Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Photo : Gambar Bayangan Serigala jadian (werewolf) part 2


1- Ini merupakan sequel daripada gambar pertama klik disini... Tetapi di masa dan lokasi yang berbeza... Gambar di tembak oleh Ucen (my student), di Teluk Senangin semasa kami sedang ber camping...

2- Cuba perhatikan asap shisha didalam gambar diatas secara teliti... Seolah2 membentuk seekor serigala yang ingin menerkam aku...

3- Hehehe, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

Tuesday, April 12, 2011

Aktiviti : Gambar Hantu di Pecah Batu Sungai Trong



1- Pada hari Jumaat lepas (8 ApriL), selepas habis waktu kerja, aku mengajak beberapa orang student aku gamble pergi camping... Lokasi kami adalah di tempat yang bernama Pecah Batu, dekat Trong Perak... Sebuah kawasan waterfaLL yang Indah permai dan nyaman...

2- Kami bertolak pukol 9malam, dan sampai ke kawasan waterfall pada kira2 pukol 11.45 mlm... Semasa kami sedang mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah, kami terjumpa satu bangunan usang... Kami sangkakan sebuah chalet terbiar, maka kami memberhentikan kereta untuk mengusha keadaan... Mana tahu, leh pacak khemah disitu kan??? Hehehehe

3- Keadaan gelap gulita menyukarkan kami untuk melihat keadaan sekitar bangunan tersebut... Oleh itu, kami menggunakan lensa kamera untuk snap picture bangunan untuk melihat bangunan dengan lebih jelass...

4- Setelah melihat kawasan bangunan tersebut terbiar dan berpagar, maka kami memutuskan untuk meneruskan perjalan ke kawasan yang lebih tinggi... Alhamdulillah, akhirnya kami terjumpa satu tapak yang sesuai untuk dirikan khemah...

5- Khemah berjaya dipasang... 3 bijik khemah kami pasang.. Dan kami membuat aktiviti sehingga ke pagi hari keesokannya... Apabila waktu pagi menjelma, terasa gatal nak check gambor2 yang ditangkap malam tadi... dan kami jumpa gambar momok seperti dibawah... Jika dilihat menerusi kamera dan di zoom, ianya kelihatan dengan lebih jelas... Takpon, korang klik jer gambor dibawah kasik besor sikit... Ngerii wehh



6- Berikut merupakan gambor2 di sekitar kawasan perkhemahan di Pecah Batu, Trong yang ditangkap oleh beberapa orang student aku... Ni versi tanpa momok plak... Ngehehehe








Monday, January 17, 2011

Photo : Gambar bayangan Serigala Jadian (werewolf)



1- Photo ini di 'tembak' oleh member aku, syitah(photographer) di sebuah mapley kawasan pekan Ipoh dalam pukul 12.00++ malam...


2- Ketika itu, si Merah bersama kawan nya Bain sedang men-SUCK shisha dengan nikmatnya, sambil menyaksikan perlawanan bola sepak Chelsea vs Blackburn... Mujur Chelsea menang kali ini... Hoyeahhh


3- Sambil2 itu, kami berborak mengenai filem/movie seram yang ditayangkan dipawagam sekarang... Daripada cerita Khurafat sehinggalah ke cerita luar negara seperti SAW, IT, freddy vs Jason dan sewaktu dengan nya...


4- Cerita punya cerita, melalut sampai ke kisah serigala jadian (werewolf)... Sambil2 itu juga, syitah menembak gambar kami yang sedang enak berShisha...


5- Hasilnya, memang best... Bayangan yang terhasil daripada asap shisha itu membentuk seakan2 serigala jadian... (lihat gambar diatas)


6- Jangan biarkan misteri menyelubungi anda.... chewaahh~


Illustarasi Serigala Jadian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...