Saturday, February 5, 2011

Dunia : Mesir akan dihancurkan oleh rakyat mereka sendiri





Pro Mubaraks and Anti Mubaraks clash

1- Krisis Mesir semakin menjadi2... Demonstrasi jalanan semakin berleluasa... Rakyat semakin bermaharajalela... Presiden Hosni Mubarak harus digulingkan... Itu kata2 mereka yang ANTI kan Mubarak...

2- Dari satu sudut, dunia memuji kebangkitan rakyat Mesir untuk menggulingkan diktaktor Mubarak... Seorang presiden yang zalim dan boneka kepada USA dan Israel perlu dijatuhkan... Rakyat mahukan pemerintahan ala ISlam...

3- Dari satu sudut yang lain, rakyat Mesir sedang melakukan kehancuran di bumi mereka sendiri... Ekonomi Mesir pastinya jatuh merundum... Bangunan dan kereta dibakar... Ahli perniagaan tidak dapat menjalankan aktiviti harian mereka... Huru hara berlaku dengan hebatnya...

4- Pencuri juga bermaharajalela... Banduan2 mengganas, dan meloloskan diri daripada penjara... Pastinya banduan2 ini akan membalas dendam keatas hakim yang menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka...

5- Perogol2 bersiri mengambil kesempatan... Gadis2 yang lemah akan menjadi mangsa... Ini kerana polis Mesir sudah tidak dapat berbuat apa2...

6- Adakah benar, rakyat sepakat bangkit menentang Mubarak?? Jika benar, mengapa wujudnya pendemonstrasi pro Mubarak?? Bilangan mereka bukan sedikit... Mereka berjaya membelasah dan menghalau golongan ANTI Mubarak..

7- Mungkinkah perang saudara akan berlaku di Mesir?? Sepertimana berlaku di Iraq dan juga Afganistan?? Orang Islam berperang dengan orang Islam??

8- 11 Ribu rakyat Malaysia di Mesir perlukan bantuan... Marilah kita bersama2 mendoakan keselamatan mereka... Terima kaseh kepada barisan Tok Jib, kerana bertindak untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana...

9- Pastinya Israel sedang bergelak ketawa... Mesir akan dihancurkan oleh rakyat mereka sendiri... Satu lagi negara Islam akan tumbang, selepas Iraq dan Afganistan...

17 comments:

Ariffah9 said...

saya sarankan akhi baca ini:

http://aljazary.blogspot.com/2011/02/hari-kemarahan-rakyat-kepada-pemerintah.html

rusuhan Mesir ada kepentingannya.

alhamdulillah, plg seronok apabila yg muslim tak pernah tnggalkan solat malah solat awal waktu! wpun sdg mrusuh. Solat Jumaat pun diadakan..

afams-chan said...

Tu arr.. bila aku baca artikel psl student Mesia kat sana, rasa cam risau gak. Yer la, cuba imejin if adik pompuan kita ke, kakak kita ke or any relative yg kita close kat sana, sure kita tak leh nak duduk diam. Dah la sistem perhubungan terputus.

Aku teringat masa kat France ada perarakan pasal apa ntah yg ada ura2 student mesia pun terlibat, mak aku risau gila sbb adik laki aku ada kat sana..lagi risau bila mak aku call adik aku x jwb..

so bila teringat psl perasaan seorg ibu kepada anak, sebab tu aku risau gak psl student kita kat Mesir..

red said...

@Ariffah9 : Terima kaseh kerana berkongsi kan link tersebut... Sebenarnya, saya telah membaca banyak artikel yang menyokong rusuhan Mesir ini... Tetapi bayangkan, berapa ramai orang yang tidak berdosa turut terkena impak kemarahan rakyat?? Berapa orang yang menjadi mangsa rogol?? Berapa orang yang menjadi mangsa rompakan?? Berapa orang yang meninggal dunia?? Berapa orang yang hilang harta2 awam mereka??

Harus diingat, Rusuhan ini bukan sahaja melibatkan puak ANTI Mubarak, tetapi juga pro Mubarak...Saya anggarkan selepas ini pastinya berlaku peperangan saudara dikalangan rakyat Mesir...

