Wednesday, August 27, 2008

POLITIK : Pilihanraya kecil Permatang Pauh

Belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan tahniah kepada Anwar diatas kemenangannya didalam pilihanraya kecil permatang pauh... Sepertimana yang telah aku menduga, dimana Anwar tidak mempunyai sebarang masalah menewaskan calon BN...

Memang menjadi adat didalam sesuatu pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah... Diharap Anwar dan Ariff Shah berganding bahu mendengar permasalahan penduduk Permatang Pauh....



Aku ada membuat sedikit analisis berkaitan pilihanraya kecil permatang pauh ini seperti dibawah:-


1- Kemenangan Anwar merupakan kemenangan rakyat
Memang tidak dapat dinafikan Anwar adalah insan yang paling popular di Malaysia pada masa kini... Zaman sekarang adalah zaman realiti, zaman AF, zaman populariti... Kemenangan DSAI merupakan hasrat RAKYAT untuk melihat DSAI menjadi PM berikutan kepopularannya... (rujuk majalah The Times, dimana DSAI menduduki top 10 ranking insan yg popular di dunia)


2- Kemenangan Tun Mahathir
Agak pelik bukan??? Tapi inilah realitinya...Kempennya untuk membuang Pak Lah seakan berkesan... Jika Pak Lah menang, sudah tentu beliau masih memperkatakan yang rakyat masih memberi mandat kepadanya... Tetapi hakikatnya, bukan!!! Aku mendapat tahu, terdapat lebih 20 Ribu ahli UMNO yang berdaftar di permatang pauh... Tetapi bagaimana calon BN hanya mendapat 15 Ribu undi???Ternyata pengaruh Tun Mahathir masih kuat di dalam UMNO meskipun beliau sudah quit UMNO...

Bekas orang kuat PKR seperti ezam dan lain-lain turut menyerang Anwar... Paling melucukan, Dato' Nalla (rakan Anwar sejak 30 taun dulu) turut menyerang Anwar... Samada benar atau tidak, mereka boleh bereskannya di mahkamah... Pokoknya, panglima-panglima Anwar yang dahulunya galak mencaci dan menghina Tun Mahathir, kini mereka menyerang ex boss mereka... Sebab itu lah aku katakan, ianya kemenangan buat Tun Mahathir...


3- Sistem demokrasi di Malaysia berjalan lancar
Dakwaan wujudnya pengundi hantu, adalah karut semata-mata...


4- Liwat bukanlah isu penting
Masyarakat permatang pauh tidak melihat isu liwat sebagai isu yang besar... Sebenarnya, terdapat pelbagai isu lain yang lebih penting bagi mereka... Contohnya isu minyak, isu kerajaan bersih dsb... Pak Lah nampak gagal menangani isu ini dengan cemerlang, gemilang dan terbilang lantas membuatkan mereka memikirkan Pak Lah bukanlah pemimpin yang selayaknya...

Abistu siapa yang layak?? Najib??? I dont think so... Bagi aku, Najib dan Anwar sama saja... Belom jadi PM, tapi dah banyak kontroversi dan skandal... Aku lebih suka kalau TG Hadi Awang OR Muhyidin Yassin jadi PM...

2 comments:

bash said...

ye la, skg ni politik malaysia da kucr kacir. ni baru lps 5taun Tun step down dr jawan PM tu. aku pon pelik mcmn Tun bole buat, tp org lain xbole. Sume rakyat, tak kesahla cine, india o melayu pon da xkeruan dibuatnye. aku rase, rakyat pn da semakin byk yg da rase mcm nk tukar kerajaan. tp ingat, pape terjadi pon kite rakyat m'sia kne bpegang rukun negara n perkara ni n xkn berubah. bahasa melayu pn kne jaga jgk. by anyway, aku harap, rakyat akan besatu padu (esp malays) kalo ape2 tjadi akan dtg..

red said...

Sedara bash...

Aku sukong pandangan ko... Tidak kiralah siapa2 pun yang jadi PM, tp mereka perlulah mempertahankan perlembagaan Malaysia...

Dalam situasi skrg, kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa paklah adalah pemimpin yang tidak popular... Sekarang di zaman AF, zaman realiti show, zaman SMS, zaman popular... Paklah kena ingat tu... Even Tun M bekas PM pun still lagi popular... Fikir-fikirkanlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...