Aku merupakan salah seorang peminat cerita seram, thriller, horror, potong-potong orang movies dan cerita hantu... Awal bulan 8, 2008 yang lepas, aku bersama ibu ku pergi ke cineleisure untuk menonton cerita SUSUK selepas aku selesai bershopping barangan rumah di ikea damansara... Biasalah, ibuku lah yang menjadi teman wanita ku (MAK WA) oleh kerana aku tidak mempunyai teman wanita... Ahakss...
Sebelum tayangan SUSUK dimulakan, macam biasalah, panggung akan menyiarkan iklan dan trailer-trailer movie yang akan ditayangkan kelak... Aku terkejut apabila salah satu trailer yang ditayangkan bertajuk "Quarantine"... Sebenarnya aku sudah mempunyai DVD cerita tersebut (versi cetak rompak)... Tapi aku tak tahu pun tajuk cerita ni = Quarantine... Sebab cover DVD cuma tertulis [REC]...
Cerita Quarantine aka [REC] ni memang best... Kepada penggemar cerita seram, aku memang suggest korang layan cerita nie... Penyampaian cerita ni adalah berdasarkan method penggunaan video cam (ala-ala cerita cloverfield, Blair witch project dan my last horror movie ler)...
Cerita bermula apabila seorang wartawan (awek dalam gambar diatas) dan krewnya mewancara pasukan bomba, kalau tak silap aku untuk rancangan dokumentasi mereka... Suddenly, bomba mendapat panggilan kecemasan daripada penduduk sebuah apartment untuk memecahkan pintu rumah salah seorang warga apartment tersebut kerana didapati mencurigakan... Merasakan ianya peluang keemasan untuk merakam aksi tugasan pasukan bomba, si gadis wartawan dan krewnya pun mengikut pasukan bomba ke tempat kejadian... Sesampainya ke tempat kejadian, sudah menanti disana 2-3 orang polis dan seperti biasa bomba menjalankan tugas mereka memecah pintu warga apartment yang mencurigakan itu... Maka bermulalah episod yang menakutkan... Tiba-tiba apartment mereka diquarantine kan oleh pihak polis FBI... Mereka semua terkurung didalam apartment tersebut dan bermulalah aksi-aksi yang mencemaskan....
Memang tak rugi kalau korang tengok... Pertengahan Oktober ni, dijangka cerita ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia... Apa lagi, ajak laa kengkawan, adik, abang, boyfren, girlfren layan cerita ni... Selamat menonton
link trailer cerita nie:- http://www.containthetruth.com/
Thursday, August 28, 2008
UMUM : Jalur Gemilang & Merdeka
Merdeka??? Apa yang merdeka??? Merdeka dari penjajah?? Merdeka dari teman wanita yang curang??? Merdeka kerana boleh berdansa dan berparti??? Memerdekakan Malaysia daripada sistem zalim??? "Jilat Bontot Depa!!" bak kata-kata frontman band Butterfingers yang merasakan masyarakat Malaysia masih dijajah minda oleh penjajah... Tidak sedar bahawa mereka (butterfingers) juga dijajah minda berikutan mengamalkan gaya hidup penjajah....
Menurut laman blog chedet, Merdeka pada tahun ini tidaklah semeriah mana... Perkara ini dapat dilihat berikutan kurangnya rakyat Malaysia mengibarkan jalur gemilang pada kereta-kereta dan rumah-rumah mereka... Menurut laman blog kickdefella kemerdekaan pada tahun ini patutnya diraikan dengan mengibarkan jalur gemilang secara terbalik... Perkara ini kemudiannya disokong oleh beberapa laman blog pro pembangkang dan pro Tun Mahathir...
Aku merasakan perbuatan mengibarkan jalur gemilang upside down adalah tidak patut sama sekali... Sedangkan pada zaman rasullullah dahulu, panji-panji (bendera) adalah sangat dihormati... Perkara ini dapat dilihat semasa peperangan, dimana bukan calang-calang orang boleh membawa bendera semasa perang... Bendera menggambarkan maruah negara...