Ya, memang rusuhan Mesir ini penting... Sebelum rakyat mencapai kemenangan, pastinya banyak kemusnahan dan kerosakan yang mereka lakukan...

red said...

@afams-chan : sama2 lah kita berdoa akan kesejahteraan mereka... Amin

Ariffah9 said...

Saya sentiasa mengikuti perkembangan Mesir dari semasa ke semasa.

Sekarang, pihak PMRAM dan kerajaan sedang berusaha bersungguh2 mengeluarkan rakyat/pljr Malaysia dari Mesir..sama ada balik Malaysia atau ke Jeddah.

Wallahhualam, bab merosakkan segala bangunan.

tpi, harus diingat penderitaan yg maha hebat sdg melanda palestin. selagi Hosni masih ada atau pmimpin yg sama saja perangai, sekatan sempadan Mesir-Palestin tetap diteruskan.

Bayangkan kawasan Arab sungguh luas dan besar, Palestin amat kecil sekali..tetapi kenapa masih tidak bebas sehingga sekrg? kerana pmimpinnya smua brkomplot dgn israel.

bkn stkat itu, rakyat mesir sudah tanggung pmrintahan zalim slama 32 tahun. mreka sudah tak tahan

kalau mereka blh solat di AWAL WAKTU , brjemaah , solat jumaat dan mndngar khutbah, insyaAllah kita doalah agar mereka itu adlh orang yang mghargai nyawa muslim lain.

bukan, saya tak sokong klu pmbkaran bangunan, entahlah kita tak boleh terus menghukum orang tanpa mengetahui keadaan sebenar.

apapun, banyak2 kan lah berdoa dan mmbri sokongan serta usaha terhadap keselamatan Pelajar Malaysia di sana.

oh ya, tak lupa, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi , ulama' besar dunia sndiri menyeru agar rakyat mesir menentang Hosni Mubarak.

bila ulama' sendiri sudah berkata, apa lagi yg perlu ditentang. tmbah,, ulama' yg dpercayai.

Omarasma said...

Ariffah9 got a good point there..:)

apa lagi option yang rakyat Mesir ada kecuali rusuhan? rakyat Mesir mcm orang kita juga sukakan keamanan. semua manusia mahu hidup aman damai. Tapi bila kerajaan menzalimi mereka dan mengawal semuanya termasuk pilihanraya, apa lagi pilihan yang mereka ada untuk menentang kezaliman ini??

pilihan terakhir hanyalah ke jalan raya.

red said...

@Ariffah9 : Alangkah baiknya jika semua perusuh dapat menghargai nyawa dan harta benda orang lain... Manusia yang tidak berdosa tidak harus diheret ke kancah amarah mereka...

Oh, tidak lupa... Jangan anda abaikan juga pandangan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah yang meminta rakyat Mesir supaya bertenang... Hurmm, mungkin pandangan beliau tidak diendahkan kerana beliau juga di cop sebagai tali barut Israel...

Saya sering tertanya2... Kenapa perusuh tidak merusuh sahaja di hadapan rumah Mubarak dan konco2 nya?? Ini tidak... Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar...

Saya juga mempunyai beberapa orang rakan yang belajar di sana... Apabila jadi macam ni, saya amat risaukan keselamatan mereka... Harap perusuh tidak membahayakan nyawa orang yang tidak berdosa...

red said...

@Omarasma : saya sentiasa menunggu komen daripada anda... Akhirnya anda datang dengan komen yang bernas...

Memang rakyat Mesir tidak mempunyai banyak pilihan... Sebab itu didalam penulisan saya juga, ada menyatakan 2 senario akan terhasil...

Pertama, Rejim Mubarak akan membuka mata... seterusnya membawa kepada kemenangan rakyat...

Masalahnya, Mubarak ni pandai terbuka mata ke?? Paling busuk yang dia nak lakukan, adalah plan pembaharuan 7bulan...

