Sunday, January 10, 2010

UMUM : cat (org jahat) VS ANJENG (polis)

1- Kejadian berlaku pada 02 January 2010 (Sabtu) lepas, bertempat di stesen petronas Medan Gopeng, Ipoh, lebih kurang pukol 2-3pg... Pada mulanya, aku ke stesen petronas tersebut untuk menggunakan tandas, tetapi akhirnya aku melepak disitu memandangkan terdapat ramai mat kereta sedang melepak, tambahan pula aku ditemani seorang gadis... hohoho

2- Siren polis yang membingitkan telah memecah kebuntuan embun pagi dan menarik perhatian kami semua yang sedang melepak disitu... bunyi itu datangnya dari arah Mc Donald medan gopeng... setelah diperhatikan, rupa2nya polis sedang mengejar sebuah kereta kelisa (penjahat)...

3- Terdapat 10++ buah kereta polis (puteh) dan beberapa kereta polis biasa mengejar kereta kelisa tersebut... lampu hadapan kereta tersebut dimatikan...

4- Setelah hampir berjaya sebuah kereta polis (puteh) memotong kereta kelisa tersebut, penjahat berjaya membuat U-turn yang bahaya dihadapan simpang masok ke Taman Song Choon (tempat tinggal aku)...

5- Beberapa kereta polis berjaya membuat U-turn, dan aktiviti mengejar penjahat di teruskan... buat kali ke2 kereta polis hampir berjaya memotong kereta kelisa tersebut... tetapi penjahat dengan hati yang kering, menggunakan simpang U-turn untuk memandu arah bertentangan...

6- Penjahat berjaya menjarakkan pengejaran polis, disebabkan polis tidak mahu mengambil risiko untuk mengejar penjahat menggunakan arah bertentangan... tambahan pula kereta polis terstuck di lampu isyarat... penjahat seterusnya menggunakan simpang masuk ke petronas yang aku sedang lepak untuk memasuki simpang ke Taman Ampang....

7- Aksi seterusnya, aku tidak tahu... memandangkan penjahat sudah masok ke kawasan perumahan maka sukar untuk aku untuk menjaga kain diorg... Pada jangkaan aku, mungkin penjahat sudah berjaya melarikan diri, kerana berjaya menjarakkan diri dari pengejaran polis...

8- 10 minit kemudian, terdapat ambulans memasuki simpang ke Taman Ampang... aku terus menghidupkan kereta aku, mengekori ambulans tersebut... tidak sampai 1km dari simpang tersebut, ternampak kereta kelisa sang penjenayah terbabas dan dikepong polis...

9- Penjahat (seorang bebangsa cina) berjaya diberkas dan di masukkan kedalam ambulans... dan aku teros pulang ke rumah... Yiehuu, sekurang2 nya aku dapat melihat satu tayangan yang lebih best daripada cerita2 aksi melayu secara LIVE...

Thursday, November 19, 2009

Khas : Pesan Pakcik Tua (USJ)

1- DUA minggu lepas, seperti biasa, aku pulang ke SUbang Jaya, sebab nak pergi kelas oum... Sampai di Subang Jaya pada jumaat malam... Keesokan harinya (Sabtu), disebabkan broadbend aku yg buduh dan huduh, maka aku pergi ke cyber cafe berdekatan untuk melayari internet.

2- Aku melanggani seperti biasa...lebih kurang 2 jam aku melayari internet di cyber tersebut... Aku stop surfing selepas azan magrib berkemundang di surau berdekatan...

3- Selepas selesai membayar di kaunter, aku teros membuka pintu mahu keluar... bersama aku adalah seorang pakcik tua berusia dalam lingkungan 70-80tahun (anggaran aku), bertongkat dan selekeh mahu keluar dari CC tersebut juga.... kami keluar seiringan...

4- Berada di luar cyber, aku mengeluarkan rokok winstons MERAH ku dan membakarnya... sambil senyom kat pakcik tua tersebut... Orang kata, apa salahnya kalau senyom???? senyom kan sedekah??? hohoho

5- Nampaknya pakcik tua itu pon tak sombong... Dia memulakan perbualan dengan aku...

pakcik : "baguih tak CC ni???"
aku : "eishhh... bagus pakcik, not bad laaa, laju jer tenet pon..."
(aku saja puji, ingatkan pakcik tu owner cc, hehehe)
pakcik : "betoi2, saya pon suka dtg sini... you ade tengok tu tak kat cc??"
aku : "itu ape pakcik???"
(hai pakcik ni mcm pelik jaa???)
pakcik : "BLUE, pon banyak kat cc ni... best best"
aku : "owhhh, saya buat kerja saya tadi, tak tengok pon benda tu kat CC, hehehe"
(mak aih pakcik ni, insaf2 laa wehhh)
pakcik : "kenapa tak tengok??? syokk tau.. jom laa tengok dengan saya di rumah saya"
aku : "takpe laa cik, saya nak kena balek ni, ada byk kerja nak buat"
pakcik : "jom laaa, saya ada banyak CD, takdak orang kat rumah pon"
aku : "takpa laa pakcik, saya pon dah ada byk... dah jemu dah pon tengok..."
(aku cuba melepaskan diri)
pakcik : "ya kaaa??? boleh tak saya pergi rumah u??"
aku : "ehhh, jangan pakcik, saya tinggal dengan family,ok laa pakcik, saya balek dulu k"

6- Aku teros blah dari situ... rasa menyampah, jijik tengok muka pakcik tua tu... dah tua nak mampos, bertongkat, gigi dah rongak, maseh ada nafsu untuk tengok benda2 tu.... What the fruit man!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...