Friday, September 12, 2008

HIBURAN : Kejujuran carburetor dung


1- Pada awal bulan Julai 2008 yang lepas, nama Band CD (singkatan Carburetor Dung) melonjak naik... Sebelum ni, makcik-makcik, pokcik-pokcik, minah ulat buku, pejuang agama dan sebagainya mana kenal sama band ini... Kepopularan mereka semakin UP akibat kontroversi yang mereka lakukan... (tunjuk PUNKoq)...

2- Sebenarnya, band ini sudah lama dikenali... Malah mereka sudah mempunyai fan based mereka yang tersendiri... Bukan sedikit, tapi ramai... Malah, sesiapa yang mengikuti aliran underground, pasti kenal band ini... (gambar diatas menunjukkan fan mereka didalam satu gigs)

3- Walaupun band ini berusia lebih 10 tahun, tapi seperti aku katakan diatas... Mereka boleh dianggap sebagai legends dalam dunia underground... Buktinya, dimana-mana gigs yang mereka sertai, memang penuh dengan aksi fans mereka...

4- Alak merupakan line up baru... Dan beliau merupakan vokalis yang menyanyikan lagu carburetor dung dalam versi Melayu, sebelum ni, mereka nyanyi dalam B.Inggeris... Setelah lama CD senyap dalam arena muzik, akhirnya, mereka tampil dengan EP terbaru mereka pada tahun 2008... Sebenarnya, lagu-lagu didalam EP tersebut sudah dimainkan didalam gig-gig sebelum ini pada tahun 2007 dan sebelumnya...

5- Penampilan mereka kali ini lebih kepada politikal isu... Kebanyakan lirik mereka menggunakan kata-kata kesat... Bagi aku, penggunaan B.melayu didalam lirik sampah mereka, tidak begitu sesuai... Namun mesej senang difahami...

6- CD jujur didalam perjuangan mereka... Tidak sekali-kali mereka join mainstream... Tapi tingkah laku vokalis mereka yang berani (selak seluar dan menyampaikan lagu-lagu berbaur kata2 kesat) didalam majlis yang disertai oleh kebanyakannya para alim dan makcik pakcik, aku rasakan ianya satu tindakan yang bodoh...

7- Sekurang-kurangnya CD masih jujur didalam muzik mereka... Muzik mereka 14 tahun lepas, masih lagi sama dengan muzik mereka sekarang, bezanya, lirik sudah ditukar kepada B.Melayu... Bukan seperti sesetengah band yang sanggup melacurkan perjuangan muzik mereka demi populariti, contohnya band Estranged...

8- Cubalah lihat band punk lain seperti Subculture dan The Splatters... Mereka tetap berjuang didalam muzik mereka... Mempunyai fan based mereka tersendiri... Tapi mereka juga menjaga tatasusila agama dan budaya mereka... Well done to those bands... U guys are totally rocks!! Full credits to them (Subculture + The Splatters)...

9- Bro Anim (Bassist The Splatters), tahun ni tak buat open house ke??? lame tak jumpe bro... Hahaha

gambar dirompak melalui http://carburetordung.kerbau.com/

3 comments:

Masy R. said...

apakah motto perjuangan kamu pula ;p heeeeee

red said...

sedari mas rahman...

didalam perjuangan, tidak perlu ada motto...
Cukup lah sekadar prinsip...
Dan aku sentiasa berpegang kepada prinsip aku....
Hehsss~

akulahbeliau said...

aku mmg tau sgt band2 yg ko sebutkan..
aku membesar dgn lagu2 diorng(umur aku 12-16 tahun waktu tu..)
tapi mase tu kaset r..original beb!
x mcm bdk2 skang curik lagu dari intenet..
mmg tiada prinsip langsong!!
yg mereka tau cuma ikut-ikutan..

-carilah aku kat www.myspace.com/acid012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...