
Friday, February 24, 2012
Hiburan : Uncle Seekers silap meramal lagi

Wednesday, January 4, 2012
Video : Konspirasi Dajjal dalam kartun

1- Intro: Para penjilat kitab siri The Arrivals (tak semua) pernah menyebarkan cerita, kononnya cerita kartun tempatan "Upin Ipin" terlibat didalam agenda konspirasi dajjal klik disini....
2- Impak daripada penyebaran rumours tersebut, maka peminat2 tegar cerita kartun "Upin Ipin" (ada juga diantara mereka yang mmg merupakan penjilat kitab siri The Arrivals) bangkit dan mengutuk penyebar rumours tersebut sebagai seorang yang PARANOID dan tak cool...
3- Maka: Penjilat kitab siri The Arrivals PARANOID atau PARANOID penjilat kitab siri The Arrivals ?? Ngehehehe
4- Tak pun, jom kita lihat video PARANOID dibawah (yang dah cecah 100K viewers), mengenai konspirasi dajjal dalam kartun terlebih dahulu... Hehehehe
Thursday, September 1, 2011
Hiburan : Konspirasi dajal di dalam lagu Raya 'Bunga Api Di Hati'


Thursday, February 3, 2011
Hiburan : Dajal akan meletakkan agennya di Akademi Fantasia 9

2- Ahmad Dhani (band Indonesia DEWA19) yang terkenal dengan ikon freemasonnya diura2kan akan menjadi pengetua AF 9... Wah, lepas ni ramailah graduan2 AF 9 yang jadi agen dajal level tertinggi ya??
3- Gambar2 dibawah, aku printscreen daripada video klip DEWA19 bertajuk satu, serta salah satu cover album mereka... Ramai orang, terutamanya di kalangan penggemar siri dokumentari The Arrivals yang berpendapat bahawa Ahmad Dhani bersama2 bandnya mempromosikan simbol dajal/illuminati dan freemason (mata satu, segitiga dll)....




4- Isu kedua: Malaysia ni dah ketandusan bakat pengajar ke?? Sehingga sanggup mengimport agen freemason dari negara seberang???
5- Pak Janggut berserban putih dan abang gagah PERKASA tak mahu buat demonstrasi jalanan sambil bergolek2 di jalan raya ker?? Takpon buat solat hajat ke?? Hehehehe wallahualam~
Wednesday, February 2, 2011
Muzik : Lady Gaga dan Maher Zain pernah berduet.. Konspirasi apakah ini?

2- Lady Gaga merupakan ikon freemason, illuminati dan agen dajal klik di sini.... Manakala Maher Zain merupakan ikon pejuang dakwah Islam menerusi lagu nasyidnya...
3- Sebelum ni, aku juga pernah menulis tentang Maher Zain dan konspirasi dajal, klik disini.. Persoalannya, benarkah Lady Gaga dan Maher Zain merupakan agen dajal??
4- Aku harap, fans kitab dokumentari siri The Arrival dapat membuat kajian mengenai hal ini... Mereka lebih arif tentang teori dajal jika dibandingkan dengan aku... Huhuhu
5- Kalau tanya aku.. aku sebenarnya kurang nak percaya pada benda2 konspirasi ni... wallahualam
Tuesday, January 25, 2011
Hiburan : Maher Zain dan konspirasi dajal?

1- Siapa yang tak kenal Maher Zain?? Sebut namaNya, sure anak2 gadis Melayu (terutamanya) akan cair... Even mak aku yang jarang dengar radio, jarang tengok tv pon kenal siapa itu Maher Zain?? Ini menandakan betapa popularnya beliau sekarang ini...2- Maher Zain merupakan seorang penyanyi nasyid yang bernanung dibawah label Awakening Records.. Cuba korang tengok simbol/logo Awakening Records diatas... Bentuk segitiga didalam bulatan... Ramai pemerhati yang menafsirkan bulatan tersebut sebagai mata... Kebetulan jer kot??
3- Kalau korang rajin, cuba try google alamat Awakening Records... Owhh, kalau terjumpa alamat nya jangan terkejut, sebab Awakening Records terletak di jalan Church... Kebetulan lagi???

