Wednesday, September 3, 2008

POLITIK : 16 September (Math calculation)

Sedar atau tidak, tinggal kurang 2 minggu saja lagi bagi Anwar Ibrahim untuk mewujudkan kerajaan baru (Memerdekakan Malaysia)... Tapi persoalannya adakah Anwar mampu melakukannya??? Berikut merupakan simple calculation tentang fenomena tersebut:-

1- Jumlah ahli Parlimen = 222 orang (122 ahli Melayu + 100 ahli bukan melayu)

2- Jumlah MP Barisan Nasional = 140 orang (79 ahli melayu + 61 ahli bukan melayu)

3- Jumlah MP Pakatan Rakyat = 81 orang (42 ahli melayu + 39 ahli bukan melayu)

4- Seorang wakil bebas (Ibrahim Ali)

5- Jika Anwar berjaya menarik 30 MP Barisan Nasional melompat, Maka calculationnya adalah seperti berikut :

MP Barisan = 140 orang - 30 orang = 110 orang
MP Pakatan = 81 orang + 30 orang = 111 orang
Jikalau tak silap aku, majoriti mudah untuk mewujudkan kerajaan adalah 112 kerusi...

6- Maka, terdapat desas-desus didalam laman blog Malaysia-Today bahawa bilangan MP Barisan Nasional yang ingin diculik ialah 43 Orang.... Raja Petra begitu optimis memberitahu bahawa 43 MP Barisan sudah berada didalam genggaman Pakatan Rakyat...

7- Jika benar dakwaan Raja Petra, maka calculation 43 MP Barisan Nasional melompat adalah seperti berikut (mengikut nisbah ahli kaum yang secara samarata) :

MP Barisan = 140 orang - 43 orang = 97 orang

MP Pakatan
(Ahli Melayu = 43 0rang + 20 orang = 63 orang)
(Ahli bukan Melayu = 39 orang + 23 orang = 62 orang)
Jumlah = 125 orang

8- Maka kerajaan baru dapat dibentuk... Tapi masalahnya bagaimana hendak menarik 20 MP Barisan (melayu)??? Sedangkan saki-baki pemimpin yang ada didalam Barisan Nasional kini, kebanyakannya adalah kaki ampu Pak Lah???

9- Maka yang melompat, mungkin terdiri daripada ramai ahli bukan melayu... Ini akan menyebabkan komposisi didalam pakatan rakyat tidak stabil, dan aku yakin Anwar juga sedang memikirkannya, melainkan KALAU beliau hanya nak jadi PM semata-mata saja....

10- Nampak senang...Tapi itulah calculationnya... Tapi, semua ini takdir ALLAH taala... Kita hanya dapat merancang... Didalam laman blog langgah, Ada memaparkan tentang pendapat Ibrahim Ali mengenai fenomena 16 September... Katanya Anwar tidak menyatakan tahun bila??? 16 September 2009 juga boleh jadi... Maka berkemungkinan besar ini adalah cakap-cakap politik Anwar saja... Wallahualam

11- Kalau 16 September tak jadi, 15 September pasti jadi... Sediakan present secukupnya!!! Muehehehehe

15 comments:

anakmalaysia said...

Jika ada pun kebanyakannya bukan bumiputra.

Semalam dah umum gula2 kan... NEP akan dihapuskan bila PR membentuk kerajaan.

Siapa yang rakus memang mudah terpengaruh.

red said...

Sedara anakmalaysia....

Begitulah secara pengiraannya... Jika PR berjaya membentuk kerajaan, berkemungkinan besar, bilangan MP bukan melayu akan menguasai komposisi Pakatan Rakyat dan berkemungkinan mereka lebih ramai berbanding MP melayu...

Maka wujudlah nisbah yang tak cun...

kuchalana said...

adakah kita akan melihat liberelisasi selepas 16 sept..? Semua org masih tercari2 dan tertunggu2.. jika janji ALLAH negara ini akan hancur.. ianya akan hancur tidak kira ditangan siapa.. jika janji ALLAH negara ini akan terus meluncur dan menjadi lebih baik.. pasti juga ia akan berlaku.. janji ALLAH tetap disitu.. tetapi tidak pasti yg mana satu... jadi kita tunggukan sahaja.. jika kita salahkan takdir.. seperti kita menyalahkan janji dan ketetapan dariNYA..

salam singgah dari kuchalana..

ole..

red said...

sedare kuchalana...

