Wednesday, September 24, 2008

UMUM : Namewee dan lagunya

1- "My job is doing music, their jobs (cops) are catching people", Namewee berkata pada sekumpulan wartawan sambil tergelak bangga... Siapa yang tidak kenal sama Namewee... Penulis dan penyanyi lagu rap kawanku dan negarakuku yang boleh dianggap kontroversi...

2- Namewee dalam liriknya menyindir orang melayu... Katanya, jika Malaysia ini tanpa kaum cina, dimana orang melayu nak cari kerja?? Mana orang melayu nak beli guitar?? Macam mana mat rempit yang kebanyakannya terdiri daripada orang melayu mahu membeli motosikal??? Malaysia akan kurang satu cuti, iaitu cuti tahun baru cina... Orang melayu malass...

3- Aku sendiri bekerja dengan cina... Memang banyak company cina di Malaysia ni... Company melayu yang aku kenal, kebanyakannya nak cepat untung, kebajikan pekerja pun tak dijaga... Kedai guitar di metro Kajang, Summit USJ, Bukit Bintang, semuanya orang cina yang pegang... Tak pernah lagi aku jumpa kedai guitar orang melayu... Mat rempit pon kebanyakkannya terdiri dari orang melayu... Almost semua dari mat rempit yang aku nampak, semuanya melayu, ada sedikit jer golongan india... Orang melayu suke bercuti... 16 September pun nak cuti... Kalau dah orang cina tiada kat Malaysia ni, dah tentu kita akan kurang 1 public holiday...

4- So, adakah lirik Namewee ni berbaur perkauman??? Aku rasa tidak... lirik dia senada dengan isu Ahmad (MP Barisan nasional) baru-baru ni.... The fact is always beeing fact!!!
I dont understand how This fella (Namewee + Ahmad) can stir any racist remarks... If only people face the facts and not be ignorant this world will not face any racism...

5- Untuk berkata Namewee seorang yang racist, mungkin tidak... Tapi harus diingat, Namewee ada menyindir laungan azan subuh secara sinis... Dengan membandingkan laungan azan seperti suara penyanyi r&b, suara sumbang (out of tune) dan kokokan ayam, I think it is too much!!!
He should be more respect to other religions...

6- Ada pihak yang kata dia kreatif... Ada juga yang kata dia stupid... Bagi aku, dia bijak mencuri peluang... remaja cenderung mendengar lagu-lagu yang rebel... Dan sudah pasti, lirik sebegini dapat meng UP kan lagi namanya sebagai artis... Sedar atau tidak, Namewee sudah dikenali satu Malaysia dan mempunyai fan based nya yang tersendiri...


Friday, September 19, 2008

UMUM : Head banging is a nature of life


1- Jika korang melihat rakan sekerja korang memakai headphone dan membuat aksi headbanging menikmati lagu yang sedang didengarinya sambil membuat task-task office, apakah pendapat anda??? "Boleh ke mamat/minah ni siapkan kerja sambil kepala terhangguk-hangguk?" mungkin beginilah persoalan yang lahir didalam benak hati korang...

2- Apabila mendengar sesuatu lagu yang rancak, manusia cenderung untuk menggerakkan kepala mereka, or badan or pinggul or so on etc... Muzik juga dapat melegakan otak kita ketika mengalami kekusutan...

3- So, my suggestion is, instead of smoking to released ur tensionity while doing ur work, why not u try to listen to something?? I mean, music laa... Depends laa korang nak dengar ape pun, nasyid ke, rock cintan ke, dangdut ke, whatever laaa... Janji ianya music...

4- I found it quite worth to share this video... This little kid is very adorable, cute and awesome... It shows that headbanging is a nature of life... And of course laa System of a Down Rocks!!!

Friday, September 12, 2008

HIBURAN : Kejujuran carburetor dung


1- Pada awal bulan Julai 2008 yang lepas, nama Band CD (singkatan Carburetor Dung) melonjak naik... Sebelum ni, makcik-makcik, pokcik-pokcik, minah ulat buku, pejuang agama dan sebagainya mana kenal sama band ini... Kepopularan mereka semakin UP akibat kontroversi yang mereka lakukan... (tunjuk PUNKoq)...