Kedua, harta benda awam akan dimusnahkan.. Ekonomi akan lumpuh... Tambahan pula, sudah wujud perusuh pro Mubarak... Pastinya lebih banyak pertumpahan darah berlaku selepas ini...

Tapi tidak apa... Ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan.. Jika seseorang itu gugur di medah rusuhan, maka syahid layak baginya...

Apa yang pasti, saya memang 101% sokong bahawa Mubarak perlu melepaskan jawatannya... Beliau bukan sahaja menzalimi rakyat Mesir, tetapi juga menzalimi rakyat Palestin...

Omarasma said...

bagi saya, Mubarak nak buka mata ke tidak itu tidak penting. Tapi apa yg kita nampak sekarang, situasi ini menyebabkan Mubarak hilang langsung pengaruh di dunia. sekutu rapat mereka USA dan Eropah pon menggesa Mubarak letak jawatan. bila rakyat mengamuk kerja2 jahat USA dan Israel akan terbantut. lagipun Mesir bersempadan dengan Israel. Sudah tentu mereka akan menaikkan barua baru yg menyokong mereka selepas ini utk menggantikan Mubarak.

Jika kita berbalik kpda sejarah, situasi sama pon berlaku di Malaysia ketika sebelum merdeka. Rakyat Tanah Melayu turun sama2 berdemostrasi menentang Malayan Union. Di dalam situasi itu kenapa orang di Tanah Melayu tidak mengambil kira faktor ekonomi yg sudah tentu akan jatuh apabila mereka turun menentang Inggeris?

Jangan bagi alasan kerana Inggeris adalah penjajah. ini kerana, penjajah dan kerajaan yg zalim adalah sama. kedua2nya menzalimi dan tidak membela nasib rakyat. Rakyat hidup dalam kesusahan.

red said...

@Omarasma : Mungkin plan pembaharuan 7 bulan yang diumumkan oleh Mubarak ada kaitan dengan apa yang saudara katakan...

"Sudah tentu mereka akan menaikkan barua baru yg menyokong mereka selepas ini utk menggantikan Mubarak."

Ariffah9 said...

saya sokong kata Omarasma.

Bukankah ana sudah katakan, kita berdoalah agar mereka yg solat AWAL waktu, brjemaah,brsolat jumaat, mndngar khutbah adlh mreka yg mnghargai nyawa muslim dan not-yet muslim yang lain.kadang2, kita di Malaysia ini pun ramai yg melewat2kan solat.

Ya, saya tak lupa mufti mesir trsebut tp saya lebih mnyokong Al-Qardhawi, KETUA ULAMA’ SEDUNIA, dan beliau sndiri pernah dibuang Mekah kerana khutbahnya menentang pemerintahan di situ (baca:waktu itu). Ternyata Al-Qardhawi benar dgn khutbahnya. Dia tidak peduli dgn arahan yg ingin mnutup keaiban sndiri tp beliau brkata kebenaran.

Merusuh di hdapan bgunan Mubarak? Senangkah untuk terus masuk rumahnya, kawasan rumahnya..oh pastinya susah. Mungkin perjalanan 2 km sahaja dah ada pngawal atau senang kata pro-mubarak sentiasa mengawasi. Mana mungkin mereka akan beri peluang utk anti-mubarak mmbakar bangunan Mubarak.

Rakan? Ramai yang saya kenali di internet, tinggal dan belajar di Mesir. Saya banyak meminta pendapat dan berbincang dengan mereka, bohonglah kalau saya kata jiwa saya tak risau. Laptop saya sentiasa terbuka 24 jam utk mngetahui perkembangan dr semasa ke semasa..Cuma kadang sahaja laptop di’mode’kan sleep spaya tak terlalu panas. Kakak kawan saya pun ada di sana. Malah, presiden PMRAM (ktua pljr Malaysia di sana) adlh bekas senior di sekolah saya. Akhawat dan ikhwah ramai bekas senior saya.Sepupu saya pun ada di sana.yang saya kenal ada yg tinggal di Egypt,kwsn utama rusuhan.. Manakan saya tak risau?