Aku bersetuju dengan pendapat ko... Apa2 pun kita tunggu dn lihat dahulu... Janganlah pula kita menyalahkan takdir...

adios~

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

red... matematik saja tanpa ongkos tak jadi.kalau cukup ongkos tentulah ada lompat parti.lepas tu kena tangkap kerana rasuah, maka ada pr kecil pulak untuk 30 kerusi parlimen,

red said...

sedara otai....

Didalam ongkos pun,ada metamatikal nya...Dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari dari pengiraan matematik... Hehehehe

safaju said...

Yup, rasanya kalau btollah akan berlaku 16 Sept nih, mmg rmi yang ditarik tuh adalah non malays. Dan baru semalam beberapa komen mengatakan ini bukannya demokrasi, ini adalah satu penyalahgunaan, satu permainan politik. Tak kisahlah , demokrasi ke liberalisasi ke wat so ever yang jelasnya sistem-sistem nih adalah sistem yang direka sendiri oleh manusia untuk kepentingan dan keuntungan beberapa pihak, menindas pihak yang lain dan nyatanya boleh pulak dimanipulasi sesuka hati. Bak kata otai, janji ongkosnya ada, after you do the math la kan.So, lps nih igt nk kupas about all these sistem la, yang kita belaja time sejarah dlu tapi satu mende tak faham tuh hehehe so wait for my new post!

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

RED OTAI ADA FORMULA 16 SEPT.. MAI TENGOK:

LOMPAT TETAP LOMPAT, TAK ADIL KELAUR KEADILAN LOMPAT. LOMPAT TETAP LOMPAT.

S.A.M said...

‘If PR are not good they will be punished!’ And the threat was that they would be turned into a Donkey or else.(humiliation)

Anonymous said...

kalo ada ahli parlimen yg nak lompat nampak sangat dorang ni tak amanah dgn undi yg rakyat kasi..kalo betol2 hendak lompat dorang lepaskan jawatan lepas tu buat election sekali lagi macam wan azizah lepas kan jawatan ntok kasi anwar bertanding, baru la adil dan saksama...kata parti keadilan rakyat(kena adil la kan) nk kerusi di parlimen buat election ntok 30 org ahli parlimen ni....

S.A.M said...

Pandai anda buat kira-kiraan. Ada TIP atau agak2 1609 boleh keluar 4 ekor pd 17/9/08 Rabu. Kalau kena lepas GAWAT HARI RAYA dan lain2.

Ahli2 politikus bertelagah kita seperti biasa masih MERANA. Apa kata beri TUAH kpd yg memerlukan saku kocek mudah2an org miskin pun dapat aku bantu sikit. Aku tidak kira HARAM atau HALAL kalau nak pinjam banyak COLOK soal jawab jadi aku ambil Tanggung ...he..he..he..!

red said...

sedari safaju....

Bukan demokrasi, bukan liberasi, tapi KOrupsi... Hehehehe

red said...

sedara/i anonymous + s.a.m...

Kita tunggu dan lihat sahaja 16 September ni... Tapi 15 September adalah tarikh penting buat aku... Korang kena sediakan present bebanyak utk aku sbb Besday aku time tu... Ngehehehe

chico said...

aiyo~~ sept 16 dah tak de ke tu cuma janji manis PR kpd dungu macam saya ni?...
bila agaknye BN nak runtuh? hmmmm... tak sabar2 lar~~
tapi mmg lompat-melompat between parties to gain power agak against ethics lar...

red said...

sedare chico...

You tunggu raya haji pulak laa.. Kan Anwar Ibrahim dah keluarkan satu tarikh baru... Dia janji mahu tubuh time raya haji pulakk....

Well, kita wait and see lor... Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...