Thursday, November 19, 2009

Khas : Pesan Pakcik Tua (USJ)

1- DUA minggu lepas, seperti biasa, aku pulang ke SUbang Jaya, sebab nak pergi kelas oum... Sampai di Subang Jaya pada jumaat malam... Keesokan harinya (Sabtu), disebabkan broadbend aku yg buduh dan huduh, maka aku pergi ke cyber cafe berdekatan untuk melayari internet.

2- Aku melanggani seperti biasa...lebih kurang 2 jam aku melayari internet di cyber tersebut... Aku stop surfing selepas azan magrib berkemundang di surau berdekatan...

3- Selepas selesai membayar di kaunter, aku teros membuka pintu mahu keluar... bersama aku adalah seorang pakcik tua berusia dalam lingkungan 70-80tahun (anggaran aku), bertongkat dan selekeh mahu keluar dari CC tersebut juga.... kami keluar seiringan...

4- Berada di luar cyber, aku mengeluarkan rokok winstons MERAH ku dan membakarnya... sambil senyom kat pakcik tua tersebut... Orang kata, apa salahnya kalau senyom???? senyom kan sedekah??? hohoho

5- Nampaknya pakcik tua itu pon tak sombong... Dia memulakan perbualan dengan aku...

pakcik : "baguih tak CC ni???"
aku : "eishhh... bagus pakcik, not bad laaa, laju jer tenet pon..."
(aku saja puji, ingatkan pakcik tu owner cc, hehehe)
pakcik : "betoi2, saya pon suka dtg sini... you ade tengok tu tak kat cc??"
aku : "itu ape pakcik???"
(hai pakcik ni mcm pelik jaa???)
pakcik : "BLUE, pon banyak kat cc ni... best best"
aku : "owhhh, saya buat kerja saya tadi, tak tengok pon benda tu kat CC, hehehe"
(mak aih pakcik ni, insaf2 laa wehhh)
pakcik : "kenapa tak tengok??? syokk tau.. jom laa tengok dengan saya di rumah saya"
aku : "takpe laa cik, saya nak kena balek ni, ada byk kerja nak buat"
pakcik : "jom laaa, saya ada banyak CD, takdak orang kat rumah pon"
aku : "takpa laa pakcik, saya pon dah ada byk... dah jemu dah pon tengok..."
(aku cuba melepaskan diri)
pakcik : "ya kaaa??? boleh tak saya pergi rumah u??"
aku : "ehhh, jangan pakcik, saya tinggal dengan family,ok laa pakcik, saya balek dulu k"

6- Aku teros blah dari situ... rasa menyampah, jijik tengok muka pakcik tua tu... dah tua nak mampos, bertongkat, gigi dah rongak, maseh ada nafsu untuk tengok benda2 tu.... What the fruit man!!!

Wednesday, October 21, 2009

KHAS : Pesan Pakcik Tua (KLsentral)


1- Gambar diatas adalah gambar hiasan.. tiada kena-mengena dengan cerita yang bakal aku tulis... Selamat pengantin baru buat Mek B (B stands for wut?? ntahlerr)

2- Ceritanya begini... Pada 17 oktober lepas, aku pulang ke Subang Jaya, menaiki keretapi tanah melayu sbb aku nak menghadiri 1 gig... band kami perform di pauls place pada keesokan harinya... aku pulang pada waktu petang dengan memakai spek hitam dan membawa bass ku bersama2 menaiki keretapi... (Thenks kepada as kerana sudi menghantar aku ke stesen keretapi Ipoh... huhuhu)

3- Sesampainya aku di stesen KLsentral, aku menunggu kawan aku (jimmy) pick aku.... Biasalah si jimmy ni, kalau kita set masa nak jumpa kol 5.30ptg, sejam selepas tu (6.30ptg) baru sampai... Memang hangin tunggu dia....

4- Sambil menunggu jimmy sampai, aku dengan bangganya mengisap rokok winstons merah ku di ruangan menunggu teksi. aku duduk sambil melihat keindahan bangunan di sekeliling KLsentral... Maklumlah, sudah lama tak balik KL... rindu beb....

