Wednesday, December 15, 2010

SUKAN : Piala Suzuki AFF dan formula kemenangan Malaysia

1- Bola itu bulat... Tapi pasukan Malaysia juga sememangnya hebat... Maka mereka berjaya memasuki separuh akhir, piala suzuki AFF tahun 2010...

2- Lawan mereka kali ini, bukan calang-calang pasukan... Malaysia terpaksa menghadapi pasukan kerdil yang semakin hari semakin kuat, dan semakin digeruni iaitu Vietnam...


3- Separuh akhir pertama, Malaysia akan menerima kunjungan Vietnam ke stadium Bukit Jalil... Marilah ramai2 kita memberi sokongan kepada pasukan Malaysia yang terchenta ini...


4-
Malaysia boleh layak ke peringkat akhir, seandainya Malaysia berjaya menang dengan defisit DUA gol keatas Vietnam... Malaysia perlu mengambil peluang bermain di tempat sendiri dan membenam pasukan Vietnam yang tempang dengan beberapa masalah kecederaan dan pergantungan pemain... Bekalan DUA gol ini akan menjadi bekalan yang selesa untuk dibawa ke perlawanan timbal balik di Vietnam kelak...

5- Malaysia boleh layak ke peringkat akhir, seandainya Malaysia menguasai possession sekurang-kurangnya 50% ++ keatas Vietnam... Player Vietnam memang laju-laju belaka... Oleh itu, Malaysia tidak boleh membuat kesilapan dan kehilangan bola dengan mudah... Corak bermain 'long ball' perlu dielakkan... Seharusnya Malaysia bermain quick 'short pass'...

6- Malaysia boleh layak ke peringkat akhir, seandainya penyokong2 Malaysia tidak mem-psycho team sendiri... memaki, mem-boo, membaling mercun keatas team sendiri... Penyokong Malaysia perlu berhati tabah, walaupun pasukan Malaysia ketinggalan... Bukan memaki hamun team sendiri....

7- Aku lebih suka Malaysia pakai jersi warna biru berbanding warna kuning pada malam ini... Mengikut pengamatan aku, Malaysia lebih 'ong' jika memakai jersi warna biru...

8- Apa pun formulanya... aku percaya akan resepi yang akan digunakan oleh Mr RajaGobal dan anak buahnya untuk mengalahkan Vietnam...

9- Malaysia pasti boleh!!!

3 comments:

Safaju said...

nantikan pula 2nd leg di Vietnam hehe. Go Malaysia!

red said...

safaju : Harap2 Malaysia dapat masuk final... Go Malaysia!!!

Mahamahu said...

Singgah mlm nak jemput blogger jawb servay kat sini...Pada yg dah jawb abaikan masej ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...