Monday, October 31, 2011

DA : CourseWork DA DIM0302, DIM0304 dan DIM0306





1- Printscreen diatas merupakan coursework bagi subjek Digital Animation bagi kelas2 yang aku ajar mengikut turutan dari tertinggi ke terendah...

2- Walaupon terdapat beberapa pelajar yang masih lagi didalam zon gagal (Marks bawah 40), tetapi aku mengjangkakan mereka akan lulus selepas menghantar projek 2 dan jawab exam final kelak...

3- Tahniah kepada semua pelajar, dan all the best for ur final exam kelak... Plss aim for A's

Tuesday, October 25, 2011

IMA : CourseWork IMA DIM0401 dan DIM0402




1- PrintScreen diatas memaparkan CW bagi subjek IMA bagi kelas DIM0401 dan DIM0402 mengikut markah tertinggi sehingga ke rendah...

2- Kepada Syafiq Marzuki dan Siti Nurhanim, sila submit project 1 anda secepat mungkin...

3- Kepada semua pelajar2... ALL the best ok??

Sunday, October 23, 2011

Dunia : Konspirasi Aaron Ramsey menumbangkan Terrorist






Marseille vs Arsenal




Arsenal vs Man Utd

1- Aaron Ramsey merupakan seorang STAR bola sepak yang bermain dengan kelab gergasi Arsenal... ..

2- Pada hari Ahad, bersamaan 1 May 2011 satu perlawanan bola sepak yang melibatkan team Arsenal vs Manchester United diadakan... Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan buat team Arsenal selepas menewaskan Manchester United dengan jaringan tunggal Aaron Ramsey (rujuk video diatas)

3- Sejurus selepas itu, di lokasi yang berbeza, Osama bin Laden yang juga dianggap sebagai Terrorist oleh konspirator barat telah di bunuh di Pakistan...

4- Baru-baru ni 20 October 2011, satu perlawanan 'champions league' diadakan... Antara team yang berentap adalah Olympique Marseille vs Arsenal... Didalam perlawanan ini, Arsenal berjaya menewaskan Marseille dengan jaringan tunggal Aaron Ramsey juga... (rujuk video diatas)

5- Sejurus selepas itu, di lokasi yang berbeza, Gaddafi yang juga dianggap sebagai penjahat oleh konspirator barat telah ditembak mati di Sirte, Libya...

6- Konspirasi apakah ini???

7- Lepas ni, pemimpin Islam yang dilabel sebagai penjahat dan Terrorist perlu berhati-hati menjelang perlawanan yang melibatkan team Arsenal... Jika ada yang melibatkan gol tunggal kemenangan Aaron Ramsey, pasti ada antara mereka yang akan mati... (betol ke?? hehehe)

Wednesday, October 19, 2011

Politik : Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara pasti bangga dengan PAS




1- Bagi sesiapa yang tak mengenali Makcik Sitt Al-Wuzara, korang boleh baca artikel aku yang lepas tentang dia klik sini dan klik sini ...

2- 22 Oktober ini, satu perhimpunan "ANTI Murtad" akan diadakan (rujuk poster diatas)... Ianya bukan lah anjuran abang gagah PERKASA atau abang tiga tanda atau pakcik2 berjanggut dan berkopiah putih atau abang angkuh-an muda yang adil atau abang am-porno, tetapi ianya merupakan anjuran NGO2 Islam di Malaysia...

3- Yang peliknya, kenapa PAS tak mahu turut serta or support perhimpunan ini klik sini?? Pelik bin ajaib... Kalau parti yang melabelkan diri mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam sendiri tidak memberikan sokongan terhadap perhimpunan ini, maka aku tak tahu nak cakap apa la...

4- Makin pening dengan pendirian PAS... Kenapa perhimpunan yang dianjurkan oleh Ambiga disokong bermati2an oleh mereka?? Padahal, Ambiga pernah menyokong kes murtad Lina Joy??

5- Konspirasi apakah ini??

6- Pastinya Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara tersenyum bangga... Perjuangan nya untuk murtad kembali bersinar...

Wednesday, October 12, 2011

Design : Buku Aturcara majlis Anugerah Dekan




1- Aku ditugaskan untuk membuat/menDesign buku aturcara bagi majlis anugerah dekan student2 KPTM Ipoh... Gambar diatas menunjukkan design yang aku buat...

2- Bangunan dan Pelangi... Warna kombinasi biru Turquoise, hitam dan putih.. Tulisan jenis Impact dan Arial berbeza size...Itu elemen2 yang aku tak boleh nak miss kalau aku design sesuatu....

3- Buku aturcara diatas nampak pelik kan?? Aku cuba nak buat benda baru... Dengan design buku aturcara yang lebih retro... (Retro ke???)

4- Maksud design : Bangunan berkembar tu bukan bangunan KLCC, tapi ilustrasi bangunan KPTM Ipoh... Ilustrasi 2 graduan lelaki dan perempuan menunjukkan mereka elegen... Mereka mempunyai cita2 dan keazaman yang tinggi untuk sampai ke kemuncak (digambarkan dengan ilustrasi kapal terbang)... Pelangi pula adalah lambang keharmonian dan happiness..

5- Owhhh... Sebelom aku terlupa, aku nak ucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga kepada 2 orang crew 58 studio (azhim kiey dan deqwan) diatas kecermelangan mereka... Hell Yeahh!!!

Monday, October 10, 2011

Movie : Cerite Al-Hijab macam tahik



1- Aku merupaka
n die-hard-fan cerite horror, seram dan seangkatan dengan nya... Baik cerite omputeh, Thai, Jepon, Korea ataupon melayu, semuanya aku layan....

2- Semalam, aku dengan si gadis macam biasa, pergi tengok wayang... Kami tengok cerite 'al-hijab' filem terbaru arahan pierre andre... "Filem Seram terhebat 2011??" Ptuiiihhh

3- Rasa nak menyumpah pon ada apabila tengok cerita ni... Bukannya sebab takut, tapi rasa nak menyumpah sebab tak best... Cerita ni agak slow... Starting macam dah best, tapi lepas tu bohsan yaa amat... cerita pasal kontrak lakonan raff tu jer dah makan masa yang lama...

4- Pierre mungkin tak buat study sebelum buat cerita ni.. banyak unsur2 tak logik dalam cerita ni... Misalnya: Raff merupakan pelakon tambahan dalam tempoh 3 tahun, tapi macam mana dia boleh pakai kereta besar dan motor besar??? Kereta Raff rosak, lepas tu dia boleh jalan kaki sampai terjumpa bangunan buruk, pastu leh sampai rumah (macam tahik laa)... Raff dapat sms daripada orang yang tak dikenali suruh jumpa di alamat yg tertulis dalam sms, lepas tu dia pon pakai pergi sahaja... Hahahaha, tak bangang ka namanya tu???

5- Yang paling penting dalam cerita seram ialah dapat membuatkan orang terkejut... Makin banyak terkejut, makin best... dalam cerita al-hijab ni, kurang nya unsur2 yang membuat orang terkejut... mungkin make-up hantu jer yang buat orang takut....

6- Mungkin benar kata Tun M , cerita seram/hantu dah terlalu banyak sekarang ni... Bagi aku, makin banyak, makin laa tak ada kualiti....

7- Kepada pembuat cerita bergenre seram/horror, silalah buat some research or study sikit... Dah banyak sangat cerita seram melayu yang bertaraf tahik sekarang ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...