1- Asyik tengok team luar negara je main bola, sesekali, apa salahnya kita bagi sokongan dekat team2 bola sepak Malaysia.
2- Niat di hati ingin pergi stadium kalau pasukan Perak dapat masuk peringkat suku akhir, tetapi apa kandaya, Perak kecundang awal. (mana era Azizol Abu Hanifah, Nazreen Chong, Lim seng Kong, "Joe Caleta", hahaha)
3- Tetapi tak mengapa, team lain pun apa kurangnya, layan jer..
4- Jom layan gelagat penonton kita yang suka baling botol kat padang... Opss, tak lupe, baling mercun sebab tak puas sambut raya yang lepas...
5- Jom layan gelagat penonton kita yang terpengaruh dengan cerita gangster2 Hong Kong... Nak tunjuk skills gangster kat stadium... Cabut kerusi, meroyan, pukol polis dan lain-lain...
6- Jom layan gelagat penonton kita yang rata-ratanya nak menjadi jurulatih/pengurus kedua di stadium.. Best dengar maki hamun dan tunjuk ajar diorang... Berbakat besar rupa2nya penonton kita ni... Macamtu, bolehlah ganti Shebby Singh menguruskan team MyTeam... Hehehehe
7- Opsss... piala Malaysia yang terlampau... Layan Jer....
Thursday, October 14, 2010
Tuesday, October 5, 2010
Movie : Magika (not bad)
1- Hari Ahad lepas, aku gi cinema, hajat nak tengok wayang, tapi takde cerite yang best... Bodo betol cinema kat Ipoh ni... citer omputeh takde... yang ade citer tamil, cine dan melayu (magika)..
2- Aku tiada banyak pilihan lain, melainkan menonton cerita Magika. Aku bukanlah penggemar cerita melayu.. tambahan pula kalau cerita melayu tu dibuat oleh prof razak mohaiden... lagi laa aku anti... Lain laa kalau cerita melayu tu bergenre seram, itu akan ku fikirkan untuk menontonnya...
3- Tanggapan aku salah... cerita Magika boleh tahan best nya... plot dan jalan cerita menarik... Tahniah aku ucapkan kepada KRU productions yang suka mengambil risiko buat cerita2 yang dianggap mencabar...
4- Bukan seperti cerita2 prof razak mohaiden yang langsong tidak menitik beratkan kualiti sesuatu cerita... nama jaa prof, pigi daaaa
Subscribe to:
Posts (Atom)