Friday, January 7, 2011

Sukan: Toure dan Adebayor bertumbuk - strategi atau konspirasi?

1- Dunia bolasepak luar dikejutkan dengan berita pergaduhan Kolo Toure dengan Adebayor di set latihan... Nota kaki: Kedua-dua pemain ini bermain untuk kelab Manchester City...

2- Sebelum ini, terdapat beberapa siri pergaduhan mengaitkan pemain dan jurulatih Manchester city antaranya: Jerome Boateng vs Balotelli , Mancini vs Tevez , Yaya Toure vs James Milner dan yang terbaru, Kolo Toure vs Adebayor...

3- Adakah ini satu strategy ATAU konspirasi??

4- Walaupun terdapat banyak masalah didalam kelab, player unhappy with their manager, bergaduh sesama sendiri, tetapi kelab Manchester City terus mengungguli 4 tangga teratas liga perdana Inggeris...

5- Mungkin ini strategi mereka: Biar pihak musuh meng-andaikan bahawa kelab Man. City bergelut dengan pelbagai masalah... Biar musuh merasakan bahawa Man. City lemah.. Padahal, mereka bersatu dan berkongsi harapan yang sama, iaitu ingin merangkul gelaran juara liga perdana Inggeris dan mendapatkan spot untuk ke kejohanan Champions League...

6- Atau, mungkin juga ini merupakan konspirasi antara Kolo Toure dan Adebayor... Kalau kita lihat, mereka berdua pernah bermain bersama didalam kelab Arsenal dulu... Bila Adebayor quit dari Arsenal, Toure pon mengikut jejak Adebayor..

7- Toure dan Adebayor adalah dua nama bintang yang semakin hari, semakin pudar sinarnya... Nama mereka berdua akan kembali menjadi hangat apabila ada isu sebegini... Agen2 dan scout2 kelab gergasi lain tentunya akan mengintai Toure dan Adebayor apabila mereka mengetahui bahawa dua pemain ini mempunyai masalah didalam kelab...

8- Berikut merupakan gambar-gambar Toure dan Adebayor bertumbuk... Gedebe sungguh.. Enjoy!!!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...