Showing posts with label khas. Show all posts
Showing posts with label khas. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Promo : Please be their follower - zamsamudera, papafahim, kieytube and kucingputeh


1- Jika korang ada masalah mengenai networking, ataupun apa-apa masalah berkaitan komputer dan IT, maka aku rekemen supaya korang baca blog zamsamudera klik disini... Blogger zamsamudera juga kerap kali berkongsikan pengetahuan tentang teknologi IT terkini didalam blog nya....


2- Blogger paparahim pula seorang lecturer disebuah kolej di Ipoh... Begitu handal didalam programming dan networking... Didalam blognya, beliau suka mengupas tentang isu-isu semasa, terutamanya tentang berita terkini pasukan bola kejor yeop kejor.. Jom follow blog ni, klik disini...


3- Blogger Kieytube merupakan seorang student ku... Aku mengajar beliau sejak beliau dari sem 2 sampai sekarang sem 4... Dan aku harap, aku dapat ajar beliau lagi pada sem 5 kelak... Aku ingin membentuk beliau supaya beliau sehebat rakan2 senior beliau yang lain seperti Omaw, Ideal Crazee dan lain2... Sentuhan kreatif beliau bersama deqwan, akan menghasilkan sesuatu yang wow!! korang tengok jer laa blog beliau, klik disini....


4- Blogger kucing puteh menjadi follower ke 100 aku... Beliau banyak menceritakan tentang kucing beliau... sapa2 yang minat kucing, silalah follow blog beliau, klik disini...

Saturday, December 11, 2010

UMUM : Formula Ketagihan

1- Apabila seseorang itu ketagih dadah... Maka amatlah sukar untuk mereka meninggalkan tabiat itu...

2- Apabila seseorang itu ketagih menonton filem porno... Maka amatlah sukar untuk mereka meninggalkan tabiat itu....

3- Apabila seseorang itu ketagih bersukan/berfutsal/jogging dsb... Maka amatlah sukar untuk mereka meninggalkan tabiat itu....

4- Ahaaa... maka kita sudah temui satu formula yang baik... Ianya adalah formula ketagihan...

5- Gunakanlah formula ketagihan ini kearah kebaikan... Misalnya, apabila seseorang itu ketagih melakukan amal ibadat, solat 5 waktu... Maka amatlah sukar untuk mereka meninggalkan tabiat itu... dengan erti kata lain, jika mereka tertinggal solat, maka mereka akan berasa bersalah yang teramats... Ini mungkin kerana mereka sudah ketagih melakukan amal ibadat...


6- Agak-agak la... kalau orang nak diet, diorang kena ketagih dulu laa kot?? Ketagih kepada lapar.... huhuhu

Tuesday, August 24, 2010

UMUM : Tahniah Faisal Tehrani

1- Belom terlewat rasanya untuk aku ucapkan tahniah kepada FaisalTehrani (idolaku) kerana beliau berjaya menamatkan PHd beliau diUKM (Universiti kesayangan aku)... So, dah bergelar Dr. laaa si FT nie...

2- Aku akan jadikan contoh kejayaan ini sebagai pembakar semangat aku untuk menghabiskan pengajian MASTER ku... Dan insyallah, kalau ada masa, nak sangat sambung PHd...

3- Tapi ntah laaa... huhuhu

Tuesday, May 11, 2010

Parasite Nation: Second Demo

1- Mengikut kata koled (drummer aka captain) Parasite akan start masok bilik recording pada 15 April 2010

2- Menurut beliau lagi, mereka (Parasite Nation) akan record 2 buah lagu dahulu...

3- Apa2 pon ALL da best buat mereka.. Aku tidak ada kena mengena lagi dengan band ini... Wish u all da best.... Hidup PN!!! hehs

Thursday, February 11, 2010

POLITIK : alkisah orang pandai

1- Apa yang bestnya politik??? politik dimana2 pon sama... crap!!! sampah!!! sesuatu yang kotor... tipu... susah untuk di describe, dan bermacam2 lagi....politik di tempat kerja is more even worst kalau kita comparekan dengan politik tanahair... sebab ianya mengganggu gugat periuk nasik seseorang....

2- Budaya membodek, backstabber, macam bagus, tikam/pijak belakang orang, cantas mencantas, memang tak dapat dipisahkan didalam gelanggang politik... Pastinya ada pemenang (orang pandai) dan pemangsa didalam gelanggang yang dibuka....

