Aku masih ingat, sewaktu aku di Singapura, parents aku nak daftarkan aku di sebuah sekolah rendah di Singapura, sebab kami tinggal disana waktu tu... Aku memang takut, sebab aku memang tidak suka bahasa Inggeris... Di Singapura, sudah pastinya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar mereka... Jadi aku berdoa agar aku tidak ditempatkan di sekolah tersebut... Doa ku dimakbulkan, my parents wuz transfered to JB...
Sewaktu di sekolah menengah, aku memang bencikan matapelajaran bahasa Inggeris... Sebagai akibatnya, Bahasa Inggeris aku tak kredit dalam ujian SPM.. Maka aku meneruskan pengajian ku ke matrikulasi Sepang... Disana barulah aku cuba-cuba membaca artikel bahasa inggeris sebab nak lulus exam MUET... Alhamdulillah, aku tak fail exam MUET....
Tapi minda aku masih belom berkembang... Aku seboleh-bolehnya ingin mencari satu university yang menggunakan bahasa penghantar bahasa Melayu didalam medium pembelajaran... maka aku apply untuk memasuki UKM memandangkan UKM sahaja yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar... Aku sedikit pun tiada masalah didalam pembelajaran aku, dan alhamdulillah, aku menamatkan study aku dengan 3 pointer...
Masalahnya timbul selepas aku menamatkan pembelajaran ku... Aku dapati bahawa Bahasa Inggeris tersangatlah penting...Terasa tersangat bodoh, kerana tidak mempelajari bahasa inggeris dengan bersungguh2 sejak dari dulu lagi... Sebenarnya jika kita boleh bertutur dalam bahasa Inggeris/ menulis dalam bahasa Inggeris, ianya satu bonus, kerana banyak kerja di luar sana yang memerlukan kemahiran bahasa Inggeris....
Aku terkejut dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI... terlalu lembik untuk menapis halangan2 dari pihak yang membangkang PPSMI... Adakah dengan mempelajari Matematik dan Sains didalam bahasa Inggeris, maka bahasa Malaysia akan terhapus??? kolotnya pemikiran mereka yang berfikir sebegitu??
Aku berpendapat, Ada satu sebab saja mengapa PPSMI dimusnahkan... Its all about business... Pernahkah anda terfikir, berapakah kos untuk membuat 1 modul pembelajaran (courseware) - *courseware merupakan satu perisian pembelajaran yang menggunakan komputer. 1 modul tu harganya berpuluh-puluh ribu... tu baru 1 modul... untuk setiap subjek terdapat banyak modul dari darjah 1 sampai darjah 6, dan dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5... Kerajaan sudah membelanjakan berbilion2 ringgit untuk menghasilkan perisian tersebut... sudah 4/5 daripada perisian2 tersebut sudah siap, menyebabkan kebanyakan kompeni yang membuat perisian ini sudah seakan-akan tiada job... (aku tahu sebab aku pernah kerja didalam 4 kompeni berlainan yang membuat bisnes yang sama)... Maka dengan memansuhkan PPSMI ini, mungkin perisian yang sedia ada perlu ditukarkan kepada bahasa Malaysia semula... Maka seronoklah kompeni2 yang berkaitan kerana mereka bakal mendapat project/job/task baru... Tidak lupa kepada kakitangan kerajaan, mereka turut gembira kerana dapat buat job 'under table'.... Hahahaha
Sunday, July 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
http://panggung-dunia.blogspot.com/2009/07/ppsmi-ini-kesudahannya.html
komen ni best jgk..hmm spi bile la nk berubah..br kejap dh mansuh..mcm2..tak boleh nk susah sket.
holla partnerku merah darah!!
aku sokong la jugak ketidakpuasan hati ko tentang pemansuhan ppsmi...memandangkan aku pn cikgu bi, aku mmg memandang serius kepentingan english...english is an international language because it is a medium of communication used worldwide...aku ngaja skolah yg bleh tahan bangangnye, yelah, kt kampung kan...mmg english hancus lebusss...science, maths lagi la hancus...aku igt 3subjek tu je yg hancus,tp subjek yg pakai medium bm cam sejarah, geog, agama pn fail gak...tu mmg takle nak tlg la, mmg budak2 yg taknak usaha ke arah kejayaan...apepn merah, its never to late to learn english or whatsoever things that u dont know...sume bleh dilakukan dgn jayanya sekiranya ada usaha...bak kata pepatah yg paling orang tau USAHA TANGGA KEJAYAAN...UPDATE URSELF PARTNER...heard that u challenge urself becoming an educator like me!!inspire ur students to become a useful person!!
Kurin jer.... yeahhh... aku follow jejak ko... sama juga dengan safaju...
Ni semua sebab aku nak upgrade aku nye BI communication... yang sememangnya hampehhh... payah siot- Help ME
aku tb2 nk coment gak.. agak2 dptla job.hahaha..
lambat comment aku hek? sbb aku baru baca ko nyer blog..
tapi sbgi cigu kawasan pedalaman, aku rasa tak patut..TAK PATUT diorg mansuhkan PPSMI weh!! sebab atleast budak2 nih dapat gaks faham english melalui subject Science and Math...btol ckp ko..it's all about business...buku teks, activity book, CD...semuanya..aiyoo pening budak2 kita...kejap english...kejap bm..adeh..
Post a Comment