Thursday, August 28, 2008

UMUM : Jalur Gemilang & Merdeka

Merdeka??? Apa yang merdeka??? Merdeka dari penjajah?? Merdeka dari teman wanita yang curang??? Merdeka kerana boleh berdansa dan berparti??? Memerdekakan Malaysia daripada sistem zalim??? "Jilat Bontot Depa!!" bak kata-kata frontman band Butterfingers yang merasakan masyarakat Malaysia masih dijajah minda oleh penjajah... Tidak sedar bahawa mereka (butterfingers) juga dijajah minda berikutan mengamalkan gaya hidup penjajah....

Menurut laman blog chedet, Merdeka pada tahun ini tidaklah semeriah mana... Perkara ini dapat dilihat berikutan kurangnya rakyat Malaysia mengibarkan jalur gemilang pada kereta-kereta dan rumah-rumah mereka... Menurut laman blog kickdefella kemerdekaan pada tahun ini patutnya diraikan dengan mengibarkan jalur gemilang secara terbalik... Perkara ini kemudiannya disokong oleh beberapa laman blog pro pembangkang dan pro Tun Mahathir...

Aku merasakan perbuatan mengibarkan jalur gemilang upside down adalah tidak patut sama sekali... Sedangkan pada zaman rasullullah dahulu, panji-panji (bendera) adalah sangat dihormati... Perkara ini dapat dilihat semasa peperangan, dimana bukan calang-calang orang boleh membawa bendera semasa perang... Bendera menggambarkan maruah negara...

Memang tidak dapat dinafikan, bahang sambutan Kemerdekaan pada tahun ini agak hambar... Kalau tahun lepas, petronas dan pelbagai agensi lain menyediakan peraduan anak merdeka... Tapi pada tahun ini, agak hambar... Walaubagaimanapun, aku tetap mengibarkan jalur gemilang tanpa menterbalikkannya pada 31 Ogos kelak....

Bercakap mengenai jalur gemilang, seharusnya kita perlu mengenali siapakah yang menciptanya.... Individu yang berjaya mencipta rekaan jalur gemilang adalah Mohamed Hamzah, seorang arkitek yang berasal dari Johor... Ianya (jalur gemilang) kemudiannya, dikibarkan buat kali pertama di istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950...

Pada pendapat aku, nama Mohamed Hamzah perlulah di semadikan didalam buku-buku teks sejarah di sekolah-sekolah... Ianya sebagai tanda pengiktirafan kepada individu yang mencipta bendera yang menjadi kebanggaan kita semua... Harus diingat, jasa Mohamed Hamzah sangatlah besar... Seharusnya kerajaan lebih peka...

2 comments:

safaju said...

Dats y la, orang yang sepatutnya dapat nama @ diperingati tuh tak mendapat pengiktirafan sepatutnya. Macam pejuang kemerdekaan kan, memang ada dalam buku sejarah, tapi lps sekolah, seme dah dilupakan.Kat situ pentingnya sejarah sebenarnya kan wpun ms sekolah aku xdelah minat sejarah sbb tak dapat nak relate ape hubungan cerite2 sejarah nih dgn aku? Sbb aku rasa time tuh tak terdedah lagi dgn the real world kat luar nih. Tapi skrg nih taulah yang sejarah tuh byk pelajarannya. So ape kata bukak balik buku sejarah hehe :D

red said...

sedari safaju....

Tapi time sekolah dulu,aku selalu score subjek Sejarah...Bukan aku terror pun subjek nie.. Tapi aku suka menghapal(terpakse)... Skrg ni dah luper abess dah....

Muehehehe- hepi Merdeka!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...