Wednesday, December 29, 2010

Tutorial : How can Flash READ data from database (pt3)

1- Ini merupakan part akhir bagi tutorial bagaimana Flash dapat membaca data didalam Database... Jika korang masih ingat, tutorial lepas adalah mengenai programming didalam Flash... Kali ini kita akan teruskan tutorial dengan membangunkan PHP files... nota kaki: Flash hanya boleh berkomunikasi dengan database menggunakan bahasa ke3... didalam hal ini kita akan pakai PHP script sebagai bahasa ke3... Are u ready???

2-
Buka Dreamweaver dan create satu PHP file bernama (recieve.php)... Manage kan site tersebut... Jika korg lupa macam mana nak Manage Site, korg boleh rujuk disini.

3- Buka tab code didalam Dreamweaver dan tulis code berikut... Penerangan mengenai code ini akan aku terangkan sebentar lagi...



4- Penerangan mengenai code diatas adalah seperti berikut:-

***********************************************************

$input1 dan $input2 merupakan variables didalam PHP... $_POST['input1'] dan $_POST['input2'] adalah variables daripada Flash yang dihantar ke PHP...
$input1 = $_POST['input1'];
$input2 = $_POST['input2'];



Code diabawah digunakan untuk menghubungkan PHP files dengan database...
DEFINE ("DB_USERNAME","admin");
DEFINE ("DB_PASS","666666");

DEFINE ("DB_HOST","localhost");

DEFINE ("DB_NAME","flashdb");


$dbcon = mysqli_connect(DB_HOST,DB_USERNAME,DB_PASS,DB_NAME);

if (!$dbcon){

die ("DB cannot conenct");

}



1) $query adalah variables ciptaan didalam PHP.. Korg boleh guna apa juga nama variables yang korg suka... $query digunakan untuk memegang SQL code (bahasa/coding Database)

2) Select * from datadata - bermaksud pilih semua daripada table datadata...


3) where data1 = $input1 AND data2='$input2" - bermaksud, dimana column data1 didalam table datadata mempunyai nilai input1 (dimana user masukkan didalam flash) dan column data2 didalam table datadata mempunyai nilai input2 (dimana user masukkan didalam flash) ....

$query = "select * from datadata where data1='$input1' AND data2='$input2'";

$result adalah satu variables PHP yang digunakan untuk menyimpan keputusan yang diperolehi mysqli_query - adalah satu function yang digunakan didalam PHP untuk membaca coding SQL, (kita telah masukkan coding SQL kedalam variable $query)
$result = mysqli_query($dbcon,$query);


Coding dibawah adalah optional... Nak tulis pun takper, taknak tulis pun takper...
Ianya digunakan untuk check error...
if (!$query){
echo "problem with query";

}



mysqli_num_rows adalah satu function untuk membaca bilangan baris yang diperolehi daripada keputusan query seperti yang diproses sebelum ini... Bilangan ini akan dimasukkan kedalam variables PHP bernama $num_data
Secara logiknya, jika $num_data = 0, maka tiada data yang diperolehi(di extract) daripada database
$num_data = mysqli_num_rows($result);

1) Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, jika $num_data bernilai 0, maka tiada data yang diperolehi (di extract) daripada database... dengan erti kata lain tiada keputusan dan data yang dicari tidak wujud didalam database...

2) Kita perlu menghantar mesej kepada flash untuk memberitahu bahawa data yang dicari tidak wujud...


3) maka kita perlu buat satu indicator (batu tanda), dimana bagi contoh yang aku bagi kan ini, aku memakai indicator yang bernama checks=gagal&... Korg boleh pakai apa saja indicator tapi harus berhati-hati, kerana indicator yang digunakan perlu selaras/sama dengan indicator yang digunakan didalam flash....

if ($num_data == 0){
echo "checks=gagal&";
}


1) Jika $num_data bernilai lebih dari 0, ini bermaka ada data yang diperolehi (di extract) daripada database... dengan erti kata lain, terdapat keputusan dan data yang dicari wujud didalam database...

2) Kita perlu menghantar mesej kepada flash untuk memberitahu bahawa data yang dicari wujud...
Kenapa kita perlu menghantar mesej ini??? Kerana Idea nya begini... Apabila flash membaca mesej yang mengatakan wujudnya data yang dicari didalam database, maka flash akan go to next page, atau pergi ke page berjaya....

3) maka kita perlu buat satu indicator (batu tanda), dimana bagi contoh yang aku bagi kan ini, aku memakai indicator yang bernama checks=berjaya&... Korg boleh pakai apa saja indicator tapi harus berhati-hati, kerana indicator yang digunakan perlu selaras/sama dengan indicator yang digunakan didalam flash....

else{
echo "checks=berjaya&";
}

***********************************************************

5- Ok... secara keseluruhannya, kita dah berjaya siapkan coding PHP, mySQL dan Action Script... Sekarang masanya untuk test application kita... Imbas kembali: Didalam table 'datadata' mempunyai hanya satu baris data sahaja seperti berikut...

6- Ok jom test sekarang... Buka flash file Korang (yang sudah dicompile dalam format .swf)... Cuba masukkan data1 dan data2 yang non exist dalam database... Contoh seperti gambar dibawah...
7- Klik button check (button warna merah tuu)... Lihat apa yang terjadi??? Page berjaya tidak akan dilinkkan, kerana data yang dimasukkan tiada didalam database...

8- Ok, sekarang try masukkan data1 = mila, dan data2 = jovovic... Klikkan button check dan lihat apa hasilnya???
9- Well done guys... Korang dah berjaya hasilkan satu application menggunakan flash untuk membaca database... Tahniah tahniah... Give urself big clap... Marilah ber'canyon' sebentar... Untuk tutorial akan datang, insyallah akan aku tunjukkan macam mana nak manipulate database menggunakan Flash dan tak lupa, macam mana nak connectkan Macromedia Director dengan database, tanpa menggunakan xtras berbayar... Wieehuu

1 comment:

IT Eksekutif SK Batu Lima said...

1st,tahniah sbb bjaya membuat tutorial yg mudah di fahami..sy ingin brtanya,bagaimana pula jika sy menggunakan barcode scanner utk scan,dan ingin paparkan data tnpa perlu menekan butang check?contohnya,jika kita scan ID pengguna dan paparan akan memaparkan nama pengguna tersebut?apakah actionscript yang sesuai?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...