3- Alkisahnya bermula apabila Orang Pandai menghantar email kepadaku... dan aku tidak dapat membuka bahan yang diberi oleh Orang Pandai disebabkan format yang digunakan oleh orang pandai sangat up todate...lantas aku meminta pertolongan Orang Pandai supaya "in advance (akan dtg)" hantarkan bahan didalam format yang boleh diguna oleh semua orang.... Bukan susah pon nak tukar format, tekan file > save as > format yang dipilih

4- Disebabkan keegoan Orang Pandai terlalu menebal, maka beliau mula mengkritik/menghina aku...kami mula berperang menggunakan email, sehingga satu tahap, aku berjaya memprovoke Orang Pandai ke tahap tertinggi....

5- Disinilah Orang Pandai memainkan peranan kebijaksanaannya bermain politik... Mungkin tidak tahan dengan sindiran pedas aku,Beliau pon mengfoward kesemua email "perang kami" kepada pihak admin... Kata2 cacian/hinaan nya terhadap aku, tidak disertakan sekali... email yang difoward ke bahagian admin sudah di edit...

6- Hasilnya, aku dipanggil oleh pihak admin, dan 2 org boss yang lain... didalam bilik mereka aku tidak membela diri... aku hanya tersenyum, memikirkan kebaculan Orang Pandai... Jika benar beliau hendak melaporkan sesuatu, kenapa beliau perlu mengedit email "perang kami" dengan tidak menyertakan kata2 cacian/hinaan nya terhadap aku??? huhuhu

7- Selain daripada itu, Orang Pandai tak abes2 menceritakan kepada staff2 lain yang aku ni tak tahu prosedur... kononnya, aku mintak software daripada beliau??? sebab tu beliau hangin dengan aku satu badan... padahal aku tak mintak pon software dengan beliau... aku cuma mintak tolong beliau tukarkan format bahan yang diberi tu kepada format yang boleh diguna oleh semua orang, in advance...

8- Aku percaya benda ini tidak akan terhenti disini... Orang Pandai akan menggunakan kebijaksaannya bermain politik di tempat kerja untuk merosakkan karier aku... Apa2 sajalah Orang Pandai... ingatlah, kehidupan kita ibarat roda... adakalanya kita diatas, adakalanya kita dibawah... there will be revenge!!!

Thursday, November 19, 2009

Khas : Pesan Pakcik Tua (USJ)

1- DUA minggu lepas, seperti biasa, aku pulang ke SUbang Jaya, sebab nak pergi kelas oum... Sampai di Subang Jaya pada jumaat malam... Keesokan harinya (Sabtu), disebabkan broadbend aku yg buduh dan huduh, maka aku pergi ke cyber cafe berdekatan untuk melayari internet.

2- Aku melanggani seperti biasa...lebih kurang 2 jam aku melayari internet di cyber tersebut... Aku stop surfing selepas azan magrib berkemundang di surau berdekatan...

3- Selepas selesai membayar di kaunter, aku teros membuka pintu mahu keluar... bersama aku adalah seorang pakcik tua berusia dalam lingkungan 70-80tahun (anggaran aku), bertongkat dan selekeh mahu keluar dari CC tersebut juga.... kami keluar seiringan...

4- Berada di luar cyber, aku mengeluarkan rokok winstons MERAH ku dan membakarnya... sambil senyom kat pakcik tua tersebut... Orang kata, apa salahnya kalau senyom???? senyom kan sedekah??? hohoho

5- Nampaknya pakcik tua itu pon tak sombong... Dia memulakan perbualan dengan aku...

pakcik : "baguih tak CC ni???"
aku : "eishhh... bagus pakcik, not bad laaa, laju jer tenet pon..."
(aku saja puji, ingatkan pakcik tu owner cc, hehehe)
pakcik : "betoi2, saya pon suka dtg sini... you ade tengok tu tak kat cc??"
aku : "itu ape pakcik???"
(hai pakcik ni mcm pelik jaa???)
pakcik : "BLUE, pon banyak kat cc ni... best best"
aku : "owhhh, saya buat kerja saya tadi, tak tengok pon benda tu kat CC, hehehe"
(mak aih pakcik ni, insaf2 laa wehhh)
pakcik : "kenapa tak tengok??? syokk tau.. jom laa tengok dengan saya di rumah saya"
aku : "takpe laa cik, saya nak kena balek ni, ada byk kerja nak buat"
pakcik : "jom laaa, saya ada banyak CD, takdak orang kat rumah pon"
aku : "takpa laa pakcik, saya pon dah ada byk... dah jemu dah pon tengok..."
(aku cuba melepaskan diri)
pakcik : "ya kaaa??? boleh tak saya pergi rumah u??"
aku : "ehhh, jangan pakcik, saya tinggal dengan family,ok laa pakcik, saya balek dulu k"

6- Aku teros blah dari situ... rasa menyampah, jijik tengok muka pakcik tua tu... dah tua nak mampos, bertongkat, gigi dah rongak, maseh ada nafsu untuk tengok benda2 tu.... What the fruit man!!!