Memang tidak dapat dinafikan, bahang sambutan Kemerdekaan pada tahun ini agak hambar... Kalau tahun lepas, petronas dan pelbagai agensi lain menyediakan peraduan anak merdeka... Tapi pada tahun ini, agak hambar... Walaubagaimanapun, aku tetap mengibarkan jalur gemilang tanpa menterbalikkannya pada 31 Ogos kelak....
Bercakap mengenai jalur gemilang, seharusnya kita perlu mengenali siapakah yang menciptanya.... Individu yang berjaya mencipta rekaan jalur gemilang adalah Mohamed Hamzah, seorang arkitek yang berasal dari Johor... Ianya (jalur gemilang) kemudiannya, dikibarkan buat kali pertama di istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950...
Pada pendapat aku, nama Mohamed Hamzah perlulah di semadikan didalam buku-buku teks sejarah di sekolah-sekolah... Ianya sebagai tanda pengiktirafan kepada individu yang mencipta bendera yang menjadi kebanggaan kita semua... Harus diingat, jasa Mohamed Hamzah sangatlah besar... Seharusnya kerajaan lebih peka...

Wednesday, August 27, 2008
SUKAN : Chelsea my Fantasy Team
EPL season 2008/2009 sudah pun bermula... Team pilihan aku, Chelsea (minat sejak zaman Zola, ED goey, Frank lebouef, M Desaily, Jesper Gronkjear, Poyet lagi) nampaknya mengungguli table setelah 2 game dilangsungkan... Aku rasa Chelsea boleh dapat something tahun ni... Mungkin tahun ni adalah tahun Chelsea merangkul kejuaran liga Eropah (champions league)... Hehehe, siapa tahu??? Dengan sentuhan jurulatih baru, Chelsea sudah menampakkan corak permainan menarik ala-ala attacking style, lantas memadamkan corak asal Chelsea yang lebih gemar bermain secara deffensive (corak yang diperkenalkan oleh Mourinho)....
Gambar diatas merupakan fantasi aku, jika aku menjadi jurulatih pasukan Chelsea.... Aku meletakkan Ferreira sebagai Bek Kanan aku kerana beliau dapat membuat hantaran dengan baik... Essien (pemain serbaguna) Aku letak dibahagian Deffensive midfield, kerana beliau dianggap sebagai mempunyai kekuatan seperti seekor kuda oleh mourinho... Ballack dan Deco aku gandingkan kerana kedua-dua player ini amat kreatif... Ballack juga dapat membantu Essien didalam posisi bertahan, kerana tackle2 yang dilakukannya, agak keras...
Lampard aku letak di posisi attacking midfield, bersama-sama Joe Cole... Tetapi Joe Cole boleh bertindak sebagai flanker/winger di sebelah kiri or kanan mengikut kesesuaian dan corak serangan... Memandangkan Drogba still injured, aku rasa Solomon Kalou adalah pengganti yang sesuai untuk diletakkan dibahagian striker... Kalou mempunyai strenght dan skill drible yang hampir sama dengan drogba... Manakala, cech, Terry (captain), carvalho dan Ashley Cole kekal di posisi masing2...
Disebabkan ramai kengkawan aku peminat Man United, ini merupakan amaran aku kepada korang... Chelsea akan merampas title EPL daripada Man United...

POLITIK : Pilihanraya kecil Permatang Pauh
Belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan tahniah kepada Anwar diatas kemenangannya didalam pilihanraya kecil permatang pauh... Sepertimana yang telah aku menduga, dimana Anwar tidak mempunyai sebarang masalah menewaskan calon BN...
Memang menjadi adat didalam sesuatu pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah... Diharap Anwar dan Ariff Shah berganding bahu mendengar permasalahan penduduk Permatang Pauh....
