Wednesday, October 21, 2009

KHAS : Pesan Pakcik Tua (KLsentral)


1- Gambar diatas adalah gambar hiasan.. tiada kena-mengena dengan cerita yang bakal aku tulis... Selamat pengantin baru buat Mek B (B stands for wut?? ntahlerr)

2- Ceritanya begini... Pada 17 oktober lepas, aku pulang ke Subang Jaya, menaiki keretapi tanah melayu sbb aku nak menghadiri 1 gig... band kami perform di pauls place pada keesokan harinya... aku pulang pada waktu petang dengan memakai spek hitam dan membawa bass ku bersama2 menaiki keretapi... (Thenks kepada as kerana sudi menghantar aku ke stesen keretapi Ipoh... huhuhu)

3- Sesampainya aku di stesen KLsentral, aku menunggu kawan aku (jimmy) pick aku.... Biasalah si jimmy ni, kalau kita set masa nak jumpa kol 5.30ptg, sejam selepas tu (6.30ptg) baru sampai... Memang hangin tunggu dia....

4- Sambil menunggu jimmy sampai, aku dengan bangganya mengisap rokok winstons merah ku di ruangan menunggu teksi. aku duduk sambil melihat keindahan bangunan di sekeliling KLsentral... Maklumlah, sudah lama tak balik KL... rindu beb....

5- Tetiba, seorang pakcik tua (aku anggarkan, umornya mungkin dlm 70an kot) duduk disebelah ku... "chantek spek mata anak?? tentu mahal kan???" pakcik itu memulakan perbualan terhadap aku... "takdelaa cik... murah jer, rm10 jer... beli pon kt uptown jer" (hampeh, pecah rahsia, kekeke)

6- Agak lama kami bersembang... bersembang mcm-mcm benda... dari perbualan kami, aku dpt tahu bahawa pakcik itu datang ke Kuala Lumpur untuk mengubati orang... beliau mengamalkan perubatan Islam...

7- Setelah hampir 45min kami bersembang, tetiba pakcik itu berkata "anak, pakcik nak cakap ni, anak jangan marah... jangan anak tinggal solat... Jangan kita tunaikan solat time kita dalam kesusahan jer... solat itu penting"

8- Hati aku memang tersentak sayu... aku rase nak peluk je pakcik tu... aku langsong tak marah dia... kebetulan handphone aku pon berbunyi.. rupa-rupanya jimmy pon sampai... (potong stim tol)... aku teros meminta diri dan teros salam + cium tangan pakcik tu...

9- Aku meninggalkan pakcik tersebut dengan kesayuan, memikirkan kata-katanya... Manusia akan ingat ALLAH ketika mereka didalam kesusahan/kecelaruan saja... ermmmm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...