Wednesday, October 21, 2009

KHAS : Pesan Pakcik Tua (KLsentral)


1- Gambar diatas adalah gambar hiasan.. tiada kena-mengena dengan cerita yang bakal aku tulis... Selamat pengantin baru buat Mek B (B stands for wut?? ntahlerr)

2- Ceritanya begini... Pada 17 oktober lepas, aku pulang ke Subang Jaya, menaiki keretapi tanah melayu sbb aku nak menghadiri 1 gig... band kami perform di pauls place pada keesokan harinya... aku pulang pada waktu petang dengan memakai spek hitam dan membawa bass ku bersama2 menaiki keretapi... (Thenks kepada as kerana sudi menghantar aku ke stesen keretapi Ipoh... huhuhu)

3- Sesampainya aku di stesen KLsentral, aku menunggu kawan aku (jimmy) pick aku.... Biasalah si jimmy ni, kalau kita set masa nak jumpa kol 5.30ptg, sejam selepas tu (6.30ptg) baru sampai... Memang hangin tunggu dia....

4- Sambil menunggu jimmy sampai, aku dengan bangganya mengisap rokok winstons merah ku di ruangan menunggu teksi. aku duduk sambil melihat keindahan bangunan di sekeliling KLsentral... Maklumlah, sudah lama tak balik KL... rindu beb....

5- Tetiba, seorang pakcik tua (aku anggarkan, umornya mungkin dlm 70an kot) duduk disebelah ku... "chantek spek mata anak?? tentu mahal kan???" pakcik itu memulakan perbualan terhadap aku... "takdelaa cik... murah jer, rm10 jer... beli pon kt uptown jer" (hampeh, pecah rahsia, kekeke)

6- Agak lama kami bersembang... bersembang mcm-mcm benda... dari perbualan kami, aku dpt tahu bahawa pakcik itu datang ke Kuala Lumpur untuk mengubati orang... beliau mengamalkan perubatan Islam...

7- Setelah hampir 45min kami bersembang, tetiba pakcik itu berkata "anak, pakcik nak cakap ni, anak jangan marah... jangan anak tinggal solat... Jangan kita tunaikan solat time kita dalam kesusahan jer... solat itu penting"

8- Hati aku memang tersentak sayu... aku rase nak peluk je pakcik tu... aku langsong tak marah dia... kebetulan handphone aku pon berbunyi.. rupa-rupanya jimmy pon sampai... (potong stim tol)... aku teros meminta diri dan teros salam + cium tangan pakcik tu...

9- Aku meninggalkan pakcik tersebut dengan kesayuan, memikirkan kata-katanya... Manusia akan ingat ALLAH ketika mereka didalam kesusahan/kecelaruan saja... ermmmm

Wednesday, September 16, 2009

KHAS : snippets

1- Terima kaseh kepada mereka yang wish buffday aku melalui facebook, frenster, myspace dan sms tepon... Thenks sangat2 k...

2- After dis, it would be a very busy month/year for me, since im going to further my studies, in the same time, busy with my work... Please pray for me k...

3- Tinggal lagi beberapa hari lagi dah nak raye... Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada sesiapa yang pernah aku buat salah dan silap... Aku juga manusia, tak lari daripada membuat silap, tetapi ada batasnya... huhuhuhu

4- Parasite Nation (band) will start record their new stuffs in dis raya holiday... Any news, WE will updated in our myspace... www.myspace.com/parasitenation

5- Lupakan kenangan lama... buhbye 25, now 26s begins... FUCK hypocriteRs, jika MEREKA susah, MEREKA akan cari kita, mintak tolong kita, mengaku kita ni teman MEREKA, tapi bila dah senang, MEREKA akan melupakan kita, sehinggakan hutang pon tak reti nak bayar??? Thenks to ALL my true frens!!! mmmuahh

Monday, August 17, 2009

KHAS : Thenks IPOH


The Gig wuz AWESOME... Thenks to ALL our supporter... WE r making new frens at IPOH... Ini adalah kali pertama kami bermain di Ipoh, dan ianya memberikan pengalaman manis kepada kami... Sudah pasti gig di Ipoh sangat berbeza berbanding gig-gig yang pernah kami main sebelom ini... The crowd is SEMPOI... Hahaha

Very big thenks to Eros, AZat (moonlight) AND our new frens Boy (Hamkmog), Farid (Hamkmog), mazdoo city, Coffeecandy, nameless + The Cry sister....

Friday, August 7, 2009

KHAS : WE will rock da stage on 15 August

Parasite Nation is NOT dead yet... WE will performing at Perak gigs this 15 August... And WE r proudly invite OUR friends and whoever who knows us to join OUR party this 15 August...