Aku ada membuat sedikit analisis berkaitan pilihanraya kecil permatang pauh ini seperti dibawah:-
1- Kemenangan Anwar merupakan kemenangan rakyat
Memang tidak dapat dinafikan Anwar adalah insan yang paling popular di Malaysia pada masa kini... Zaman sekarang adalah zaman realiti, zaman AF, zaman populariti... Kemenangan DSAI merupakan hasrat RAKYAT untuk melihat DSAI menjadi PM berikutan kepopularannya... (rujuk majalah The Times, dimana DSAI menduduki top 10 ranking insan yg popular di dunia)
2- Kemenangan Tun Mahathir
Agak pelik bukan??? Tapi inilah realitinya...Kempennya untuk membuang Pak Lah seakan berkesan... Jika Pak Lah menang, sudah tentu beliau masih memperkatakan yang rakyat masih memberi mandat kepadanya... Tetapi hakikatnya, bukan!!! Aku mendapat tahu, terdapat lebih 20 Ribu ahli UMNO yang berdaftar di permatang pauh... Tetapi bagaimana calon BN hanya mendapat 15 Ribu undi???Ternyata pengaruh Tun Mahathir masih kuat di dalam UMNO meskipun beliau sudah quit UMNO...
Bekas orang kuat PKR seperti ezam dan lain-lain turut menyerang Anwar... Paling melucukan, Dato' Nalla (rakan Anwar sejak 30 taun dulu) turut menyerang Anwar... Samada benar atau tidak, mereka boleh bereskannya di mahkamah... Pokoknya, panglima-panglima Anwar yang dahulunya galak mencaci dan menghina Tun Mahathir, kini mereka menyerang ex boss mereka... Sebab itu lah aku katakan, ianya kemenangan buat Tun Mahathir...
3- Sistem demokrasi di Malaysia berjalan lancar
Dakwaan wujudnya pengundi hantu, adalah karut semata-mata...
4- Liwat bukanlah isu penting
Masyarakat permatang pauh tidak melihat isu liwat sebagai isu yang besar... Sebenarnya, terdapat pelbagai isu lain yang lebih penting bagi mereka... Contohnya isu minyak, isu kerajaan bersih dsb... Pak Lah nampak gagal menangani isu ini dengan cemerlang, gemilang dan terbilang lantas membuatkan mereka memikirkan Pak Lah bukanlah pemimpin yang selayaknya...
Abistu siapa yang layak?? Najib??? I dont think so... Bagi aku, Najib dan Anwar sama saja... Belom jadi PM, tapi dah banyak kontroversi dan skandal... Aku lebih suka kalau TG Hadi Awang OR Muhyidin Yassin jadi PM...

Thursday, August 7, 2008
UMUM : Sang Bloggers
Aku berjaya mewujudkan/mengemaskini kan blog yang aku bina hampir setahun yang lepas....Aku bukanlah seorang yang suka menulis.....Malah waktu sekolah dulu, aku amat benci mengarang.....Entah kenapa aku begitu teruja hendak menulis blog sendiri???Mungkin kerana aku ingin berkongsi pengalaman, maklumat dan ilmu yang tak seberapa ini kepada teman2 semua....Aku akan cuba menghasilkan blog yang tidak bermirip seakan DIARI....(contohnya, posting mengenai "Aku bosan kerja harini" , "Budak perempuan tempat kerjaku COMEL" dll)....
Aku yakin, lebih ramai masyarakat Malaysia menghasilkan blog, lebih banyak ilmu dan maklumat dapat dikongsikan......Aku ambil satu contoh, Aku berada di Subang Jaya, maka dengan menceritakan pengalaman hidup di Subang Jaya, aku dapat bertukar-tukar maklumat dengan rakan seperjuangan ku di Sarawak.....Ya, dengan ini, kita dapat mewujudkan masyarakat yang bermaklumat!!! Ayuh sang bloggerss....Mari kita mulakan!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)