5- Tetiba, seorang pakcik tua (aku anggarkan, umornya mungkin dlm 70an kot) duduk disebelah ku... "chantek spek mata anak?? tentu mahal kan???" pakcik itu memulakan perbualan terhadap aku... "takdelaa cik... murah jer, rm10 jer... beli pon kt uptown jer" (hampeh, pecah rahsia, kekeke)

6- Agak lama kami bersembang... bersembang mcm-mcm benda... dari perbualan kami, aku dpt tahu bahawa pakcik itu datang ke Kuala Lumpur untuk mengubati orang... beliau mengamalkan perubatan Islam...

7- Setelah hampir 45min kami bersembang, tetiba pakcik itu berkata "anak, pakcik nak cakap ni, anak jangan marah... jangan anak tinggal solat... Jangan kita tunaikan solat time kita dalam kesusahan jer... solat itu penting"

8- Hati aku memang tersentak sayu... aku rase nak peluk je pakcik tu... aku langsong tak marah dia... kebetulan handphone aku pon berbunyi.. rupa-rupanya jimmy pon sampai... (potong stim tol)... aku teros meminta diri dan teros salam + cium tangan pakcik tu...

9- Aku meninggalkan pakcik tersebut dengan kesayuan, memikirkan kata-katanya... Manusia akan ingat ALLAH ketika mereka didalam kesusahan/kecelaruan saja... ermmmm

Saturday, September 26, 2009

Nasional : Indonesia oh IndoN

1- Ya, baru-baru ini, mereka (rakyat INDON) membuat demonstrasi keatas Malaysia... Mereka tidak berpuas hati tentang banyak perkara... isu tarian pandet, isu pulau, isu nordin Top, isu layanan buruk keatas pekerja mereka di Malaysia, dan lain-lain lagi... Maka, bendera Malaysia di bakar, pelajar Malaysia yang belajar disana dipulau....

2- Adakah tindakan mereka ini matured enough??? Ya, ternyata isu tarian pandet itu merupakan kesilapan dari pihak penyiaran Discover channel... bukannya silap Malaysia...

3- Kenapa hendak berkonfrantasi tentang sebuah pulau?? kita punya undang-undang... Jika tidak puas hati, fight laaa dalam mahkamah antarabangsa... (macam isu perebutan pulau antara singapore dan Malaysia dahulu).. Adakah kami takut berperang??? tidak!! mengapa kita perlu berperang sesama negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam dinegara masing-masing??? Ya, kita merana, orang lain yang gumbira....

4- Ya, memang Nordin Top, seorang warga Malaysia yang merancang serangan bom keatas Indonesia... Tetapi cubalah bayangkan, siapakah yang mengofferkan diri bertindak sebagai pengebom berani mati tersebut? Jika tiada pengikut yang terdiri daripada rakyat indonesia sendiri, maka, rancangan Nordin Top tak akan berjaya....

5- Kenapa majikan Malaysia melayan pekerja Indonesia dengan teruk... Kaji dulu... tak semua majikan Malaysia layan pekerja Indonesia dengan terok... Tengok saja kakak ku melayan dia punya maid... aku tengok maid dia gumbira saja... siap dapat baju raya, kasut raya lagi... ramai maid Indonesia yang menganggap majikan Malaysia melayan mereka lebih baik jika dibandingkan dengan majikan negara arab... renung-renungkan lah....

6- Lihat saja warga Indonesia yang hidup di Malaysia... Anda dapat compete dengan warga Malaysia sendiri... malah Anda lebih berjaya dari warga Malaysia... anda berjaya memperluaskan perniagaan daripada perniagaan runcit hinggalah ke perniagaan pasar malam... Ada kami bising??? renung-renungkan lah...

7- Cuba lihat jenayah di negara ini... kebanyakannya, didalangi oleh warga Indonesia... malah, jika rompakan yang dilakukan oleh warga indonesia, ianya nampak seakan bahaya, kerana anda tidak berhati perut, sehingga sanggup membunuh orang yang tidak bersalah (warga Malaysia) demi rm500... what a fools???