2- Sebenarnya, band ini sudah lama dikenali... Malah mereka sudah mempunyai fan based mereka yang tersendiri... Bukan sedikit, tapi ramai... Malah, sesiapa yang mengikuti aliran underground, pasti kenal band ini... (gambar diatas menunjukkan fan mereka didalam satu gigs)

3- Walaupun band ini berusia lebih 10 tahun, tapi seperti aku katakan diatas... Mereka boleh dianggap sebagai legends dalam dunia underground... Buktinya, dimana-mana gigs yang mereka sertai, memang penuh dengan aksi fans mereka...

4- Alak merupakan line up baru... Dan beliau merupakan vokalis yang menyanyikan lagu carburetor dung dalam versi Melayu, sebelum ni, mereka nyanyi dalam B.Inggeris... Setelah lama CD senyap dalam arena muzik, akhirnya, mereka tampil dengan EP terbaru mereka pada tahun 2008... Sebenarnya, lagu-lagu didalam EP tersebut sudah dimainkan didalam gig-gig sebelum ini pada tahun 2007 dan sebelumnya...

5- Penampilan mereka kali ini lebih kepada politikal isu... Kebanyakan lirik mereka menggunakan kata-kata kesat... Bagi aku, penggunaan B.melayu didalam lirik sampah mereka, tidak begitu sesuai... Namun mesej senang difahami...

6- CD jujur didalam perjuangan mereka... Tidak sekali-kali mereka join mainstream... Tapi tingkah laku vokalis mereka yang berani (selak seluar dan menyampaikan lagu-lagu berbaur kata2 kesat) didalam majlis yang disertai oleh kebanyakannya para alim dan makcik pakcik, aku rasakan ianya satu tindakan yang bodoh...

7- Sekurang-kurangnya CD masih jujur didalam muzik mereka... Muzik mereka 14 tahun lepas, masih lagi sama dengan muzik mereka sekarang, bezanya, lirik sudah ditukar kepada B.Melayu... Bukan seperti sesetengah band yang sanggup melacurkan perjuangan muzik mereka demi populariti, contohnya band Estranged...

8- Cubalah lihat band punk lain seperti Subculture dan The Splatters... Mereka tetap berjuang didalam muzik mereka... Mempunyai fan based mereka tersendiri... Tapi mereka juga menjaga tatasusila agama dan budaya mereka... Well done to those bands... U guys are totally rocks!! Full credits to them (Subculture + The Splatters)...

9- Bro Anim (Bassist The Splatters), tahun ni tak buat open house ke??? lame tak jumpe bro... Hahaha

gambar dirompak melalui http://carburetordung.kerbau.com/

Monday, September 8, 2008

UMUM : Cool investment

Updated : Tadi masa aku bukak puasa, aku ada layan satu rancangan kat tv3, pukol 7.30mlm (12 September 2008)... Rancangan tu berkisar pasal jual beli hartanah or rumah... Rancangan yang menggunakan B.Inggeris sebagai penyampaiannya... Awek yang dok cakap dalam rancangan tu ada beritahu yang harga rumah kat Malaysia jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Singapura dan Hong Kong... Kalau tak silap aku, harga rumah kat Malaysia 12-17% lebih murah dari harga di Singapura dan Hong Kong...

Apa yang aku kesali, pada hakikatnya, harga rumah di Malaysia ni memang bertambah mahal... Pemaju lebih suka membina rumah 3 tingkat dan Kodominium mahal yang harganya (RM200K - RM500K)... Harga rumah mahal, rokok mahal, minyak mahal, nasi lemak pon mahal (hehehe), TAPI gaji tetap ditakuk yang lama...

Pada pemerhatian aku, masih terdapat rakan-rakanku yang bergaji dibawah RM1800... Aduh, kalau begini, macam mana aku nak kawin?? Beli rumah or beli bini?? Baik beli rumah... Hahahaha

Wednesday, September 3, 2008

POLITIK : 16 September (Math calculation)

Sedar atau tidak, tinggal kurang 2 minggu saja lagi bagi Anwar Ibrahim untuk mewujudkan kerajaan baru (Memerdekakan Malaysia)... Tapi persoalannya adakah Anwar mampu melakukannya??? Berikut merupakan simple calculation tentang fenomena tersebut:-

