Tuesday, September 2, 2008

KHAS : Ramadhan datang lagi

Sudah 2 hari Kita berpuasa... Belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada kesemua umat Islam di dunia ini... Selamat beramal ibadat...

Aku rasakan bulan Ramadhan tahun ini agak unik kerana ianya jatuh pada 1 September 2008... Maka secara metamatikalnya, setiap haribulan didalam bulan September menggambarkan berapa hari kita berpuasa... Sebagai contohnya, 15 September, beerti 15 hari kita sudah berpuasa dsb...

Bulan Ramadhan juga begitu sinonim dengan pelbagai fadhilatnya... Tidak ketinggalan untuk bersama-sama mengajak umat Islam bersama-sama melakukan ibadat di bulan puasa, maka terserbarlah message-message, email-email tentang fadhilat beribadat di bulan Ramadhan didalam blog-blog, email ataupun sms...

Pun begitu, tidak semua hadith yang disebarkan adalah hadith sahih... Aku ada terbaca didalam satu portal mufti terengganu tentang kepalsuan hadith kelebihan terawih... Korang boleh baca artikel tersebut didalam link yang aku sertakan...

Link:- http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06


Hari ini 2 September, menandakan 2 hari sudah kita berpuasa... 2 September juga menandakan sudah genap 3 bulan ibu saudaraku (mummy Wan - gambar sebelah) pergi meninggalkan kami semua... Semoga roh nya dicucuri rahmat dan semoga ALLAH meletakkannya didalam golongan orang yang beriman... AMIN- Alfatihah...

5 comments:

Anonymous said...

Yup, sebenanye secara sedar tak sedar, banyak hadith2 yang kite sendiri tak tahu kesahihannya. Hadith pon ada banyak kategori kan sahih, hasan, daif, palsu. Sebenarnya, Rasulullah sendiri pon melarang penulisan selain daripada Al-Quran sebab takut bercampur-aduk Al-Quran tuh dengan yang lain-lain, termasuklah hadith. Mende nih sebenanye kite pandang enteng, tapi kesannya sangat dalam, sebab dah pernah terjadi pada kitab Injil. Aku ada terbaca artikel dpd Ahmad Deedat nih, dia mmg kaji Bible seme kan, dan dalam Bible tuh mmg kire mcm bercampur la ayat2 yang asal, plus kata2 Nabi Isa dan ayat2 lain yang memang pihak2 tertentu tambah, ubahsuai.

red said...

sedari safaju...

Betol tu...Kita tidak seharusnya memandang enteng...

ps:- ALFATIHAH buat Ahmad Deedat~

red said...
This comment has been removed by the author.
Masy R. said...

selamat berpuasa , hurm , yela ,yang penting kita bua tarawikh tu dgn niat nak beribadah , dan sucikan diri di bulan puasa =) dan berdoa ibadat diterima Allah =) al-fatihah to ur aunty .

red said...

sedari mas rahman....

Jgn luper bertarawih...Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...