dia (kini sudah tukar nama, kalau nak tengok muka dia, klik link ni http://www.facebook.com/profile.php?id=527764303)

6- Kenapa sekarang ni terok sangat??? Adakah pentadbiran Tok Jib terlalu lemau, lemah dan sloWww??

7- Ataupun sifat pembangkang yang lebih liberal... Contohnya membenarkan orang kafir harbi berucap di masjid dan menghalalkan penggunaan nama ALLAH bagi puak kristian... So, kalau dah halalkan penggunaan nama ALLAH, kita sebagai umat Islam, tidak boleh laa dok bising2, marah dekat Katy Lim Li Lian the blowjobER ni... Ye laa, dia kan tgh kutuk ALLAH versi kristian... who knows???


Thursday, September 2, 2010

UMUM : GAY yang alim

1- Paderi pon ade jenis GAY ke?? Maknanya GAY memang diiktiraf oleh agama lain??? Patot laaa diorang nak sangat Malaysia iktiraf GAY dan hubungan sejenis...

2- hahaha... ntahlaa??? pelik2 je sekarang ni

Saturday, August 21, 2010

UMUM : Free Beers di Bulan puasa, Take a Beer!!!

1- Beers free di bulan puasa... Pengedaran adalah secara terbuka, di restoren ALL ASIA CAFE di Subang Jaya... Subang oh subang KU....

2- Pemberian secara pecuma selepas lawatan sambil belajar Pesuruhjaya PAS Kawasan Shah Alam ke kilang Beer. Mungkin itu sebagai tanda terima kasih atas cadangan beliau yang menawarkan tapak kilang yang lebih besar di port kelang.... Take a beer!!!

Sunday, January 10, 2010

UMUM : cat (org jahat) VS ANJENG (polis)

1- Kejadian berlaku pada 02 January 2010 (Sabtu) lepas, bertempat di stesen petronas Medan Gopeng, Ipoh, lebih kurang pukol 2-3pg... Pada mulanya, aku ke stesen petronas tersebut untuk menggunakan tandas, tetapi akhirnya aku melepak disitu memandangkan terdapat ramai mat kereta sedang melepak, tambahan pula aku ditemani seorang gadis... hohoho

2- Siren polis yang membingitkan telah memecah kebuntuan embun pagi dan menarik perhatian kami semua yang sedang melepak disitu... bunyi itu datangnya dari arah Mc Donald medan gopeng... setelah diperhatikan, rupa2nya polis sedang mengejar sebuah kereta kelisa (penjahat)...

3- Terdapat 10++ buah kereta polis (puteh) dan beberapa kereta polis biasa mengejar kereta kelisa tersebut... lampu hadapan kereta tersebut dimatikan...

4- Setelah hampir berjaya sebuah kereta polis (puteh) memotong kereta kelisa tersebut, penjahat berjaya membuat U-turn yang bahaya dihadapan simpang masok ke Taman Song Choon (tempat tinggal aku)...

5- Beberapa kereta polis berjaya membuat U-turn, dan aktiviti mengejar penjahat di teruskan... buat kali ke2 kereta polis hampir berjaya memotong kereta kelisa tersebut... tetapi penjahat dengan hati yang kering, menggunakan simpang U-turn untuk memandu arah bertentangan...

6- Penjahat berjaya menjarakkan pengejaran polis, disebabkan polis tidak mahu mengambil risiko untuk mengejar penjahat menggunakan arah bertentangan... tambahan pula kereta polis terstuck di lampu isyarat... penjahat seterusnya menggunakan simpang masuk ke petronas yang aku sedang lepak untuk memasuki simpang ke Taman Ampang....

7- Aksi seterusnya, aku tidak tahu... memandangkan penjahat sudah masok ke kawasan perumahan maka sukar untuk aku untuk menjaga kain diorg... Pada jangkaan aku, mungkin penjahat sudah berjaya melarikan diri, kerana berjaya menjarakkan diri dari pengejaran polis...

8- 10 minit kemudian, terdapat ambulans memasuki simpang ke Taman Ampang... aku terus menghidupkan kereta aku, mengekori ambulans tersebut... tidak sampai 1km dari simpang tersebut, ternampak kereta kelisa sang penjenayah terbabas dan dikepong polis...

9- Penjahat (seorang bebangsa cina) berjaya diberkas dan di masukkan kedalam ambulans... dan aku teros pulang ke rumah... Yiehuu, sekurang2 nya aku dapat melihat satu tayangan yang lebih best daripada cerita2 aksi melayu secara LIVE...

Wednesday, July 8, 2009

UMUM : Ipoh VS Subang Jaya

Aku dilahirkan di Perak.. Aku juga merupakan penyokong pasukan "kejor yeop kejor"... (cuma sekarang ni kenapa team bola perak tak kuat macam dulu2? hehehe)... Nak dijadikan cerita, aku telah mendapat kerja di Ipoh, Perak... Tanpa berfikir panjang, aku accept jer tawaran tersebut, sebab aku nak kan cabaran... Disamping nak try bidang baru...