Ya, kemungkinan Cuma ada 3 sahaja. 1-GAGAL 2-Hosni turun dan ganti pemimpin lebih kurang sama saja 3-BERJAYA… tapi, kita percayalah,sokonglah dan berusaha. Sekurang2nya mereka berusaha menentang kezaliman.
Ya, Faisal Tehrani sendiri pun ada berkata, tak usah khayalkan ikhwanul muslimin mmgang kepimpinan kerana peluang amat tipis, mana mungkin Israel dan konco2 snang2 nak beri kuasa pd lain? Tpi, dgn rusahan tersebut, jangan lupa..Israel makin takut!

Ariffah9 said...

ya, Malayan Union. :)

herm, ada juga ura-ura katakan bahawa Obama sendiri menggesa Hosni meletakkan jawatan, benarkah? wallahhualam.

ingat, ini bukan berkenaan Mesir sahaja.tp mlibatkan tanah umat Islam iaitu Palestin!

maaf, kalau terlalu kasar, tak berniat. sekadar ingin mnyampaikan :)

red said...

@Ariffah9 : Benarkah Israel akan takut?? Mengapa perlu mereka takut, jika klon Mubarak sendiri sedang di rangka untuk mengambil tampuk pemerintahan?? konspirasi apakah ini??

Bukankah, ulama Al-Qardhawi sudah mengatakan bahawa gugur di medan rusuhan, maka shahid layak bagi mereka?? Bagi saya, alasan kediaman Mubarak dikawal rapi tidak boleh diguna pakai... yang penting usaha dan kata semangat daripada ulama Al-Qardhawi haruslah dijadikan kekuatan perusuh...

Faisal Tehrani?? owhh... saya juga salah seorang peminatnya.. Setiap hari kalau tak baca blognya tak sah bagi saya... walaupun beliau sering diFITNAH membawa agenda syiah, tetapi semakin hari semakin ramai pula orang yang mengikutinya... Hehehe

Terima kaseh kerana berkongsi pandangan... Maaf juga jika membuatkan anda terkasar...

Ariffah9 said...

Israel takut? Wallahhualam. Maaf,tak pasti. tapi Israel mmg pengecut, pandang mata mereka pasti mereka melarikan pandangan ke tmpat lain.

eh,bkn mksud saya mreka tak mahu mrusuh di bngunan Mubarak tp tak mampu lagi, mgkin merka berusaha? wallahhualam. tak boleh guna pakai? maybe.

herm,beginilah. ana baru brbincang dgn seorang rakan. ada dua cara utk mnguasai kpimpinan. dgn revolusi atau scara tarbiyah. ya,ana sndiri suka dgn cara tarbiyah.

tp , kerana keadaan Mesir sudahpun berlaku begini. Al-Qardhawi mngarahkan wajib turun rusuhan pd rakyat Mesir kerana nampak ada peluang utk Ikhwanul Muslimin naik..

ya, saya pminat novel FT , mmbina minda. klu bliau update, mmg saya akn baca. tp slalunya, silent reader sja.

Berkongsi ya, saling melontarkan pendapat. moga hal peribadi, kecil hati dll dijauhkan. :)

red said...

Baru tgk berita tadi...Alhamdulillah, keadaan krisis di Mesir semakin terkawal... Anak Mubarak sudah melepaskan jawatan, tapi bapanya??? HUrmmm, masih menunggu plan perubahan 7 bulan lagi gamaknya??? Cepat2 lah berundur, moga2 dengan perunduran beliau, nyawa mereka yang tidak berdosa dapat diselamatkan....

Ariffah9 said...

Ameen. By Allah's Will.

malfujitaka said...

rusuhan di negara-negara islam tetap akan berlaku walaupun kite cube sedaya upaya menghalang. negara2 di timur tengah akan bertelingkah, bergaduh sesama sendiri. walaupun kite berusaha bagaimana sekali pun, tetapi akan terjadi perkara ini kerana ini adalah salah satu daripada tanda2 kiamat yg telah di sebutkan di dalam hadis. hal ini menunjukan kiamat akan berlaku tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...