8- Oleh itu warga Indonesia OR INDON... usahlah cepat melatah... tiada gunanya kita berbalah...sewaktu aku belajar dahulu, aku juga mempunyai ramai kawan Indonesia... tidak pernah timbul erti Racist didalam jiwa kami....





Wednesday, September 16, 2009

KHAS : snippets

1- Terima kaseh kepada mereka yang wish buffday aku melalui facebook, frenster, myspace dan sms tepon... Thenks sangat2 k...

2- After dis, it would be a very busy month/year for me, since im going to further my studies, in the same time, busy with my work... Please pray for me k...

3- Tinggal lagi beberapa hari lagi dah nak raye... Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada sesiapa yang pernah aku buat salah dan silap... Aku juga manusia, tak lari daripada membuat silap, tetapi ada batasnya... huhuhuhu

4- Parasite Nation (band) will start record their new stuffs in dis raya holiday... Any news, WE will updated in our myspace... www.myspace.com/parasitenation

5- Lupakan kenangan lama... buhbye 25, now 26s begins... FUCK hypocriteRs, jika MEREKA susah, MEREKA akan cari kita, mintak tolong kita, mengaku kita ni teman MEREKA, tapi bila dah senang, MEREKA akan melupakan kita, sehinggakan hutang pon tak reti nak bayar??? Thenks to ALL my true frens!!! mmmuahh

Monday, August 17, 2009

KHAS : Thenks IPOH


The Gig wuz AWESOME... Thenks to ALL our supporter... WE r making new frens at IPOH... Ini adalah kali pertama kami bermain di Ipoh, dan ianya memberikan pengalaman manis kepada kami... Sudah pasti gig di Ipoh sangat berbeza berbanding gig-gig yang pernah kami main sebelom ini... The crowd is SEMPOI... Hahaha

Very big thenks to Eros, AZat (moonlight) AND our new frens Boy (Hamkmog), Farid (Hamkmog), mazdoo city, Coffeecandy, nameless + The Cry sister....

Friday, August 7, 2009

KHAS : WE will rock da stage on 15 August

Parasite Nation is NOT dead yet... WE will performing at Perak gigs this 15 August... And WE r proudly invite OUR friends and whoever who knows us to join OUR party this 15 August...

Very special thanks to OUR fellows friends from Ipoh for giving us this golden opportunity... It makes US feel like WE r going to be young again... Hahaha... DAMN... (terkenang zaman dulu2)

Big Thanks to Moonlight band, artitmedia label and OUR organiser, EVO community... MMuuahh, love you all

WE will launch our second EP, insyaallah after raya.... For those who miss our first EP, u can listen it by clicking link below... Thenksss

Sunday, July 12, 2009

Nasional : PPSMI dimansuhkan???

Aku masih ingat, sewaktu aku di Singapura, parents aku nak daftarkan aku di sebuah sekolah rendah di Singapura, sebab kami tinggal disana waktu tu... Aku memang takut, sebab aku memang tidak suka bahasa Inggeris... Di Singapura, sudah pastinya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar mereka... Jadi aku berdoa agar aku tidak ditempatkan di sekolah tersebut... Doa ku dimakbulkan, my parents wuz transfered to JB...

Sewaktu di sekolah menengah, aku memang bencikan matapelajaran bahasa Inggeris... Sebagai akibatnya, Bahasa Inggeris aku tak kredit dalam ujian SPM.. Maka aku meneruskan pengajian ku ke matrikulasi Sepang... Disana barulah aku cuba-cuba membaca artikel bahasa inggeris sebab nak lulus exam MUET... Alhamdulillah, aku tak fail exam MUET....

Tapi minda aku masih belom berkembang... Aku seboleh-bolehnya ingin mencari satu university yang menggunakan bahasa penghantar bahasa Melayu didalam medium pembelajaran... maka aku apply untuk memasuki UKM memandangkan UKM sahaja yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar... Aku sedikit pun tiada masalah didalam pembelajaran aku, dan alhamdulillah, aku menamatkan study aku dengan 3 pointer...

