Wednesday, October 21, 2009

KHAS : Pesan Pakcik Tua (KLsentral)


1- Gambar diatas adalah gambar hiasan.. tiada kena-mengena dengan cerita yang bakal aku tulis... Selamat pengantin baru buat Mek B (B stands for wut?? ntahlerr)

2- Ceritanya begini... Pada 17 oktober lepas, aku pulang ke Subang Jaya, menaiki keretapi tanah melayu sbb aku nak menghadiri 1 gig... band kami perform di pauls place pada keesokan harinya... aku pulang pada waktu petang dengan memakai spek hitam dan membawa bass ku bersama2 menaiki keretapi... (Thenks kepada as kerana sudi menghantar aku ke stesen keretapi Ipoh... huhuhu)

3- Sesampainya aku di stesen KLsentral, aku menunggu kawan aku (jimmy) pick aku.... Biasalah si jimmy ni, kalau kita set masa nak jumpa kol 5.30ptg, sejam selepas tu (6.30ptg) baru sampai... Memang hangin tunggu dia....

4- Sambil menunggu jimmy sampai, aku dengan bangganya mengisap rokok winstons merah ku di ruangan menunggu teksi. aku duduk sambil melihat keindahan bangunan di sekeliling KLsentral... Maklumlah, sudah lama tak balik KL... rindu beb....

5- Tetiba, seorang pakcik tua (aku anggarkan, umornya mungkin dlm 70an kot) duduk disebelah ku... "chantek spek mata anak?? tentu mahal kan???" pakcik itu memulakan perbualan terhadap aku... "takdelaa cik... murah jer, rm10 jer... beli pon kt uptown jer" (hampeh, pecah rahsia, kekeke)

6- Agak lama kami bersembang... bersembang mcm-mcm benda... dari perbualan kami, aku dpt tahu bahawa pakcik itu datang ke Kuala Lumpur untuk mengubati orang... beliau mengamalkan perubatan Islam...

7- Setelah hampir 45min kami bersembang, tetiba pakcik itu berkata "anak, pakcik nak cakap ni, anak jangan marah... jangan anak tinggal solat... Jangan kita tunaikan solat time kita dalam kesusahan jer... solat itu penting"

8- Hati aku memang tersentak sayu... aku rase nak peluk je pakcik tu... aku langsong tak marah dia... kebetulan handphone aku pon berbunyi.. rupa-rupanya jimmy pon sampai... (potong stim tol)... aku teros meminta diri dan teros salam + cium tangan pakcik tu...

9- Aku meninggalkan pakcik tersebut dengan kesayuan, memikirkan kata-katanya... Manusia akan ingat ALLAH ketika mereka didalam kesusahan/kecelaruan saja... ermmmm

Saturday, September 26, 2009

Nasional : Indonesia oh IndoN

1- Ya, baru-baru ini, mereka (rakyat INDON) membuat demonstrasi keatas Malaysia... Mereka tidak berpuas hati tentang banyak perkara... isu tarian pandet, isu pulau, isu nordin Top, isu layanan buruk keatas pekerja mereka di Malaysia, dan lain-lain lagi... Maka, bendera Malaysia di bakar, pelajar Malaysia yang belajar disana dipulau....

2- Adakah tindakan mereka ini matured enough??? Ya, ternyata isu tarian pandet itu merupakan kesilapan dari pihak penyiaran Discover channel... bukannya silap Malaysia...

3- Kenapa hendak berkonfrantasi tentang sebuah pulau?? kita punya undang-undang... Jika tidak puas hati, fight laaa dalam mahkamah antarabangsa... (macam isu perebutan pulau antara singapore dan Malaysia dahulu).. Adakah kami takut berperang??? tidak!! mengapa kita perlu berperang sesama negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam dinegara masing-masing??? Ya, kita merana, orang lain yang gumbira....

4- Ya, memang Nordin Top, seorang warga Malaysia yang merancang serangan bom keatas Indonesia... Tetapi cubalah bayangkan, siapakah yang mengofferkan diri bertindak sebagai pengebom berani mati tersebut? Jika tiada pengikut yang terdiri daripada rakyat indonesia sendiri, maka, rancangan Nordin Top tak akan berjaya....

5- Kenapa majikan Malaysia melayan pekerja Indonesia dengan teruk... Kaji dulu... tak semua majikan Malaysia layan pekerja Indonesia dengan terok... Tengok saja kakak ku melayan dia punya maid... aku tengok maid dia gumbira saja... siap dapat baju raya, kasut raya lagi... ramai maid Indonesia yang menganggap majikan Malaysia melayan mereka lebih baik jika dibandingkan dengan majikan negara arab... renung-renungkan lah....

6- Lihat saja warga Indonesia yang hidup di Malaysia... Anda dapat compete dengan warga Malaysia sendiri... malah Anda lebih berjaya dari warga Malaysia... anda berjaya memperluaskan perniagaan daripada perniagaan runcit hinggalah ke perniagaan pasar malam... Ada kami bising??? renung-renungkan lah...

7- Cuba lihat jenayah di negara ini... kebanyakannya, didalangi oleh warga Indonesia... malah, jika rompakan yang dilakukan oleh warga indonesia, ianya nampak seakan bahaya, kerana anda tidak berhati perut, sehingga sanggup membunuh orang yang tidak bersalah (warga Malaysia) demi rm500... what a fools???

8- Oleh itu warga Indonesia OR INDON... usahlah cepat melatah... tiada gunanya kita berbalah...sewaktu aku belajar dahulu, aku juga mempunyai ramai kawan Indonesia... tidak pernah timbul erti Racist didalam jiwa kami....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...