Wednesday, July 8, 2009

UMUM : Ipoh VS Subang Jaya

Aku dilahirkan di Perak.. Aku juga merupakan penyokong pasukan "kejor yeop kejor"... (cuma sekarang ni kenapa team bola perak tak kuat macam dulu2? hehehe)... Nak dijadikan cerita, aku telah mendapat kerja di Ipoh, Perak... Tanpa berfikir panjang, aku accept jer tawaran tersebut, sebab aku nak kan cabaran... Disamping nak try bidang baru...

Orang kata, gaji rm2K++ dan tinggal di Perak, memang lebih dari cukup... Sapa kata??? Berikut, aku membuat perbandingan antara Ipoh dan Subang Jaya... Sebenarnya tiada beza pon... Gaya hidup pon lebih kurang sama....


1) Tempat cuci kereta di SUbang Jaya lebih murah berbanding cuci kereta di Ipoh... rm8 cuci di SUbang jaya, siap cuci luar dalam + vacuum... manakala kat Ipoh, cuci luar jer dah rm10... duhhh, Subang Jaya get 1 point...

2) Sapa kata makanan kat Ipoh murah??? lebih kurang je dengan makanan kat SUbang Jaya... At least Subang Jaya ade banyak mapley, boleh buat pilihan.. kalau nak murah, gi makan mapley, order roti kosong, mmg save bajet... tapi bilangan mapley kat Ipoh ni sikit... Subang Jaya mendapat point ke2...

3) SUbang jaya memang jam.. Tapi Ipoh, ok laaa... cuma hari Sabtu-Ahad tu macam kereta bergerak perlahan laa, sbb ramai yang nak pergi berenjoy... Ipoh mendapat point pertama...

4) Ipoh ada Jaya Jusco, Ipoh parade, Tesco dan Giant... manakala Subang Jaya ada mydin, giant, carefour, tesco, summit, SUbang parade, Sunway pyramid... Kesimpulannya, Subang jaya lagi banyak tempat untuk bersopping... third point for Subang Jaya....

5) Barang di Tesco Subang Jaya lebih murah daripada barang di Tesco Ipoh.. barang yang sama... How the hell this can happend?? Subang jaya mendapat point ke4...

6) Sewa rumah di Ipoh jauh lebih murah daripada sewa rumah di Subang Jaya/Damansara/ Puchong/ Cyberjaya/ Bangi/ Shah Alam... Ipoh mendapat point ke2.....



Keputusan penuh = Subang Jaya 4 - Ipoh 2
Subang Jaya lagi best laa kot??? hahahaha

5 comments:

Mas Rahman said...

kalau da homesick tu......... ngaku jela bang oi ;p

red said...

ceh, mana ada....

Anonymous said...

kat mano lah yg ko cuci kete tu? kena ketuk la tuu.. setakat ni kat ipoh mmg biasanya rm10 cuci n vacuum sekali.. huhhuu..

eD love photographY said...

tu la..xmau tanya org...sy basuh luar dlm..vacum sekali baru 7 ringgit...dekat ngan kolej lak tu,..hahaha

mira said...

haha..of course la sir vote for subang jaya dah itu hometown sir kan..hohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...