Orang kata, gaji rm2K++ dan tinggal di Perak, memang lebih dari cukup... Sapa kata??? Berikut, aku membuat perbandingan antara Ipoh dan Subang Jaya... Sebenarnya tiada beza pon... Gaya hidup pon lebih kurang sama....


1) Tempat cuci kereta di SUbang Jaya lebih murah berbanding cuci kereta di Ipoh... rm8 cuci di SUbang jaya, siap cuci luar dalam + vacuum... manakala kat Ipoh, cuci luar jer dah rm10... duhhh, Subang Jaya get 1 point...

2) Sapa kata makanan kat Ipoh murah??? lebih kurang je dengan makanan kat SUbang Jaya... At least Subang Jaya ade banyak mapley, boleh buat pilihan.. kalau nak murah, gi makan mapley, order roti kosong, mmg save bajet... tapi bilangan mapley kat Ipoh ni sikit... Subang Jaya mendapat point ke2...

3) SUbang jaya memang jam.. Tapi Ipoh, ok laaa... cuma hari Sabtu-Ahad tu macam kereta bergerak perlahan laa, sbb ramai yang nak pergi berenjoy... Ipoh mendapat point pertama...

4) Ipoh ada Jaya Jusco, Ipoh parade, Tesco dan Giant... manakala Subang Jaya ada mydin, giant, carefour, tesco, summit, SUbang parade, Sunway pyramid... Kesimpulannya, Subang jaya lagi banyak tempat untuk bersopping... third point for Subang Jaya....

5) Barang di Tesco Subang Jaya lebih murah daripada barang di Tesco Ipoh.. barang yang sama... How the hell this can happend?? Subang jaya mendapat point ke4...

6) Sewa rumah di Ipoh jauh lebih murah daripada sewa rumah di Subang Jaya/Damansara/ Puchong/ Cyberjaya/ Bangi/ Shah Alam... Ipoh mendapat point ke2.....



Keputusan penuh = Subang Jaya 4 - Ipoh 2
Subang Jaya lagi best laa kot??? hahahaha

Friday, June 12, 2009

UMUM : Public bank - Sucks

Adakah anda mempunyai account Public bank? Di Taipan USJ, Subang Jaya, terdapat 1 cawangan Public Bank... Jika anda ingin mengambil wang menggunakan mesin ATM disitu, lupakan saja.... Sudah pasti anda akan ternampak sign kehabisan wang, ataupun mesin ATM rosak... Memang betul2 sucks...Fenomena ini berlaku dengan kerap sekali tambah-tambah di akhir bulan dan 2 minggu pertama di awal setiap bulan...

Oh yer, bukan itu sahaja, malah customer services di kebanyakan cawangan public bank juga sangat tidak memuaskan (worst ever)... Diharap jika ada sesiapa yang bekerja di Public bank dan terbaca post ini, anda dapatlah mempengaruhi pihak pengurusan anda supaya dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan...

Kata-kata terakhirku, "Public Bank - Sucks"

Tuesday, February 17, 2009

UMUM : Kugan (from zero to hero??)


Awal bulan february lepas, Malaysia digemparkan dengan kematian Kugan... Sekali lagi polis Malaysia dipersalahkan... Menurut mak aku, Kugan diraikan sebagai seorang wira... Para pejuang (ntah dari mana) yang majoritinya kaum india membuat demo didepan masjid USJ 9/ depan balai polis USJ 8 dengan begitu ramainya.... 2 Helikopter FRU berlegar2 diatas kawasan rumahku yg berdekatan dengan kawasan kejadian untuk memastikan mereka ini tidak bertindak diluar batasan... gambar Kugan diarakkan di atas kereta mewah... Oleh itu, boleh laa aku katakan, kematian Kugan persis kematian seorang perwira...

Namun, wajarkah Kugan diangkat seperti seorang wira??? Bagaimana seorang perompak dapat menjadi wira?? Bayangkan, berapa banyak kereta mewah yang sudah di rompaknya?? Apakah jaminan kita untuk mereka ini tidak membahayakan keselamatan kita??? tepuk dada tanyalah selera-

Wednesday, January 14, 2009

UMUM : BA-bi

Sejak akhir2 ni, aku sering mendapat email, yang kononnya, terdapat campuran babi didalam sesetengah makanan yang sering kita beli.... Contohnya, lychee tin, meehun, cokelat, produk kecantikan dan banyak lagi... Banyak juga email yang aku dapat, mengatakan terdapat produk-produk makanan yang tak halal, contohnya starbuck, oldtown whiteCoffee dan lain-lain lagi...

Persoalannya, sejauh mana kesahihan email tersebut??? Jika benar, aku maseh pening, kenapa terlalu banyak makanan yang tidak halal dan makanan/produk yang dicampurkan dengan babi terlepas dan dijual secara sewenang2nya ??? Kenapa pihak2 yang bertanggungjawab tidak melakukan tugasnya??? kenapa pejuang agama (kononnya), pejuang melayu(kononnya), pejuang rakyat (kononnya) tidak berusaha untuk memeranginya??? Kenapa tidak hebahkan kepada masyarakat umum tentang kesahihannya???

