Tuesday, December 28, 2010

Sukan : Terima kasih Garuda Indonesia

Penyokong Malaysia berarak mengelilingi stadium sebelum perlawanan bermula

1- Ahad lepas (26 Dec 2010), aku bersama-sama as aziz dan member-member sekamcing aku sewaktu di Universiti dahulu pergi menonton perlawanan akhir bola sepak, piala suzuki AFF 2010... Malaysia lawan Indonesia...

2- Terima kasih Garuda Indonesia, kerana menewaskan pasukan Thailand di peringkat kumpulan seterusnya membantu pasukan Malaysia layak ke peringkat separuh akhir. Alhamdulillah, pasukan Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan akhir bertemu pasukan Indonesia semula...

3- Terima kasih Garuda Indonesia, kerana 'boo' kan lagu negaraku sewaktu pertemuan peringkat kumpulan menentang Malaysia, dan seterusnya berjaya membelasah pasukan Malaysia (5-1)... Dengan penghinaan ini, maka terbitlah keinginan dihati para pemain dan penyokong Malaysia untuk bangkit membalas dendam!!!

4- Terima kasih Garuda Indonesia, kerana penyokong2 anda nampaknya pandai menjaga diri dengan tidak membuat provokasi murahan pada perlawanan kali ini...

5- Terima kasih Garuda Indonesia, kerana penjaga gol anda tidak pandai menjaga emosi didalam perlawanan... Nota kaki: Pengurusan emosi sangat penting didalam menentukan kemenangan bagi sesuatu perlawanan penting...

6- Dan yang paling penting, Terima kasih Garuda Indonesia,kerana memberikan bekalan selesa (3 gol) kepada pasukan Malaysia untuk bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan timbal balik...

7- Malaysia boleh!!! Terima kasih Garuda Indonesia!!!

6 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Garuda Indonesia sbb wat aku melompat sampai pecah enset aku semasa Malaysia sumbat gol!!

p/s:: hahahaha...appewpon Malaysia akan membawa pulang piala AFF Suzuki 2010 !! Go Go Go !!

red said...

Kiey: sian bro... takper, Iphone 4 laa lps nie kan??? huhuhu

Anonymous said...

Terima kasih Garuda Indonesia sbb kau aku akan dapat iPhone 4!! hahahahhaa....

(pas beli fon,makan biskut kering la yea)...

red said...

Kiey: lps tu, jgn lupe projek tahun depan... wieehuuu~ terima kaseh Thailand

Safaju said...

yeah, go Malaysia! supporters kita kena cool, tunjukkan mentaliti & attitude orang madani, like civilised human being. penyokong kena berubah, baru padan dengan team yang makin mantap :)

red said...

Safaju: betol2... penyokong Malaysia memang cool dan hensem2 + cun2 belaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...