4- Cuba lihat cover album Ashar khan (artis lain dibawah naungan label Awakening Records) diatas... Kenapa gambar beliau diedit supaya nampak mata satu?? Owhh... ini pun satu kebetulan?
5- Teorinya mudah saja... Golongan freemason/illimunati menggunakan cabang nasyid dan dakwah Islam untuk menerapkan unsur2 dajal mereka... Maka mereka menggunakan Maher Zain sebagai agen freemason...
6- Jika benar Maher Zain dan Awakening Records mempunyai agenda dajal, mengapa tidak ada pak lebai2 berkopiah putih dan berjanggut buat demonstrasi membantah konsert Maher Zain?? Sudah tentu agen dajal ini lebih bahaya daripada penyanyi GAY Adam Lambert kan??
7- Penjilat kitab dokumentari The Arrivals (siri konspirasi dajal dalam youtube) tak mahu buat group facebook bertajuk "Kami Benci Maher Zain Freemason" ker?
8- Benarkah wujudnya konspirasi dajal? Atau orang kita memang suka berfantasi dan berilusi? Pantang nampak bentuk segitiga dan mata satu, maka akan dicop sebagai freemason?? Hehehehe
Monday, January 24, 2011
Hiburan : Black Eyed Peas minat Islam??

Sunday, January 9, 2011
Hiburan : Mizz Nina freemason?
1- Screen shot diatas, diambil dari youtube didalam persembahan Mizz Nina (artis Malaysia) di shout award tidak lama dahulu... Jika diperhatikan, huruf A dan simbol mata pada screen shot diatas, membentuk lambang illuminati....
6- Imbas kembali: Apabila kita 'google map' kan peta mid Valley atau roundabout di Putrajaya, maka satu visual menyerupai simbol mata satu akan terhasil... Maka, ada pihak mengaitkan kerajaan Malaysia terlibat dengan konspirasi dajal...
7- Imbas kembali lagi: Opss, tak lupa juga pada bendera PKR (parti politik Malaysia), bukankah ianya menyerupai simbol mata satu juga??Maka, ada pihak mengaitkan parti tersebut terlibat dengan konspirasi dajal...
8- Persoalannya disini, Kenapa orang kita terlalu takutkan simbol mata satu dan juga bentuk segitiga?? Art is a Lie?? Maybe
Thursday, November 20, 2008
HIBURAN : Muzik Bunkface yang matang
Blast OFF III mengangkat nama band bunkface untuk menjadi lebih popular... Mula-mula aku tengok band ni perform dalam pertandingan blast off, terus terang aku katakan yang mereka ni poseR... Tapi pada masa itu, aku agak respek kat diorang sebab aksi sempoi mereka diatas pentas... Apabila mereka berada diatas pentas, mereka nampak seperti seorang poser tapi memang menghiburkan...Masa tu, aku ingatkan band ni tak kekal lama.... Sebab diorang ni takdak identiti... Asyik tiru Sum 41 jaa... buhsan jugak... But, jangkaan aku salah... Mereka keluar dengan single mereka silly lilly... First time aku dengar lagu diorang, aku ingatkan band luar negara yang main.... Bukan saja lagu silly lilly, malah kebanyakan lagu mereka memang sedap dan best... lagu terbaru mereka berjudul situasi memang layan wooo....
keseluruhan lagu diorang ni aku boleh katakan sebagai matang... setelah diamati, alunan bass punk rock style yg dimainkan oleh pemain bassnya, memang kreatif... Tahniah guys...
Wednesday, September 24, 2008
UMUM : Namewee dan lagunya
2- Namewee dalam liriknya menyindir orang melayu... Katanya, jika Malaysia ini tanpa kaum cina, dimana orang melayu nak cari kerja?? Mana orang melayu nak beli guitar?? Macam mana mat rempit yang kebanyakannya terdiri daripada orang melayu mahu membeli motosikal??? Malaysia akan kurang satu cuti, iaitu cuti tahun baru cina... Orang melayu malass...
3- Aku sendiri bekerja dengan cina... Memang banyak company cina di Malaysia ni... Company melayu yang aku kenal, kebanyakannya nak cepat untung, kebajikan pekerja pun tak dijaga... Kedai guitar di metro Kajang, Summit USJ, Bukit Bintang, semuanya orang cina yang pegang... Tak pernah lagi aku jumpa kedai guitar orang melayu... Mat rempit pon kebanyakkannya terdiri dari orang melayu... Almost semua dari mat rempit yang aku nampak, semuanya melayu, ada sedikit jer golongan india... Orang melayu suke bercuti... 16 September pun nak cuti... Kalau dah orang cina tiada kat Malaysia ni, dah tentu kita akan kurang 1 public holiday...
4- So, adakah lirik Namewee ni berbaur perkauman??? Aku rasa tidak... lirik dia senada dengan isu Ahmad (MP Barisan nasional) baru-baru ni.... The fact is always beeing fact!!! I dont understand how This fella (Namewee + Ahmad) can stir any racist remarks... If only people face the facts and not be ignorant this world will not face any racism...
5- Untuk berkata Namewee seorang yang racist, mungkin tidak... Tapi harus diingat, Namewee ada menyindir laungan azan subuh secara sinis... Dengan membandingkan laungan azan seperti suara penyanyi r&b, suara sumbang (out of tune) dan kokokan ayam, I think it is too much!!! He should be more respect to other religions...
6- Ada pihak yang kata dia kreatif... Ada juga yang kata dia stupid... Bagi aku, dia bijak mencuri peluang... remaja cenderung mendengar lagu-lagu yang rebel... Dan sudah pasti, lirik sebegini dapat meng UP kan lagi namanya sebagai artis... Sedar atau tidak, Namewee sudah dikenali satu Malaysia dan mempunyai fan based nya yang tersendiri...
Friday, September 19, 2008
UMUM : Head banging is a nature of life
1- Jika korang melihat rakan sekerja korang memakai headphone dan membuat aksi headbanging menikmati lagu yang sedang didengarinya sambil membuat task-task office, apakah pendapat anda??? "Boleh ke mamat/minah ni siapkan kerja sambil kepala terhangguk-hangguk?" mungkin beginilah persoalan yang lahir didalam benak hati korang...
2- Apabila mendengar sesuatu lagu yang rancak, manusia cenderung untuk menggerakkan kepala mereka, or badan or pinggul or so on etc... Muzik juga dapat melegakan otak kita ketika mengalami kekusutan...
3- So, my suggestion is, instead of smoking to released ur tensionity while doing ur work, why not u try to listen to something?? I mean, music laa... Depends laa korang nak dengar ape pun, nasyid ke, rock cintan ke, dangdut ke, whatever laaa... Janji ianya music...
4- I found it quite worth to share this video... This little kid is very adorable, cute and awesome... It shows that headbanging is a nature of life... And of course laa System of a Down Rocks!!!
Friday, September 12, 2008
HIBURAN : Kejujuran carburetor dung

