Tuesday, June 29, 2010

Nasional : Relevenkah UPSR dan PMR dimansuhkan?

1- Kerajaan kata, UPSR dan PMR perlu dihapuskan kerana mengelakkan pembelajaran hanya berorientasikan peperiksaan... Dah tu kalau tiada peperiksaan, macam mana nak ukur kemampuan seseorang???

2- Apakah mekanisma yang diukur untuk menyerap pelajar2 ke sekolah berasrama penuh jika UPSR dimansuhkan??? Berkemungkinan, sekolah berasrama penuh dan sekolah biasa sama saja kualitinya..

3- Apa yang dirisaukan, para guru akan menjadi malas, kerana tiada target untuk mereka bagi melihat pelajar mereka cemerlang didalam peperiksaan tertentu...

4- Dari sudut business, syarikat/kompeni pengeluar buku2 latihan, buku2 pengukuhan bagi menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR dijangka bakal lingkup... Pusat2 tuisyen pastinya kurang mendapat sambutan... Penceramah2 berkaitan pendidikan tak boleh cari side income...

5- Mungkin menjadi satu kelegaan kepada ibu-bapa, kerana tidak perlu beli buku2 latihan, tidak perlu menghantar anak2 mereka ke pusat tuisyen, tak perlu fikir samada nak hantar anak mereka ke sekolah biasa ataupun sekolah berasarama penuh (kerana kedua2nya pun sudah sama kualitinya) dan tak perlu nak janji macam2 kat anak mereka (jika keputusan bagus, ganjaran diberikan)... Tetapi perlu diingat, anak-anak mereka pastinya ketinggalan, kerana tiada usaha2 maksimum untuk memahami sesuatu pembelajaran....

6- Bagi aku, kerajaan perlu menilai semasak-masaknya sebelum menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR ini...

5 comments:

:: pn isteri wifey en suami :: said...

kalo nak mansuhkan PMR tu ok la.. kalo UPSR tu tk setuju.. abisla lingkup gak nnt multimedia compny yg wt courseware tu..hihihi

red said...

BetoL2.... nak hapuskan PMR, tak kesah sgt... tapi UPSR tu perlu laa dikekalkan... baru pelajar tahu kemampuan diorg sebelom melangkah ke sekolah menengah

red said...

BetoL2.... nak hapuskan PMR, tak kesah sgt... tapi UPSR tu perlu laa dikekalkan... baru pelajar tahu kemampuan diorg sebelom melangkah ke sekolah menengah

Safaju said...

In my opinion, evaluation boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah yang lebih baik. mungkin pemberat untuk ujian bertulis itu diselaraskan dengan penilaian guru di dalam kelas, aktiviti koku dan sebagainya yang menjadikan penilaian itu lebih holistik dan ini sebenarnya lebih kompleks, ratio guru - murid perlu lebih kecil dan sebenarnya tugas guru akan jadi lebih berat.

for SBP, why not ada ujian khas untuk mereka yang betul2 dirasakan layak, mungkin boleh include interview?

sebenarnya education ni bukanlah perkara yang mudah kalau betul-betul niatnya untuk hasilkan pelajar yang bukan sahaja berilmu, modal insan yang tinggi dan holistik.

Aku rasa, mereka ada kemahuan untuk menjadikan edu system lebih baik, tapi yang penting persediaan kena ada.

care to read my view on this hehe visit my blog :)

aZhiM a.k.a K-i-E-y said...

law nak hapuskan 2 mcm x sesuai la...sbb student diew kena always da test..baru nak pick up diew nya otak...n law hapuskan 2 ok jgak..sbb slalunya...law nk exam jew...student akan tension...coz bnyak penekanan yg diew dapat..n suma nie masih lagi 50-50...n the conclusion is....kekalkan saja sistem pembelajaran skrang nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...