Thursday, December 16, 2010

BUKU: Anwar Ibrahim, Pluralisme dan Tuhan Manusia


1- Rakyat Malaysia gempar, selepas Dr. Yusri Mohamad (pensyarah UIAM) mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim menyokong fahaman Pluralisme. Dr. Yusri memperkatakan sedemikian selepas merujuk ucapan Anwar pada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World.

2- Sejak pendedahan tersebut, terma Pluralisme semakin popular. Ramai umat manusia di Malaysia tertanya-tanya, apakah itu Pluralisme?


3- Menurut Dr Danial Zainal Abidin, konsep Pluralisme menegaskan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama.
Pendek kata, Islam memang menolak fahaman Pluralisme...

4-
Pasti ada selepas ini, orientalis-orientalis yang bertopengkan serban putih bangkit membela Anwar Ibrahim dengan dalil-dalil Islamik mereka....

5- Cerita tentang Pluralisme ni, sebenarnya sudah tertulis didalam novel yang bertajuk "Tuhan Manusia" karya Dr. Faisal Tehrani (sasterawan negara)... Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui fahaman Pluralisme ini, korang bolehlah cuba-cuba baca novel ni....

6- Aku dah baca novel "Tuhan Manusia" ni selepas berjaya pow As Aziz punya koleksi novel (hehehe thenks As)... Walaupun bahasa yang digunakan didalam novel ini sangat bersastera, tetapi tak rugi membacanya... banyak ilmu baru dapat dipelajari...

7- "Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama"...

8- Menurut Dr. Faisal Tehrani, novel "Tuhan Manusia" akan ada sambungannya... Tak sabar nak baca...

4 comments:

Safaju said...

aaa Tuhan Manusia, yup, memang best & membuka minda. Karya FT memang rugi kalau tak baca. Hmmm...sebenarnya pluralisme ni berlaku sebab semua agama pon asalnya dari Dia, dari Allah, cuma manusia tuh yang ada intepretation masing2 mengenai cara menyembahNya & menyimpang, tapi mereka tetap yakin adanya kuasa yang paling besar yang mengatur mereka (hmm ni tak termasuk ateis ok, tuh cerita lain) . Jadi kita, sebagai umat Islam, khaira umat, perlu guide, tunjukkan contoh terbaik, baru yang lain boleh accept bhw mmg agama Islam tu agama yang syumul, lengkap. Ini sama je, bahkan lagi teruk, camne mereka nak terbuka hati, ye dak

red said...

betoi2x... huhuhu

Zikri Husaini said...

karya faisal tehrani memang ... banyak benda kita perlu ... membuka minda dan fikir sebaik mungkin...

red said...

Unsur2 sastera sangat tinggi dalam karya FT ni... kengkadang sampai tak paham... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...