1- Jumlah ahli Parlimen = 222 orang (122 ahli Melayu + 100 ahli bukan melayu)

2- Jumlah MP Barisan Nasional = 140 orang (79 ahli melayu + 61 ahli bukan melayu)

3- Jumlah MP Pakatan Rakyat = 81 orang (42 ahli melayu + 39 ahli bukan melayu)

4- Seorang wakil bebas (Ibrahim Ali)

5- Jika Anwar berjaya menarik 30 MP Barisan Nasional melompat, Maka calculationnya adalah seperti berikut :

MP Barisan = 140 orang - 30 orang = 110 orang
MP Pakatan = 81 orang + 30 orang = 111 orang
Jikalau tak silap aku, majoriti mudah untuk mewujudkan kerajaan adalah 112 kerusi...

6- Maka, terdapat desas-desus didalam laman blog Malaysia-Today bahawa bilangan MP Barisan Nasional yang ingin diculik ialah 43 Orang.... Raja Petra begitu optimis memberitahu bahawa 43 MP Barisan sudah berada didalam genggaman Pakatan Rakyat...

7- Jika benar dakwaan Raja Petra, maka calculation 43 MP Barisan Nasional melompat adalah seperti berikut (mengikut nisbah ahli kaum yang secara samarata) :

MP Barisan = 140 orang - 43 orang = 97 orang

MP Pakatan
(Ahli Melayu = 43 0rang + 20 orang = 63 orang)
(Ahli bukan Melayu = 39 orang + 23 orang = 62 orang)
Jumlah = 125 orang

8- Maka kerajaan baru dapat dibentuk... Tapi masalahnya bagaimana hendak menarik 20 MP Barisan (melayu)??? Sedangkan saki-baki pemimpin yang ada didalam Barisan Nasional kini, kebanyakannya adalah kaki ampu Pak Lah???

9- Maka yang melompat, mungkin terdiri daripada ramai ahli bukan melayu... Ini akan menyebabkan komposisi didalam pakatan rakyat tidak stabil, dan aku yakin Anwar juga sedang memikirkannya, melainkan KALAU beliau hanya nak jadi PM semata-mata saja....

10- Nampak senang...Tapi itulah calculationnya... Tapi, semua ini takdir ALLAH taala... Kita hanya dapat merancang... Didalam laman blog langgah, Ada memaparkan tentang pendapat Ibrahim Ali mengenai fenomena 16 September... Katanya Anwar tidak menyatakan tahun bila??? 16 September 2009 juga boleh jadi... Maka berkemungkinan besar ini adalah cakap-cakap politik Anwar saja... Wallahualam

11- Kalau 16 September tak jadi, 15 September pasti jadi... Sediakan present secukupnya!!! Muehehehehe

Tuesday, September 2, 2008

KHAS : Ramadhan datang lagi

Sudah 2 hari Kita berpuasa... Belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada kesemua umat Islam di dunia ini... Selamat beramal ibadat...

Aku rasakan bulan Ramadhan tahun ini agak unik kerana ianya jatuh pada 1 September 2008... Maka secara metamatikalnya, setiap haribulan didalam bulan September menggambarkan berapa hari kita berpuasa... Sebagai contohnya, 15 September, beerti 15 hari kita sudah berpuasa dsb...

Bulan Ramadhan juga begitu sinonim dengan pelbagai fadhilatnya... Tidak ketinggalan untuk bersama-sama mengajak umat Islam bersama-sama melakukan ibadat di bulan puasa, maka terserbarlah message-message, email-email tentang fadhilat beribadat di bulan Ramadhan didalam blog-blog, email ataupun sms...

Pun begitu, tidak semua hadith yang disebarkan adalah hadith sahih... Aku ada terbaca didalam satu portal mufti terengganu tentang kepalsuan hadith kelebihan terawih... Korang boleh baca artikel tersebut didalam link yang aku sertakan...

Link:- http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06


Hari ini 2 September, menandakan 2 hari sudah kita berpuasa... 2 September juga menandakan sudah genap 3 bulan ibu saudaraku (mummy Wan - gambar sebelah) pergi meninggalkan kami semua... Semoga roh nya dicucuri rahmat dan semoga ALLAH meletakkannya didalam golongan orang yang beriman... AMIN- Alfatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...