Masalahnya timbul selepas aku menamatkan pembelajaran ku... Aku dapati bahawa Bahasa Inggeris tersangatlah penting...Terasa tersangat bodoh, kerana tidak mempelajari bahasa inggeris dengan bersungguh2 sejak dari dulu lagi... Sebenarnya jika kita boleh bertutur dalam bahasa Inggeris/ menulis dalam bahasa Inggeris, ianya satu bonus, kerana banyak kerja di luar sana yang memerlukan kemahiran bahasa Inggeris....

Aku terkejut dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI... terlalu lembik untuk menapis halangan2 dari pihak yang membangkang PPSMI... Adakah dengan mempelajari Matematik dan Sains didalam bahasa Inggeris, maka bahasa Malaysia akan terhapus??? kolotnya pemikiran mereka yang berfikir sebegitu??

Aku berpendapat, Ada satu sebab saja mengapa PPSMI dimusnahkan... Its all about business... Pernahkah anda terfikir, berapakah kos untuk membuat 1 modul pembelajaran (courseware) - *courseware merupakan satu perisian pembelajaran yang menggunakan komputer. 1 modul tu harganya berpuluh-puluh ribu... tu baru 1 modul... untuk setiap subjek terdapat banyak modul dari darjah 1 sampai darjah 6, dan dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5... Kerajaan sudah membelanjakan berbilion2 ringgit untuk menghasilkan perisian tersebut... sudah 4/5 daripada perisian2 tersebut sudah siap, menyebabkan kebanyakan kompeni yang membuat perisian ini sudah seakan-akan tiada job... (aku tahu sebab aku pernah kerja didalam 4 kompeni berlainan yang membuat bisnes yang sama)... Maka dengan memansuhkan PPSMI ini, mungkin perisian yang sedia ada perlu ditukarkan kepada bahasa Malaysia semula... Maka seronoklah kompeni2 yang berkaitan kerana mereka bakal mendapat project/job/task baru... Tidak lupa kepada kakitangan kerajaan, mereka turut gembira kerana dapat buat job 'under table'.... Hahahaha

Wednesday, July 8, 2009

UMUM : Ipoh VS Subang Jaya

Aku dilahirkan di Perak.. Aku juga merupakan penyokong pasukan "kejor yeop kejor"... (cuma sekarang ni kenapa team bola perak tak kuat macam dulu2? hehehe)... Nak dijadikan cerita, aku telah mendapat kerja di Ipoh, Perak... Tanpa berfikir panjang, aku accept jer tawaran tersebut, sebab aku nak kan cabaran... Disamping nak try bidang baru...

Orang kata, gaji rm2K++ dan tinggal di Perak, memang lebih dari cukup... Sapa kata??? Berikut, aku membuat perbandingan antara Ipoh dan Subang Jaya... Sebenarnya tiada beza pon... Gaya hidup pon lebih kurang sama....


1) Tempat cuci kereta di SUbang Jaya lebih murah berbanding cuci kereta di Ipoh... rm8 cuci di SUbang jaya, siap cuci luar dalam + vacuum... manakala kat Ipoh, cuci luar jer dah rm10... duhhh, Subang Jaya get 1 point...

2) Sapa kata makanan kat Ipoh murah??? lebih kurang je dengan makanan kat SUbang Jaya... At least Subang Jaya ade banyak mapley, boleh buat pilihan.. kalau nak murah, gi makan mapley, order roti kosong, mmg save bajet... tapi bilangan mapley kat Ipoh ni sikit... Subang Jaya mendapat point ke2...

3) SUbang jaya memang jam.. Tapi Ipoh, ok laaa... cuma hari Sabtu-Ahad tu macam kereta bergerak perlahan laa, sbb ramai yang nak pergi berenjoy... Ipoh mendapat point pertama...

