1- Kejadian berlaku pada 02 January 2010 (Sabtu) lepas, bertempat di stesen petronas Medan Gopeng, Ipoh, lebih kurang pukol 2-3pg... Pada mulanya, aku ke stesen petronas tersebut untuk menggunakan tandas, tetapi akhirnya aku melepak disitu memandangkan terdapat ramai mat kereta sedang melepak, tambahan pula aku ditemani seorang gadis... hohoho
2- Siren polis yang membingitkan telah memecah kebuntuan embun pagi dan menarik perhatian kami semua yang sedang melepak disitu... bunyi itu datangnya dari arah Mc Donald medan gopeng... setelah diperhatikan, rupa2nya polis sedang mengejar sebuah kereta kelisa (penjahat)...
3- Terdapat 10++ buah kereta polis (puteh) dan beberapa kereta polis biasa mengejar kereta kelisa tersebut... lampu hadapan kereta tersebut dimatikan...
4- Setelah hampir berjaya sebuah kereta polis (puteh) memotong kereta kelisa tersebut, penjahat berjaya membuat U-turn yang bahaya dihadapan simpang masok ke Taman Song Choon (tempat tinggal aku)...
5- Beberapa kereta polis berjaya membuat U-turn, dan aktiviti mengejar penjahat di teruskan... buat kali ke2 kereta polis hampir berjaya memotong kereta kelisa tersebut... tetapi penjahat dengan hati yang kering, menggunakan simpang U-turn untuk memandu arah bertentangan...
6- Penjahat berjaya menjarakkan pengejaran polis, disebabkan polis tidak mahu mengambil risiko untuk mengejar penjahat menggunakan arah bertentangan... tambahan pula kereta polis terstuck di lampu isyarat... penjahat seterusnya menggunakan simpang masuk ke petronas yang aku sedang lepak untuk memasuki simpang ke Taman Ampang....
7- Aksi seterusnya, aku tidak tahu... memandangkan penjahat sudah masok ke kawasan perumahan maka sukar untuk aku untuk menjaga kain diorg... Pada jangkaan aku, mungkin penjahat sudah berjaya melarikan diri, kerana berjaya menjarakkan diri dari pengejaran polis...
8- 10 minit kemudian, terdapat ambulans memasuki simpang ke Taman Ampang... aku terus menghidupkan kereta aku, mengekori ambulans tersebut... tidak sampai 1km dari simpang tersebut, ternampak kereta kelisa sang penjenayah terbabas dan dikepong polis...
9- Penjahat (seorang bebangsa cina) berjaya diberkas dan di masukkan kedalam ambulans... dan aku teros pulang ke rumah... Yiehuu, sekurang2 nya aku dapat melihat satu tayangan yang lebih best daripada cerita2 aksi melayu secara LIVE...
Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)