Thursday, August 28, 2008

HIBURAN : Quarantine Released this October

Aku merupakan salah seorang peminat cerita seram, thriller, horror, potong-potong orang movies dan cerita hantu... Awal bulan 8, 2008 yang lepas, aku bersama ibu ku pergi ke cineleisure untuk menonton cerita SUSUK selepas aku selesai bershopping barangan rumah di ikea damansara... Biasalah, ibuku lah yang menjadi teman wanita ku (MAK WA) oleh kerana aku tidak mempunyai teman wanita... Ahakss...

Sebelum tayangan SUSUK dimulakan, macam biasalah, panggung akan menyiarkan iklan dan trailer-trailer movie yang akan ditayangkan kelak... Aku terkejut apabila salah satu trailer yang ditayangkan bertajuk "Quarantine"... Sebenarnya aku sudah mempunyai DVD cerita tersebut (versi cetak rompak)... Tapi aku tak tahu pun tajuk cerita ni = Quarantine... Sebab cover DVD cuma tertulis [REC]...

Cerita Quarantine aka [REC] ni memang best... Kepada penggemar cerita seram, aku memang suggest korang layan cerita nie... Penyampaian cerita ni adalah berdasarkan method penggunaan video cam (ala-ala cerita cloverfield, Blair witch project dan my last horror movie ler)...

Cerita bermula apabila seorang wartawan (awek dalam gambar diatas) dan krewnya mewancara pasukan bomba, kalau tak silap aku untuk rancangan dokumentasi mereka... Suddenly, bomba mendapat panggilan kecemasan daripada penduduk sebuah apartment untuk memecahkan pintu rumah salah seorang warga apartment tersebut kerana didapati mencurigakan... Merasakan ianya peluang keemasan untuk merakam aksi tugasan pasukan bomba, si gadis wartawan dan krewnya pun mengikut pasukan bomba ke tempat kejadian... Sesampainya ke tempat kejadian, sudah menanti disana 2-3 orang polis dan seperti biasa bomba menjalankan tugas mereka memecah pintu warga apartment yang mencurigakan itu... Maka bermulalah episod yang menakutkan... Tiba-tiba apartment mereka diquarantine kan oleh pihak polis FBI... Mereka semua terkurung didalam apartment tersebut dan bermulalah aksi-aksi yang mencemaskan....

Memang tak rugi kalau korang tengok... Pertengahan Oktober ni, dijangka cerita ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia... Apa lagi, ajak laa kengkawan, adik, abang, boyfren, girlfren layan cerita ni... Selamat menonton


link trailer cerita nie:- http://www.containthetruth.com/

7 comments:

z!L@ said...

woa! walaupun aku takut tgk citer antu..tapi aku nk tgk gak citer quarantine nih.

ano eigo-wa omoshiroi desu

red said...

sedari z!l@....

"ano eigo-wa omoshiroi desu" tu apebende???Tak faham ler....

ps:- Hehehe, ko berani ke z!l@???

Meleana said...

Beb!
Ako nk cite nie!
Share! Tk kire camne cara skali pon..
AKO NAK GAKS..

(teruja tetiba!)
Ngeeee =p~

red said...

sedari fatim....

citer ni belom keluar kt pawagam...Versi DVD cetak rompak ade laaa... Kalau nk pinjam DVD boleh jerk... Ngehehehe

Meleana said...

Sedara merah...

Tk kesah, Cetak rompak pon ai OK..
Tp.. Quarantine kuar Nov nnt kan?
Nie version hollywood.. ako baca review die..

Yg [REC] tuh... version spanish..
Ako nak yang tuh!

Ngeee =p~

red said...

Sedari fatimm...

You berani ke tgk citer nie??? ::konfius::

Meleana said...

Sedara merah..

C da' leg la brader...
Sah2 la.. cite2 thriller nie kegemaran ku..
Lebey menyeronokkan dan logik utk pemikiran otak ku..
Jika nak dibanding dgn cite hantu.. yg suke merangkak2..

Btw.. takot tuh normal la..
Tp.. ako tetap akan tgk sampai abes..
Even akan daku peluk bantal utk 2 jam itu..
Atau tersentak2.. tp daku tidak akan berganjak sehingga "The End"

Huhuhu... =p~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...