4) Ipoh ada Jaya Jusco, Ipoh parade, Tesco dan Giant... manakala Subang Jaya ada mydin, giant, carefour, tesco, summit, SUbang parade, Sunway pyramid... Kesimpulannya, Subang jaya lagi banyak tempat untuk bersopping... third point for Subang Jaya....

5) Barang di Tesco Subang Jaya lebih murah daripada barang di Tesco Ipoh.. barang yang sama... How the hell this can happend?? Subang jaya mendapat point ke4...

6) Sewa rumah di Ipoh jauh lebih murah daripada sewa rumah di Subang Jaya/Damansara/ Puchong/ Cyberjaya/ Bangi/ Shah Alam... Ipoh mendapat point ke2.....



Keputusan penuh = Subang Jaya 4 - Ipoh 2
Subang Jaya lagi best laa kot??? hahahaha

Friday, June 12, 2009

UMUM : Public bank - Sucks

Adakah anda mempunyai account Public bank? Di Taipan USJ, Subang Jaya, terdapat 1 cawangan Public Bank... Jika anda ingin mengambil wang menggunakan mesin ATM disitu, lupakan saja.... Sudah pasti anda akan ternampak sign kehabisan wang, ataupun mesin ATM rosak... Memang betul2 sucks...Fenomena ini berlaku dengan kerap sekali tambah-tambah di akhir bulan dan 2 minggu pertama di awal setiap bulan...

Oh yer, bukan itu sahaja, malah customer services di kebanyakan cawangan public bank juga sangat tidak memuaskan (worst ever)... Diharap jika ada sesiapa yang bekerja di Public bank dan terbaca post ini, anda dapatlah mempengaruhi pihak pengurusan anda supaya dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan...

Kata-kata terakhirku, "Public Bank - Sucks"

Tuesday, February 17, 2009

UMUM : Kugan (from zero to hero??)


Awal bulan february lepas, Malaysia digemparkan dengan kematian Kugan... Sekali lagi polis Malaysia dipersalahkan... Menurut mak aku, Kugan diraikan sebagai seorang wira... Para pejuang (ntah dari mana) yang majoritinya kaum india membuat demo didepan masjid USJ 9/ depan balai polis USJ 8 dengan begitu ramainya.... 2 Helikopter FRU berlegar2 diatas kawasan rumahku yg berdekatan dengan kawasan kejadian untuk memastikan mereka ini tidak bertindak diluar batasan... gambar Kugan diarakkan di atas kereta mewah... Oleh itu, boleh laa aku katakan, kematian Kugan persis kematian seorang perwira...

Namun, wajarkah Kugan diangkat seperti seorang wira??? Bagaimana seorang perompak dapat menjadi wira?? Bayangkan, berapa banyak kereta mewah yang sudah di rompaknya?? Apakah jaminan kita untuk mereka ini tidak membahayakan keselamatan kita??? tepuk dada tanyalah selera-

Wednesday, January 14, 2009

UMUM : BA-bi

Sejak akhir2 ni, aku sering mendapat email, yang kononnya, terdapat campuran babi didalam sesetengah makanan yang sering kita beli.... Contohnya, lychee tin, meehun, cokelat, produk kecantikan dan banyak lagi... Banyak juga email yang aku dapat, mengatakan terdapat produk-produk makanan yang tak halal, contohnya starbuck, oldtown whiteCoffee dan lain-lain lagi...

Persoalannya, sejauh mana kesahihan email tersebut??? Jika benar, aku maseh pening, kenapa terlalu banyak makanan yang tidak halal dan makanan/produk yang dicampurkan dengan babi terlepas dan dijual secara sewenang2nya ??? Kenapa pihak2 yang bertanggungjawab tidak melakukan tugasnya??? kenapa pejuang agama (kononnya), pejuang melayu(kononnya), pejuang rakyat (kononnya) tidak berusaha untuk memeranginya??? Kenapa tidak hebahkan kepada masyarakat umum tentang kesahihannya???

Masyarakat masih bingung, terutamanya yang beragama Islam.... Dan pihak yang bertanggungjawab umumnya, perlu menerangkan kesahihan email2 layang tersebut....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...