Masyarakat masih bingung, terutamanya yang beragama Islam.... Dan pihak yang bertanggungjawab umumnya, perlu menerangkan kesahihan email2 layang tersebut....

Saturday, December 6, 2008

UMUM : duit....duit...duit.......

Jemputan dr yana. ...emailkan pada dianar@sunway.com.my utk sebarang pertanyaan!!!!

Cepat jgn terlambat !
Rebut la peluang ini.
Usaha anda akan membuahkan hasil.

MAHUKH ANDA BERPENDAPAN 60K SEBULAN !!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;
Kini ada satu sistem revolusi terkini dimana anda akan memperolehi wang balik untuk produk kesihatan anda !
Berminatkah anda untuk mengetahuinya?
Adakah anda masih lagi bekerja makan gaji atau masih mengharapkan 100% pendapatan dari pekerjaan anda sekarang?
Cuba anda fikirkan jika anda dibuang kerja atau majikan pindah operasi dan anda tiada sumber pendapatan lain.
Adakah dalam keadaan terdesak baru anda ingin menceburi peluang perniagaan yang mudah, lumayan dan mampu menjana pendapatan berterusan?
Kami akan membantu anda. MUDAH, MURAH, LUMAYAN BERTERUSAN.
Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk HEBAT ini, juga produk-produk lain sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.

Wednesday, September 24, 2008

UMUM : Namewee dan lagunya

1- "My job is doing music, their jobs (cops) are catching people", Namewee berkata pada sekumpulan wartawan sambil tergelak bangga... Siapa yang tidak kenal sama Namewee... Penulis dan penyanyi lagu rap kawanku dan negarakuku yang boleh dianggap kontroversi...

2- Namewee dalam liriknya menyindir orang melayu... Katanya, jika Malaysia ini tanpa kaum cina, dimana orang melayu nak cari kerja?? Mana orang melayu nak beli guitar?? Macam mana mat rempit yang kebanyakannya terdiri daripada orang melayu mahu membeli motosikal??? Malaysia akan kurang satu cuti, iaitu cuti tahun baru cina... Orang melayu malass...

3- Aku sendiri bekerja dengan cina... Memang banyak company cina di Malaysia ni... Company melayu yang aku kenal, kebanyakannya nak cepat untung, kebajikan pekerja pun tak dijaga... Kedai guitar di metro Kajang, Summit USJ, Bukit Bintang, semuanya orang cina yang pegang... Tak pernah lagi aku jumpa kedai guitar orang melayu... Mat rempit pon kebanyakkannya terdiri dari orang melayu... Almost semua dari mat rempit yang aku nampak, semuanya melayu, ada sedikit jer golongan india... Orang melayu suke bercuti... 16 September pun nak cuti... Kalau dah orang cina tiada kat Malaysia ni, dah tentu kita akan kurang 1 public holiday...

4- So, adakah lirik Namewee ni berbaur perkauman??? Aku rasa tidak... lirik dia senada dengan isu Ahmad (MP Barisan nasional) baru-baru ni.... The fact is always beeing fact!!!
I dont understand how This fella (Namewee + Ahmad) can stir any racist remarks... If only people face the facts and not be ignorant this world will not face any racism...

5- Untuk berkata Namewee seorang yang racist, mungkin tidak... Tapi harus diingat, Namewee ada menyindir laungan azan subuh secara sinis... Dengan membandingkan laungan azan seperti suara penyanyi r&b, suara sumbang (out of tune) dan kokokan ayam, I think it is too much!!!
He should be more respect to other religions...

6- Ada pihak yang kata dia kreatif... Ada juga yang kata dia stupid... Bagi aku, dia bijak mencuri peluang... remaja cenderung mendengar lagu-lagu yang rebel... Dan sudah pasti, lirik sebegini dapat meng UP kan lagi namanya sebagai artis... Sedar atau tidak, Namewee sudah dikenali satu Malaysia dan mempunyai fan based nya yang tersendiri...


Friday, September 19, 2008

UMUM : Head banging is a nature of life


1- Jika korang melihat rakan sekerja korang memakai headphone dan membuat aksi headbanging menikmati lagu yang sedang didengarinya sambil membuat task-task office, apakah pendapat anda??? "Boleh ke mamat/minah ni siapkan kerja sambil kepala terhangguk-hangguk?" mungkin beginilah persoalan yang lahir didalam benak hati korang...

2- Apabila mendengar sesuatu lagu yang rancak, manusia cenderung untuk menggerakkan kepala mereka, or badan or pinggul or so on etc... Muzik juga dapat melegakan otak kita ketika mengalami kekusutan...

3- So, my suggestion is, instead of smoking to released ur tensionity while doing ur work, why not u try to listen to something?? I mean, music laa... Depends laa korang nak dengar ape pun, nasyid ke, rock cintan ke, dangdut ke, whatever laaa... Janji ianya music...

4- I found it quite worth to share this video... This little kid is very adorable, cute and awesome... It shows that headbanging is a nature of life... And of course laa System of a Down Rocks!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...