
Sebelum tayangan SUSUK dimulakan, macam biasalah, panggung akan menyiarkan iklan dan trailer-trailer movie yang akan ditayangkan kelak... Aku terkejut apabila salah satu trailer yang ditayangkan bertajuk "Quarantine"... Sebenarnya aku sudah mempunyai DVD cerita tersebut (versi cetak rompak)... Tapi aku tak tahu pun tajuk cerita ni = Quarantine... Sebab cover DVD cuma tertulis [REC]...
Cerita Quarantine aka [REC] ni memang best... Kepada penggemar cerita seram, aku memang suggest korang layan cerita nie... Penyampaian cerita ni adalah berdasarkan method penggunaan video cam (ala-ala cerita cloverfield, Blair witch project dan my last horror movie ler)...
Cerita bermula apabila seorang wartawan (awek dalam gambar diatas) dan krewnya mewancara pasukan bomba, kalau tak silap aku untuk rancangan dokumentasi mereka... Suddenly, bomba mendapat panggilan kecemasan daripada penduduk sebuah apartment untuk memecahkan pintu rumah salah seorang warga apartment tersebut kerana didapati mencurigakan... Merasakan ianya peluang keemasan untuk merakam aksi tugasan pasukan bomba, si gadis wartawan dan krewnya pun mengikut pasukan bomba ke tempat kejadian... Sesampainya ke tempat kejadian, sudah menanti disana 2-3 orang polis dan seperti biasa bomba menjalankan tugas mereka memecah pintu warga apartment yang mencurigakan itu... Maka bermulalah episod yang menakutkan... Tiba-tiba apartment mereka diquarantine kan oleh pihak polis FBI... Mereka semua terkurung didalam apartment tersebut dan bermulalah aksi-aksi yang mencemaskan....
Memang tak rugi kalau korang tengok... Pertengahan Oktober ni, dijangka cerita ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia... Apa lagi, ajak laa kengkawan, adik, abang, boyfren, girlfren layan cerita ni... Selamat menonton
link trailer cerita nie:- http://www.containthetruth.com/