Very special thanks to OUR fellows friends from Ipoh for giving us this golden opportunity... It makes US feel like WE r going to be young again... Hahaha... DAMN... (terkenang zaman dulu2)

Big Thanks to Moonlight band, artitmedia label and OUR organiser, EVO community... MMuuahh, love you all

WE will launch our second EP, insyaallah after raya.... For those who miss our first EP, u can listen it by clicking link below... Thenksss

Friday, October 10, 2008

CORETAN : You're so GAY

1- Intro sikit...
Bulan ni, dah genap setahun aku kerja cyber cafe (partime)... Since member aku, (owner cyber cafe yg mude dari aku) tu, mintak tolong aku suruh tengok2 kan CC (cyber cafe) tuu... Sebab dia pun sudah ada job baru, iaitu army... Terpaksa training lama...

2- Sebagai mukadimah cerita...
CC member aku ni memang tak canggih langsung... Game pun tiada... Webcam pun tiada... PC pon gune spec lama.. Tu pun ada dalam 10 bijik komputer saja... Pendek kata, memang hampeh laaa... Hehehehe

3- Macam mana CC ni boleh bertahan???
Orang datang CC ni sebab rate nya agak murah... Selain tu, pengunjung bebas buat apa saja... Download apa saja... Ini yang membuatkan CC ni bertahan sampai ke hari ni... Dah dekat 6-7 tahun dah usia CC ni...

4- You're so GAY...
Akibat kebebasan yang diberikan, maka banyaklah komputer2 CC yang dijangkiti virus, trojan, spyware, kene Hack, rosak dsb... Ramai jugak pakcik2 yang download citer porno... Kalau lepas download, delete nye terus, tak apa laa jugak, ni ditinggalnya dekat desktop... Semalam Aku terjumpa BANYAK filem porno GAY yang telah didownload oleh customer dalam 2 buah komputer kat CC tersebut....Wah, nampaknya, budaya GAY memang berkembang dengan pesatnya di Malaysia ni... Adakah dunia dah nak kiamat??? wallahualam-

Tuesday, September 2, 2008

KHAS : Ramadhan datang lagi

Sudah 2 hari Kita berpuasa... Belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada kesemua umat Islam di dunia ini... Selamat beramal ibadat...

Aku rasakan bulan Ramadhan tahun ini agak unik kerana ianya jatuh pada 1 September 2008... Maka secara metamatikalnya, setiap haribulan didalam bulan September menggambarkan berapa hari kita berpuasa... Sebagai contohnya, 15 September, beerti 15 hari kita sudah berpuasa dsb...

Bulan Ramadhan juga begitu sinonim dengan pelbagai fadhilatnya... Tidak ketinggalan untuk bersama-sama mengajak umat Islam bersama-sama melakukan ibadat di bulan puasa, maka terserbarlah message-message, email-email tentang fadhilat beribadat di bulan Ramadhan didalam blog-blog, email ataupun sms...

Pun begitu, tidak semua hadith yang disebarkan adalah hadith sahih... Aku ada terbaca didalam satu portal mufti terengganu tentang kepalsuan hadith kelebihan terawih... Korang boleh baca artikel tersebut didalam link yang aku sertakan...

Link:- http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06


Hari ini 2 September, menandakan 2 hari sudah kita berpuasa... 2 September juga menandakan sudah genap 3 bulan ibu saudaraku (mummy Wan - gambar sebelah) pergi meninggalkan kami semua... Semoga roh nya dicucuri rahmat dan semoga ALLAH meletakkannya didalam golongan orang yang beriman... AMIN- Alfatihah...

Thursday, August 7, 2008

UMUM : Sang Bloggers

Aku berjaya mewujudkan/mengemaskini kan blog yang aku bina hampir setahun yang lepas....Aku bukanlah seorang yang suka menulis.....Malah waktu sekolah dulu, aku amat benci mengarang.....Entah kenapa aku begitu teruja hendak menulis blog sendiri???Mungkin kerana aku ingin berkongsi pengalaman, maklumat dan ilmu yang tak seberapa ini kepada teman2 semua....Aku akan cuba menghasilkan blog yang tidak bermirip seakan DIARI....(contohnya, posting mengenai "Aku bosan kerja harini" , "Budak perempuan tempat kerjaku COMEL" dll)....

Aku yakin, lebih ramai masyarakat Malaysia menghasilkan blog, lebih banyak ilmu dan maklumat dapat dikongsikan......Aku ambil satu contoh, Aku berada di Subang Jaya, maka dengan menceritakan pengalaman hidup di Subang Jaya, aku dapat bertukar-tukar maklumat dengan rakan seperjuangan ku di Sarawak.....Ya, dengan ini, kita dapat mewujudkan masyarakat yang bermaklumat!!! Ayuh sang bloggerss....Mari kita mulakan!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...