1- Pada awal bulan Julai 2008 yang lepas, nama Band CD (singkatan Carburetor Dung) melonjak naik... Sebelum ni, makcik-makcik, pokcik-pokcik, minah ulat buku, pejuang agama dan sebagainya mana kenal sama band ini... Kepopularan mereka semakin UP akibat kontroversi yang mereka lakukan... (tunjuk PUNKoq)...
2- Sebenarnya, band ini sudah lama dikenali... Malah mereka sudah mempunyai fan based mereka yang tersendiri... Bukan sedikit, tapi ramai... Malah, sesiapa yang mengikuti aliran underground, pasti kenal band ini... (gambar diatas menunjukkan fan mereka didalam satu gigs)
3- Walaupun band ini berusia lebih 10 tahun, tapi seperti aku katakan diatas... Mereka boleh dianggap sebagai legends dalam dunia underground... Buktinya, dimana-mana gigs yang mereka sertai, memang penuh dengan aksi fans mereka...
4- Alak merupakan line up baru... Dan beliau merupakan vokalis yang menyanyikan lagu carburetor dung dalam versi Melayu, sebelum ni, mereka nyanyi dalam B.Inggeris... Setelah lama CD senyap dalam arena muzik, akhirnya, mereka tampil dengan EP terbaru mereka pada tahun 2008... Sebenarnya, lagu-lagu didalam EP tersebut sudah dimainkan didalam gig-gig sebelum ini pada tahun 2007 dan sebelumnya...
5- Penampilan mereka kali ini lebih kepada politikal isu... Kebanyakan lirik mereka menggunakan kata-kata kesat... Bagi aku, penggunaan B.melayu didalam lirik sampah mereka, tidak begitu sesuai... Namun mesej senang difahami...
6- CD jujur didalam perjuangan mereka... Tidak sekali-kali mereka join mainstream... Tapi tingkah laku vokalis mereka yang berani (selak seluar dan menyampaikan lagu-lagu berbaur kata2 kesat) didalam majlis yang disertai oleh kebanyakannya para alim dan makcik pakcik, aku rasakan ianya satu tindakan yang bodoh...
7- Sekurang-kurangnya CD masih jujur didalam muzik mereka... Muzik mereka 14 tahun lepas, masih lagi sama dengan muzik mereka sekarang, bezanya, lirik sudah ditukar kepada B.Melayu... Bukan seperti sesetengah band yang sanggup melacurkan perjuangan muzik mereka demi populariti, contohnya band Estranged...
8- Cubalah lihat band punk lain seperti Subculture dan The Splatters... Mereka tetap berjuang didalam muzik mereka... Mempunyai fan based mereka tersendiri... Tapi mereka juga menjaga tatasusila agama dan budaya mereka... Well done to those bands... U guys are totally rocks!! Full credits to them (Subculture + The Splatters)...
9- Bro Anim (Bassist The Splatters), tahun ni tak buat open house ke??? lame tak jumpe bro... Hahaha
gambar dirompak melalui http://carburetordung.kerbau.com/
.jpg)